20 : Kakak Ipar Akma

1.4K 199 47
                                    

Muka disembamkan pada bantal. Tangan memeluk tubuh sendiri. Nafisah berbaring mengiring sambil menahan mualnya. Botol minyak angin ada tergenggam di tangan.

"Nafisah!" Akma menjengulkan kepalanya dari luar. Kasut sukan yang lembab dicampakkan bersebelahan rak kasut lalu dia berlabuh di birai katil Nafisah.

Gadis itu menolak bagasinya dengan hujung kaki ke katil sendiri.

"Nafisah..." lengan Nafisah diusapnya lembut.

Nafisah memalingkan wajah. Dia tersenyum kecil lalu bingkas duduk. Layanan Akma tidak sedingin tempoh hari.  Mungkin Badrul telah berjaya memujuk adiknya untuk menerima realiti sebenar. "Akma dah balik?"

"Ya." Hidungnya tercium bau minyak angin. "Kau sihat? Rasa loya lagi?"

Gelengan menjawab pertanyaan Akma. "Saya okay je."

Tidak semena-mena tubuh Nafisah didakap Akma erat. Dia mengggeleng lemah. "Aku minta maaf... Sebab buat kau... Hina kau. Aku minta maaf sangat-sangat. Kau hina la aku balik. Aku ni memang suka menyusahkan orang."

"Tak apa. Saya okay je." Belakang Akma diusap Nafisah. Dia menepuk tubuh lalu mengangkat wajah. "Saya nak minta maaf sebab berahsia dari Akma selama ni. Saya tak tahu Akma ni adik Badrul sampailah Badrul yang beritahu sendiri."

"Aku dah tahu dah semuanya, Nafisah. Aku akan cuba terima kau sebagai kakak ipar aku. Lagipun kau tengah mengandungkan anak buah aku juga." Akma tersenyum bahagia melihat Nafisah ini. Tangan gadis itu dipegangnya.

"Seronok pergi kem?" soal Nafisah. Kaki kiri Akma yang berbalut membulatkan matanya. Dia terkejut kerana sebelum ke kem, Akma baik-baik sahaja.

"Seronok. Macam-macam jadi." Kaki Akma ditarik Nafisah untuk melunjur ke atas katil.

"Kenapa ni?"

"Ni... Aku jatuh dalam hutan." Hujung kening yang tidak gatal digaru. Dia terus dikecualikan daripada aktiviti yang seterusnya. Begitu juga dengan Badrul yang demam panas tak lama selepas itu. Kasihan Badrul, balik ke hostel pun dalam keadaan demam.

"Ya Allah... Bahayanya lah. Macam mana awak nak pergi kelas nanti? Kan susah," omel Nafisah.

"Kau dah telefon Badrul?" soal Akma. Kakinya diturunkan menjejal lantai. Entahlah bila hendak sembuh buku lalinya ini.

"Belum. Telefon dia tengah mati kot... Saya hantar mesej pun satu tick je."

"Dia demam. Nanti kau tengokkanlah dia tu, ya? Em, aku nak tanya..."

"Apa?"

"Kenapa takde siapa tahu pasal status perkahwinan korang?"

"Sebab Badrul tak boleh kahwin sebenarnya. Dia terikat dengan syarat biasiswa tapi dia kahwin juga dengan saya. Biasiswa letak syarat macam tu pun supaya dia fokus pada pelajaran dan tak sibuk menguruskan rumah tangga."

"Pasal hari tu... Kau ada mengaku yang kau takde dara? Betul?"

Lambat-lambat Nafisah mengangguk. Anak matanya menekur cadar katil. "Saya kena rogol dengan abang ipar masa tahun pertama dekat sini. Badrul tahu soal ni dari mula sebab dia siasat sendiri pasal saya. Dia jaga saya lepas tu. Jadi bila fikirkan balik, baik kami berkahwin daripada datangkan fitnah lain. Apa-apa pun dia yang banyak usaha untuk dapatkan saya."

"Wah... Mesti Badrul pandai mengayat ni. Hehe," sengih Akma. "Abang ipar kau pula macam mana? Tak buat aduan polis?"

"Kakak saya tahu yang suami dia dah pernah tidur dengan saya, jadi dia benci saya. Macam-macam dia buat dekat saya." Nafisah tersenyum hambar. Dia ini hidup menumpang di rumah orang, terumbang ambing selepas kematian kedua orang tua. Menjadi anak bongsu dan tak punyai harta, Nafisah tak mampu berbuat apa-apa.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now