3: Tutup Aurat dan Neraka

2.4K 298 65
                                    

Sehelai sweatshirt berlengan panjang disarungkan pada tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehelai sweatshirt berlengan panjang disarungkan pada tubuh. Di tengah-tengah terdapat corak kartun Mickey Mouse yang comel berjoget. Headphone wireless pada kepala mengizinkan dia untuk mendengar lagu sepanjang bersiap selepas mandi pagi. Segala baju busuknya dimasukkan ke dalam bakul pakaian untuk ke dobi sebentar lagi. Baju anak-anak pula dikumpulkan dalam beg khas terselindung dari pandangan mata.

"Akma," panggil Nafisah.

Panggilan itu tak didengari dengan jelas. Gadis itu bingkas berdiri dan mendekati rakannya.

Akma terkelip-kelip apabila gadis bertudung 24 jam itu berdiri menghadapnya. Muzik dimatikan sambil keningnya terjongket kedua-dua belah.

" Awak free tak hari ni?" Segaris senyuman dihadiahkan Nafisah. Ada satu hasrat yang nak disampaikan dalam hati.

"Aku nak pergi mendobi dengan kawan sekejap lagi. Petang kot baru balik."

"Lama ke dobi? Saya nak ajak awak pergi surau sekejap lagi. Pukul 11 pagi. Ada ceramah pasal solat," terang Nafisah.

"Aku balik petanglah. Sorry." Bakul baju kotor diletakkan ke atas katil. Cadarnya ditanggalkan pula untuk dibasuh setelah seminggu digunakan. Alang-alang nak basuh, baik basuh satu bilik. Barulah tak rugi sabun.

"Okay..." Nafisah diam sahaja dan kembali pada meja belajar.

Tak cukup dengan itu, Akma mengangkat kerusi ke tepi dinding lalu dia berdiri di atasnya. Langsir biliknya dicabut kesemua sekali.

Perbuatan itu hanya diperhatikan Nafisah. "Awak memang suka membasuh ke?" Cuba mencari kimia dalam perhubungan mereka yang berkenal tak sampai seminggu. Akma sibuk dengan kawan-kawan sendiri, Nafisah pula sibuk dengan hal peribadi. Sukar untuk mereka bersua muka melainkan malam hari nanti.

"Tak juga. Cuma ada sawang labah-labah semalam dekat langsir ni. Macam dah lama je tak basuh." Mata Akma tidak beralih ke arah Nafisah tika bercakap. Dengan mudah, langsir itu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor juga. Sebahagian tidak muat untuk disumbat, lalu Akma mengambil shopping bag nya.

" Kau tak balik ya semalam?" soal Akma buat gadis itu. Katil Nafisah kosong sahaja. Subuh tadi barulah gadis itu pulang secara senyap-senyap.

"A ah. Saya tidur dekat lain. Kenapa? Awak takut ke tidur sorang-sorang?"

"Takdelah. Aku cuma pelik kau takde. Manalah tahu keluar dengan lelaki sampai lewat malam sampai esoknya baru balik." Sekali lagi pantulan wajah dilihat. Bedak baby johnson disapu pada pipi, takut nanti apabila mata hari terpacak atas kepala habis muka berminyak macam boleh goreng telur pula. Botol bedak itu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Nafisah hanya tertawa halus dengan usikan Akma. "Awak nak keluar dengan siapa ni?"

"Sherry."

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now