Masih pagi awal. Ya. Langit masih biru tetapi Sijeu dan abang sulungnya, Seokjin. Tengah bersiap mahu buatkan sarapan di dapur. Air teh sudah siap. Mee goreng pun sudah siap. Hotdog sudah siap.
"Ah Sijeu. Masakkan roti telur. Namjoon oppa kamu nak makan roti telur pagi ni" arah Seokjin. Guna kuasa veto nampaknya.
Tanpa banyak soal Sijeu lantas pecahkan telur dan kacau. Dia ambil frying pan dan letak atas dapur. Sijeu cuba buka api tetapi gagal. "Oppa. Gas habis ? Api tak ada lah" adu Sijeu
Seokjin menepuk dahinya "Ha iyalah! Gas habis! Oppa nak beli semalam tetapi lupa. Hurmm tak apa. Tak perlu lah buat"
"Tapi Namjoon oppa nak makan roti telur. Tak apa, Sijeu pergi beli. Oppa, pinjam motor eh" pinta Sijeu.
"Eh eh. Tak perlu pergi beli. Kamu tu larat ke tidak nak bawa? Bukannya ringan. Lagi satu, ini masih pagi. Kalau kamu kena kacau dengan mamat mana entah. Macam mana?" soal Seokjin.
Sijeu hanya tersenyum. Caring juga abang dia yang satu ni "Alah. Macamlah tak tahu aku kuat pastu aku guna motor. Tak ada dorang dapat kejar. Dahlah, aku pergi dulu"
Kemudian, Sijeu pergi ambil motor milik Seokjin. Fyi, motor ni ada ruang besar kat tepi untuk letak barang.
Ride punya ride sampai juga di kedai Atuk Sooman. "Eh Sijeu. Awalnya kamu datang kedai atok. Atok baru nak buka kedai ni ha" sapa Sooman.
"Hehe. Nak beli tong gas, gas di rumah habis pula. Cepatlah buka tok, nak pulang ni. Nanti oppa yang lain bangun" gesa Sijeu.
Sooman hanya mengangguk "Sabar, sabar. Ha dah buka. Pilihlah tong mana kamu nak" pelawa Sooman. Sijeu pun ambil mana yang dia tengok lepastu dia bayar kat kaunter.
Dengan bantuan Sooman, tong gas tadi diletakkan di ruang yang disediakan dan dia terus hidupkan motor untuk pulang.
Yelah, nak pergi mana lagi?
"Arghh.. Aurmm" bunyi kunyahan kedengaran dan Sijeu mula melilau, tetapi dia tak nampak pun orang di sekeliling.
Dia tak kisah pada mulanya tapi lama kelamaan dia rasa terganggu juga. "T-takkan lah hantu kot. Haha"
Bunyi tu mula hilang.
1 saat
2 saat
3 saat
"AURM--"
"WARGHHH OPPA !!!"
Sijeu pun pecut motor dia laju-laju. Tong gas tadi hampir terjatuh. Pecut punya pecut, sampai juga Sijeu di rumah.
"Eh Sijeu. Kamu ni dah kenapa?" tanya Hoseok dengan kening yang berkerut bila pandang Sijeu yang tercungap-cungap.
Sijeu pantas menggeleng kepalanya "Tak ada lah. Ha oppa, itu tong gas. Boleh tolong angkutkan tak? Penat aku weyh" pinta Sijeu lalu Hoseok pun menganggukkan sahaja.
Tak mengambil masa yang lama untuk Sijeu masak roti telur kemudian hampir kesemua abangnya sudah mandi.
"JUNGKOOK OPPA! JANGANLAH MINUM DULU! TUNGGU OPPA YANG LAIN" pekik Sijeu. Tangannya cepat memukul Jungkook yang sedap menghirup teh.
"HA IYA! SAKITLAH BERUK" marah Jungkook dan Sijeu hanya mencebikkan bibirnya.
"Ha dah dah jangan gaduh. Jom duduk Sijeu" arah Taehyung. Oppa no #2 kesayangan Sijeu.
Sapa nombor satu? Seokjinlah siapa lagi? Alasan dia sayang Seokjin first, dia ni banyak faham Sijeu. Taehyung yang kedua sebab dia oppa paling ensem-- eh eh takd ada lah. Tae ni selalu manjakan dia.
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfic🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...