lima

621 140 56
                                    

Pukul 3 petang tetapi abang abang Sijeu masih belum pulang dan ini buatkan Sijeu sangat bengang. Yes! Sangat bengang!

Setelah 30 minit menunggu akhirnya bunyi enjin motor dan kereta mereka kedengaran. Sijeu berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.

"Seronok habiskan duit orang lain?" tanya Sijeu sinis dan Jungkook hanya menjeling. Situasi dingin mula terasa antara Jungkook dan Sijeu.

"Oppa pergi mana satu hari ni eh? Habiskan duit Jeno? Kikis duit dia guna kad tu? Oppa, Jeno ni sementara sahaja kat rumah kita. Macam mana kalau dia tuntut nanti?" soal Sijeu.

Semua terdiam. Oh. Seronok sakan menikmati duit dan kekayaan orang lain sampai terlupa padah yang menanti.

"Kita sorokkan Jeno je lah. Kan senang? Kau juga yang tak nak serahkan Jeno pada lelaki hari itu" tukas Jungkook.

Sijeu mendengus "Memang betul aku tak nak serahkan Jeno tapi aku tak habiskan duit dia macam oppa. Sijeu simpan dia sebab Sijeu nak pulihkan dia"

Taehyung ketawa sinis.

"Macam mana kau nak pulihkan Jeno? Sijeu. Kau belajar sampai sekolah menengah je. Kolej, universiti kau tak masuk pun. Macam mana kau nak pulihkan dia dengan ilmu cetek kau itu?"

Sijeu tersentak dengar perlian Taehyung. "A-aku akan buktikan aku mampu tolong Jeno!" marah Sijeu lalu pergi ke biliknya.

Jeno? Jeno hanya jadi tunggul di ruang tamu. Bermain dengan semut yang ada di dinding. Ketawa seorang diri. Macam orang gila pun ada lagaknya.

Lagi sekali, Sijeu datang. Tanpa memandang kelibat abangnya, Sijeu tarik tangan Jeno perlahan keluar rumah.

"Hati-hati! Nanti jumpa lelaki yang cari Jeno tu!" pesan Jin. Rasa marah Sijeu reda sedikit bila dengar pesanan Jin.

[ SIJEU POV ]

Aku menarik tangan Jeno dengan kasar. Tak. Bukan sebab aku marah pada dia tapi nasib dia jadi tempat luahan aku. Aku terasa sangat dengan kata kata Taehyung oppa.

Antara kami beradik, Taehyung oppa sahaja yang dapat masuk universiti tetapi disebabkan masalah sosial dia. Dia dibuang.

Tak guna juga kan appa hantar dia. Menyusahkan orang je. Aku masih setia tarik tangan Jeno. Kami mendaki bukit. Penat jugalah. Lagi-lagi Jeno ni banyak bergerak.

Daki punya daki. Sudah sampai! Hmm cantik pemandangan dari atas ni. "Jeno-ya. Tengoklah tu" ujarku lalu menunjukkan pemandangan padang hijau yang luas tersebut.

Jeno menepuk tangannya dengan pandangan mata yang kosong. Aku tertawa "Aigoo~ Nampak sangat kau tak ikhlas nak tengok"

"Jeno. Kau memang tak boleh bercakap ke?" tanyaku dengan intonasi agak rendah.

"Hmm tak kisah lah by the way kau nak dengar kisah tentang aku tak? Hmm nak tak nak kau mesti dengar juga. Aku ada tujuh orang abang.

Yang paling tua Seokjin oppa, kemudian Yoongi, Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook. Omma aku meninggal masa melahirkan aku. Penduduk kampung panggil aku pembunuh ibu.

Ramai penduduk kampung yang lain tak suka aku. Sebab, omma aku banyak berjasa dengan dorang tetapi dorang ambil kesempatan atas kebaikkan omma aku. Bila omma dah tiada, dorang pun susah.

Aku dibesarkan dengan lelaki jadi aku tak pandai nak bergaya macam perempuan lain dekat kampung ini. Masa hari pertama aku bersekolah kat sekolah menengah. Aku diketawakan sebab baju sukan aku agak besar.

zombie bendul crush aku, jeno.Where stories live. Discover now