( warning ; contains 2k+ words. chap ni aku rasa setengah bosan setengah best sbb writer block mula-mula hmmm ntahlah nak- papepun enjoy! )
Jeno memandang wajah Sijeu yang terbaring lemah di atas katil. Abang Sijeu yang lain pergi ke hospital, manakala dia dan Jaemin membawa Sijeu ke rumah. Yeeun? Entahlah. Tadi Yeeun kata hendak ke kedai mengisi perut. Jadi, Jeno pun menyerahkan beberapa helai wang kepada Yeeun.
Tanpa disangka, tangan Jeno bergerak mengusap kepala Sijeu. "Sijeu… Apapun keadaan appa kau nanti, kau redha ye. Kita doa yang appa kau selamat." bisik Jeno.
Kalau boleh jujur, Jeno berasa agak bersalah apabila dia menengking Sijeu. Tapi nak buat macam mana? Sijeu yang jahat. Dia sakiti orang yang tak bersalah macam Yeeun. Bak kata orang putih, what you give you get back.
"Kau, boleh tak jujur perasaan kau pada Sijeu? Aku tengok kau macam dilamun cinta, tapi lepas kau tengking dia. Macam tak je… Siapa yang hasut kau jadi macam ni Jeno?" tanya Jaemin yang muncul entah dari mana.
Jeno terus melepaskan usapan dia di kepala Sijeu. Dia berdehem seketika sebelum menjawab "Aku tak pasti apa perasaan aku sebenarnya tetapi yang aku tahu aku selesa, suka berada dekat dengan dia. Aku nak lindungi dia. Aku tak nak sesiapa lindungi dia selain aku. Tapi dalam masa yang sama, jantung aku berdetak laju bila dengan Yeeun. Aku tak tahu…"
Jaemin tersenyum singkat "Aku yakin nanti kau akan pasti pada siapa jantung kau berdegup kencang. Cuma, aku nak pesan… Jangan sakitkan hati Sijeu, kira baiklah aku berundur antara kau orang buat seketika. Tapi kalau hati Sijeu benar-benar tawar dengan kau nanti. Aku tak teragak-agak untuk muncul hero" ancamnya.
Jeno terus memandang muka Jaemin dengan riak tak puas hati "Maksud kau? Hey! Aku dulu-"
"Kau dulu yang sakitkan hati dia? Betul… Jeno, kasar atau tabah mana pun Sijeu di mata kau. Dia tetap seorang perempuan. Hati seorang perempuan sangat lembut jika kau nak bandingkan dengan lelaki. Ingat Jeno. Kalau hati dia mula tawar, bau perfume kau pun dia tak nak cium nanti."
Lantas Jaemin pergi meninggalkan Jeno yang masih terpinga-pinga. Jeno memandang wajah Sijeu.
"Sijeu… Aku buntu."
- ♡ -
Sijeu bangun dan cuba mencari kelibat abangnya. Dia teringat bahawa ayahnya tenat di hospital. Lantas Sijeu hendak bersiap ke hospital.
"Kau nak pergi mana?" sergah Jungkook.
"Hospital. HAH! Oppa! Macam mana keadaan appa? Dia baik ke?" soal Sijeu bertubi-tubi.
"Doktor kata, dia dapat diselamatkan cuma, sekarang ni keadaan dia belum stabil." jawab Jungkook
Sijeu menghela nafas lega "Yuran appa-"
"Duit kita tak cukup, jadi aku pinjam dengan Jeno." potong Jungkook.
Sijeu mencekik kolar baju Jungkook. "Kau dah kenapa pinjam dari dia? Kau nak dia tagih lebih banyak? Akal kau mana!" marahnya.
Jungkook cuba untuk menenangkan adik perempuanya. Dengan mudah, cengkaman Sijeu pada kolarnya dilepaskan. "Kau jangan emosi, boleh? Sijeu… Kau nak appa mati? Itu je cara yang kami boleh fikirkan. Jangan risau, kita orang akan berusaha untuk bayar balik dengan kadar segera."
Sijeu hanya terdiam seketika. "Aku nak lawat appa." lantas beg diambil dan dia menunggang motorsikal milik Jimin.
Jungkook hanya mengeluh kasar. "Maafkan kami… Kita orang memang bukan abang terbaik untuk kau. You deserve better than this."
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfic🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...