( re-edit version ! )
"Jeno, kau tahu betul perasaan aku kat kau. Kau tahu, aku sukakan kau. Malah aku suka kat kau dulu sebelum kau sukakan aku. Tapi macam mana cinta pun aku kat kau, tak dapat nafikan aku sakit hati dengan kata-kata kau.
Maaf, aku tak sebaik yang kau sangka. Maaf, aku tak sebaik itu untuk lupakan semua cacian kau kat aku. Aku tak dapat hilangkan luka tu. Walaupun aku dah maafkan kau, maaf sangat sangat. Aku tak dapat lupakan sakit tu.
Biar aku ubat hati aku yang luka ni. Biar aku kecapi kejayaan yang aku dambakan, biar aku berjaya dulu. Aku nak ke China. Aku harap kau tak cari aku, tak upah orang-orang kau untuk pantau aku.
Tolong hormat privasi aku ya :)
Oh ya, aku akan pulang Korea juga. Dan masa tu, baru kita selesaikan masalah kita. Aku rasa ni klise tapi, kita selesaikan perasaan kita. Kalau kau terjumpa perempuan lain, dan dia berjaya menangkan hati kau masa aku kat China.
Jangan teragak-agak untuk terima dia. Sebab di antara kita, tak ada apa-apa hubungan. Kalau kita ditakdirkan, aku pulang ke Korea nanti membawa hati dan kau sediakan tempat tu untuk aku.
Tapi kalau takdir berkata lain. Maaf, kita lupakan kisah lama. Byee"
- Sijeu
Jeno menutup kembali surat yang Sijeu tinggalkan. Lama mana Sijeu akan kembali? Harap-harap hati Sijeu masih sama. Masih lagi perempuan yang dia kenal dulu.
- ♡ -
4 years passed
Sijeu turun dari lapangan terbang sambil menyeret bagasinya. Nervous pula. Sijeu pernah je pulang Korea sebelum ni tapi dia pulang senyap-senyap. Tup tup sampai rumah dia.
Tapi kali ni, dia pulang dan nak berjumpa dengan Jeno sekali. Lama Sijeu termenung, akhirnya sosok yang ditunggu tiba jua. Penuh kekoknya Sijeu tunduk.
Lelaki tadi hanya tersenyum dan menampakkan matanya yang hampir menghilang. "Lama tak jumpa"
"Ya..."
Lah kekok pula. "Kita makan dulu eh? A-awak nak pergi mana lepas ni?" soal Jeno memandang tepat anak mata Sijeu.
Perempuan itu mengalihkan pandangannya ke lantai lapangan terbang tersebut. "Saya ikut awak je lah, pastu kita sembang hal tu,"
Tak mengambil masa lama pun untuk Jeno memandu ke destinasi mereka. Sijeu mengambil tempat duduk dan Jeno memesan makanan. Banyak perkara yang mereka bualkan.
Tak naklah terus jump into topic takut nanti tak berselera makan. Biarlah dah habis makan baru Sijeu berterus-terang.
"Ermm Jeno, awak dah ada 'orang'?" tanya Sijeu sebaik sahaja menghabiskan minumannya.
Jeno pula hanya menunduk sambil tersenyum nipis. Setelah beberapa saat baru diangkat mukanya dan menggeleng. "Saya... tunggu awak"
"Dalam empat tahun tu awak tak jumpa 'orang' baru?" soal Sijeu pula. Percayalah, susah juga Sijeu nak tanya. Malulah!
Jeno menggeleng lagi. "Awak pula?"
Sijeu memainkan jarinya. "Maaf, saya dah jumpa..."
Sijeu tengok tak ada reaksi daripada Jeno. Lagaknya seperti biasa sahaja. Ah mungkin Jeno dah siapkan hati.
Bagi Jeno pula, percayalah dunia macam rasa nak runtuh. Hatinya bagai dicucuk dengan belati dan diratah. Senyuman dikekalkan, Jeno cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan getaran pada suaranya.
"Ah... Tahniah..."
Sijeu dapat rasa perasaan hambar Jeno.
"Jadi, siapa boyfriend awak?"
Kringg
Mereka berdua serentak menoleh pada pintu kedai yang berbunyi. Sijeu menggigit bibirnya. Masa ni pula boyfriend dia nak sampai...
"I-itu dia..."
"Jeno-sshi! Lama tak jumpa!"
"Jaemin?"
Tak tahu kenapa tapi Jeno macam rasa kena khianat. Padahal, bukan salah Jaemin atau Sijeu.
Jeno sedar, Jaemin yang selalu sokong Sijeu. Jaemin selalu ada untuk Sijeu. Makin berat mata Jeno nak nangis ni.
"Bro kali terakhir kita jumpa empat tahun lepaslah! Tahu tak, aku yang pujuk Sijeu untuk jumpa kau. Nanti-nanti belanja tahu!" guraunya lalu ketawa.
Jeno ketawa kecil. Tolong sesiapa tarik dia! Dia nak nangis! "Jaemin, jom balik. Aku nak jumpa abang aku ni" gesa Sijeu.
Satu yang tak ubah daripada Sijeu. Sifat memahami dia. Sijeu tahu, Jeno perlukan masa. Jeno sedang tahan emosi dia yang tengah meluap-luap sekarang.
Jeno mengangguk, membenarkan mereka berdua untuk pergi. Sebaik sahaja kelibat mereka berdua hilang. Air mata Jeno turun satu persatu. Lama juga Jeno menekup wajahnya pada meja makan.
Ting! Ting!
Ada dua pesanan masuk dalam telefon Jeno. Satu daripadanya pesanan milik Sijeu.
Sijeu
Aku minta maaf
Jeno hanya membaca. Tak berniat untuk membalas. Satu lagi daripada rakan sekerjanya. Boleh dikira rapat.
Minah senget
Aku ternampak kau dengan dia. Kau masih menangis ke? Nak aku temankan kau tak?
Jeno mengangkat wajahnya dan tengok sekeliling. Rakan perempuannya, berambut paras bahu sedang memandangnya dengan raut khawatir.
Sekurang-kurangnya Jeno tahu ada orang yang mahu menghiburkan dia petang ni...
Lee Jeno. Move on!
COMPLETE [ ♡ ]akhirnya (TAT) inilah buku keempat atau kelima aku dah complete. buku atas-ii tu semua aku dah delete sebab adanya cringe, noob dan sebagainya. thanks for supporting tau!
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfiction🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...