tujuh

594 152 29
                                    

( vote dulu )

"Aaa..." kata Jeno.

Sijeu memukul kepala Jaemin "Kau tipu aku. Fakehope betullah!" marahnya. Jaemin buat muka 'aku tak tipu'

"Sudahlah. Aku dengan Jeno nak balik"

"Balik ke mana?"

"Kebunlah, apa lagi? Masih awal okay untuk pulang. Kau yang ganggu kita orang" omel Sijeu.

Jaemin menahan ketawa "Tapi kan Sijeu, Jeno ni kotorlah. Tak nak bersihkan dia ke?"

Rupa Jeno yang mengelap wajahnya dengan tangan nampak bodoh. Jeno ingin terjun kembali ke tasik. Jaemin menepuk dahinya sambil menggelengkan kepala.

Kemudian Jaemin merangkul bahu Jeno untuk menghalangnya daripada bergerak lebih banyak.

"Aku tak tahu bila kali terakhir budak ni mandi tapi yang aku tahu dah beberapa hari dia tak mandi. Kau tahulah kan, dia ni zombie lepastu aku perempuan. Takkan aku nak beri mandi dia" jelas Sijeu panjang lebar.

"Abang kau tak tolong mandikan dia?"

Sijeu geleng.

"Ah tak apa! Macam ni. Kita berdua berpisah sekejap. Kau buat apa yang patut di kebun. Aku dan Jeno balik rumah aku. Aku beri dia mandi kemudian kau datanglah rumah aku" pelawa Jaemin.

"Tapi aku tak tahu rumah kau dekat mana" kata Sijeu.

"Tak apa, kau jalan je. Nanti kalau kau jalan, kau akan limpas perpustakaan kampung. Dalam empat buah rumah macam tu, kau lalu sahaja. Aku akan standby berdiri di luar untuk jenguk kau"

Sijeu setuju kemudian mereka membawa haluan masing-masing.

[ SIJEU'S POV ]

Aku buat kerja dekat kebun sepantas yang aku boleh. Bimbang jugalah dengan keadaan Jeno, mana tahu Jaemin tu ada niat yang tak baik. Daun kering yang dah dikumpulkan tadi aku bakar.

Aku sinsing lengan baju sampai ke siku. Mata ku terarah pada bekas gigitan Jeno di tangan aku. Eh? Dah hilang. Magic betul~

Eh kesah pulak. Aku buat apa yang patut. Dalam 3 jam macam tu baru siap. Jadi aku pun dalam perjalanan ke rumah Jaemin. Seperti yang dia cakap, jalan je and limpas perpustakaan.

Jalan punya jalan, library dah limpas. Tak lama lagilah rumah Jaemin ni. Aku memerhati keadaan disekeliling. Sungguh senyap. Pelik pula aku, takkanlah dia seorang duduk di sini

Oh aku lupa. Harini ada pesta jualan habis habisan dekat pekan. So ramai lah onion aunty pergi kat sana.

Dah dekat dengan rumah Jaemin.

"ARGHHH!" tiba tiba suara Jeno menjerit. Aku terus membuka langkah aku selaju mungkin. Entah apa yang dibuat Jaemin pada Jeno.

Jeno! Mu tunggu aku datang!

Aku pecah rumah ikut naluri aku. Lagipun, suara Jeno datang dari arah sini "Wow. Kau main pecah je rumah aku" kata Jaemin.

Sejak bila entah muncul di belakang aku. Aku melilau kanan dan kiri. Tak nampak pula kelibat Jeno. "Jaemin! Kau buat apa pada Jeno hah? Mana dia?" tanyaku bertalu-talu.

"Aku dah mandikan dia dan gunting rambut dia. Fuh nasib baik aku ni handal menggunting rambut orang! Jeno tengah tidur di bilik aku" balasnya lalu ke dapur.

Haish. Malu pula aku. Jaemin betul-betul nak tolong kita orang tapi aku syak yang bukan-bukan.

"Sijeu. Kau tahu tak Jeno tu anak kepada CEO terkenal kat Korea Selatan. Anak CEO Jung Company" soal Jaemin.

zombie bendul crush aku, jeno.Where stories live. Discover now