"WARGHH! HANTU MIANG!!"
Sijeu menolak badan benda yang peluk dia. Dia toleh. Eh. Ini bukan hantu. "Kau siapa?" tanya Sijeu.
Tak jawab. Tak pandang mata Sijeu. Dia pergi peluk Sijeu. "Yahh! Kau gila? Lepaskan aku!" jerit Sijeu.
Lelaki tadi, Sijeu tolak sekuat hati.
Dia jatuh terduduk dan Sijeu mula lari tetapi lelaki itu tetap kejar. "Jimin oppa! Huwaa oppa! Hiks! Oppa!" pekik Sijeu sambil berlari."Aaa-- aaaa--" lelaki tersebut belum berputus asa kejar Sijeu. Mulutnya terbuka dan hanya 'aaa' yang dia sebut. Rambut yang serabai still tak buatkan dia hodoh.
Lari punya lari Sijeu terlanggar batu dan terjatuh. Lutut dia luka. Lelaki yang kejar dia pula makin dekat dengan Sijeu.
"Oppa!!!" jerit Sijeu lalu menutup matanya rapat rapat. Kedua tangannya menutup telinga seolah-olah dapat lindungi diri dia daripada lelaki tadi.
Tak ada benda terjadi pada dia. Sijeu mula buka mata dia secara perlahan-lahan "Eoh? Kenapa kau--"
Lelaki yang berada di hadapannya mengunyah kobis yang masih segar ditanam. Tak perlu dimasak, tak dibasuh pun dia makan je.
"K-kau siapa hah?" tanya Sijeu. Lelaki tadi berhenti mengunyah seketika. Kemudian, dia sambung balik.
Sijeu mula mendekatkan dirinya pada dia. "K-kau bisu ke ha? Jawab soalan aku. Kau siapa? Macam mana boleh masuk ke kampung ni?" tanya Sijeu bertalu-talu tetapi lelaki itu masih tak jawab dan teruskan mengunyah kobis.
Yang peliknya dia kunyah kobis tapi tak makan pun. Sijeu memerhati baju yang dipakai lelaki yang berada di hadapan dia.
"Hmm macam pakaian orang kaya. Tapi kenapa dia macam ni? Gila ke?" bisik hati Sijeu. Diambil nya kayu besbol di tepi dan tolak kepala Jeno lembut.
"Y-yah. Jawablah aku bongok! Kalau tak aku hempuk kau guna kayu ni!" ugut Sijeu.
Mamat tadi diam.
"AAAA--!"
Dengan penuh kejutannya, lelaki tadi bangun dan meluru ke arah Sijeu
PANGG !
Lelaki tadi pengsan tak sedarkan diri "A-aku bunuh orang ke?" tanya Sijeu.
"HUWAAA AKU TAK BERNIAT NAK BUNUH DIA!" tangis Sijeu. Tangan Sijeu mula menggeletar. Dia tak mahu dilabel sebagai pembunuh kat kampung dia.
NO WAY !
Dia mesti cari jalan untuk rahsiakan mayat ni.
TING !
Idea Sijeu yang tak seberapa nak bernas pun muncul. Sijeu pun piggyback lelaki tadi. Jangan pandang rendah dengan kekuatan Sijeu ni, kaki dia dah terketar-ketar bawa lelaki tadi
Pfft--
Sijeu seret lelaki yang dia tak kenal tadi ke stor kebun. Kemudian, dipapahnya ke satu bilik yang ada kerusi. Dia meneliti pakaian Jeno dia ternampak dompetnya.
"Uwahhh banyak betul duit dia, aku ambillah hehe. Eoh? Kad pengenalan. Lee Jeno? Ahhh jadi nama kau Jeno?" Sijeu perhatikan Jeno yang kekal membatu.
Sijeu memerhati dada Jeno yang turun naik. "TUHAN! NASIB BAIK KAU MASIH HIDUP! Aku pun satu belum periksa dulu"
"Kim Sijeu! Mana kamu? Oppa nak balik ni" ha muncul pulak Si Jimin tu. Sijeu pun cepat cepat ambil duit Jeno dan simpan dalam poket. Kemudian, Sijeu menyembunyikan Jeno dengan menutupnya menggunakan guni.
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfiction🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...