31 : Berfatwakan Nafsu

1.3K 195 168
                                    

Senang saja mahu yakinkan Akma ini. Beri beberapa dalil ayat Al-Quran yang ditadabbur sesuka hati pun Akma akan terima kerana gadis itu cetek ilmunya.

Azan maghrib yang berkumandang menyapa ke gegendang telinga. Dengan pantas, Amir menaip pesanan buat Akma agar mengawalkan solat dan jangan terleka dengan dunia.

Akma sayang

Akma, jangan lupa
solat maghrib tu.

Ish, takkanlah Akma
nak lupa. Amir, kenapa
tak boleh beritahu Nafisah
tentang hubungan kita?

Sebab Nafisah tu strict sikit.
Islam kan mudah, takkanlah
hubungan antara lelaki dan
perempuan tak dibolehkan?
Kita bukannya berzina pun.

Alasan demi alasan diberikan buat Akma. Amir tersenyum sendiri. Buat hati sendiri pula disedapkan dengan tujuan untuk membimbing Akma ke jalan yang lurus. Buktinya Akma sejak dua menjak ini tak lekang dengan tudung labuh. Sedap saja mata Amir nak memandang.

Apabila dengan Atikah, nafsunya tidak begini. Dengan Akma pula, melihat gambar betisnya sahaja boleh membuatkan dia tidak keruan. Puasa sunat tidak lagi dibuatnya kerana dibimbangi akan terbatal dengan perbuatan sendiri.

Lelaki itu mendepakan tangan di atas katil. Dia menggeliat kecil lalu kembali menatap skrin telefon. Tak pernah dirasakan berdosa kerana dia tidak pernah pun menyentuh tangan Akma. Amir hanya meminta Akma untuk menghantar gambar selfie dalam tudung labuh sahaja.

Dari lekukan bibir munggil yang kemerahan. Hidung kecil Akma, ingin sahaja dicuitnya. Bentuk wajah Akma tampak cantik disarungkan tudung labuh koshibo.

Dengan gambar itu, nafsunya dapat dipuaskan setiap malam. Berkali tatap pun tidak jemu mata memandang. Iman senipis bawang tak mampu menanggung nafsu yang makin besar dibelanya setiap hari. Bangun subuh saja dia perlu mandi wajib.

Jari Amir terdetik untuk melihat last seen whats app rakannya, Badrul. Dua hari lamanya Badrul tidak bermain telefon. Kelas pun dia tidak hadir. Dikatakan Badrul sedang demam denggi sekarang ini dan terlantar di katil hospital.

"Padan muka kau, Badrul. Allah bagi bala dekat kau sebab kau tu banyak buat dosa," ujar Amir.

Mujur juga Badrul demam, Nafisah pula sibuk menjaga suaminya di hospital. Peluang itu akan digunakan untuk mendapatkan Akma. Biar Akma tergila-gilakannya.

Lelaki itu beralih pula pada peti perbualannya dengan Atikah yang semakin lama semakin dingin. Hangat cinta mereka tidak seperti dahulu. Sedikit pun Amir tidak kisah saat itu. Jika Atikah lari, Akma ada menunggu.

Amir bingkas berdiri. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat maghrib ala kadar sahaja. Al-Fatihah pun dibaca tunggang langgang kerana tidak mahu berenggang dengan telefon. Atas karpet sejadah pun dia boleh lupa sedang berada di rakaat ke berapa.

Telefon pintar disambar laju. Tubuhnya direbahkan ke atas katil bujang.

"Haih, Akma," keluh Amir.

Akma sayang

Amir, malam ni kita tak
boleh keluar.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now