( you guys are really hyping me up by giving a comments that really makes me hepi hepi . komen korang wat aku gelak XD. ha nah sekali 2k+ words. maaf panjang iler TAT )
"Apa ni Jeno…" tangan Sijeu menggeletar memegang pipi yang ditampar Jeno.
Jeno memandang Sijeu tanpa perasaan lalu tersenyum sinis "Apa ni? Kau tu. Kenapa kau caci dia? Padahal dia datang kampung ni, nak cari aku. Dia bimbangkan aku. Niat dia baik! Tak talam dua macam kau!
Kau tipu aku, curi duit aku, dan buat macam macam. Cakap pada aku, berapa ribu/juta yang kau guna duit aku, Kim Sijeu!" suara Jeno naik seoktaf.
Mata Sijeu mula merah. Air matanya gugur lagi untuk seorang Lee Jeno. "Nangis. Ya, menangis. Menangis je kau mampu buat kan? Kau memang tak guna Sijeu!" marah Jeno.
"LEE JENO!" suara lantang menyebut nama Jeno. Jaemin cuba membantu Sijeu untuk berdiri.
"Apa kau buat pada Sijeu? Kenapa kau berkasar dengan dia? Kau sedar tak yang dia banyak tolong kau!" kata Jaemin.
Sijeu cuba menahan tangisan yang mahu turun. "Tolong aku? Heh, mula mula dia tolong aku pun, sebab dia nak guna duit aku. Dia dan abang abang dia yang tak berguna tu curi duit aku!"
Rasa amarah mula datang dalam diri Sijeu. Terasa darahnya menggelegak bila Jeno menghina abang-abang dia.
"Oppa, janganlah marah dia sangat… Kita kena faham. Ibu ayah dorang tak berpelajaran tak macam kita. Dorang hina" celah perempuan disebelah Jeno.
PANG!
Sijeu melempang bekas teman wanita Jeno. Darahnya berderau sebaik sahaja menyentuh perempuan tadi. Dia sangat sensitif bila dikaitan dengan soal ibu dan ayah.
Dia dibesarkan tanpa ibu. Dia dibesarkan dengan kebun milik ayah dia yang ayah dia membanting tulang seorang diri. Untuk siapa? Hanya untuk anak-anak dia. Memang ayah dia tidak berpelajaran. Tetapi ayah dia tak hina!
"KAU SIAPA NAK HINA AYAH AKU! KAU TAHU APA TENTANG AKU! AKU DIBESARKAN TANPA SEORANG IBU. Orang lain boleh membesar dengan belaian ibu. Tapi aku? Orang lain kalau cuti dapat berseronok dengan ibu dan ayah.
Aku? Pergi tolong ayah bercucuk tanam. Aku tak complain walau sedikit pun! Sebab aku tahu, hari lain. Dia seorang diri membanting tulang untuk cukupkan keperluan kami berlapan dan berusaha untuk penuhkan keinginan kami berlapan.
Memang benar aku guna duit Jeno. Tapi aku hanya guna untuk yuran hospital ayah aku! Yang sakit tenat di sana! APA YANG KORANG TAHU TENTANG KELUARGA AKU!"
Suara Sijeu sudah naik pada tahap maksima. Bahkan suara dia hampir pecah. Air mata dia jatuh dengan deras. Haechan, Renjun dan Mark mula datang. "Kenapa kecoh-kecoh ni?" soal Mark. Mukanya berubah keliru bila nampak Sijeu menangis dan perempuan asing sebelah Jeno.
Abang abang Sijeu pun mula muncul "Sijeu? Kenapa ni?" tanya Suga.
Jeno menepuk tangan "Ramai akan backup kau Sijeu… Eh orang tak sedar diri! Aku bagi korang semua 2 minggu untuk lunaskan semua duit aku yang korang guna atau curi masa aku jadi zombie.
Kalau tak bayar. Aku buat laporan di mahkamah. Dan kau perempuan. Aku benci tengok muka kau" seraya dengan itu. Jeno meninggalkan Sijeu dan yang lain.
Sijeu terus masuk ke bilik dan menangis sepuas hati. Malam itu, tidak seperti sebelumnya. Hanya tangisan yang menemani Sijeu.
- ♡ -
KKOKK KOKK KOKK
"Eh bising betullah kau ayam! Selain bunyi kok kok, tak boleh ke menyanyi? Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan stress aku" bebel Namjoon.
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfiction🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...