32 : Ke Usrah

1.1K 175 51
                                    

DUA botol air minuman isotonik diletakkan ke dalam troli sebelum beralih ke deretan buah-buahan segar. Shahrul melihat satu-satu buah sambil berfikir lama. Tak pasti mana yang elok buat Badrul. Dia tak mahu datang melawat dengan tangan kosong sahaja sedangkan selama ini Badrul telah banyak meluangkan masa untuk mengajarnya perihal ilmu agama.

Sebiji buah jambu batu dimasukkan ke dalam plastik lutsinar. Buah epal merah yang masak ranum juga dipilih Shahrul. Usai menimbang buahannya, dia menolak troli untuk ke kaunter pembayaran. Akmalah yang memaklumkan tentang kesihatan abang susuannya tempoh hari. Kalau tidak, mungkin Shahrul tidak tahu mengapa Badrul sunyi sepi sahaja di whats app. Mesej tak dibalas, status pun tiada.

Rak coklat berdekatan kaunter membuatkan Shahrul tersenyum nipis. Tiga peket bar coklat dimasukkan ke dalam troli. Ini untuk Akma.

Kasihan pula Akma dilayannya dingin  gara-gara si Amir. Shahrul cukup tidak suka Akma menyebut-nyebut nama Amir di hadapannya. Jadi, sepatah pun tak mahu dikeluarkan tika menyerahkan bubur McD dan ubat panadol buat Akma yang sedang sakit senggugut semalam.

Cemburu buta.

"Macamlah Akma suka aku. Entah-entah dia anggap aku ni kawan je," omel lelaki itu. Jari kelingking sendiri dilihat.

Walau apa pun, dia sudah berjanji untuk menunggu gadis gelabah itu. Jarang sekali seorang Shahrul memungkiri janji.

"Encik," sapa juruwang. Barangan Shahrul telah siap dikira dan dimasukkan ke dalam beg plastik.

Shahrul terkeli-kelip. Sekeping not RM50 dihulurkan dengan sengihan. Dia sekadar mengangguk membalas terima kasih yang dilontarkan padanya.

Bukan mulutnya penuh dengan ketulan emas, cuma malu untuk keluarkan suara yang tak segarau lelaki lain. Shahrul lebih suka membalas dengan isyarat badan apabila dengan orang yang tak dikenali. Kalau tidak angguk, dia akan menggeleng.

Deria baunya tercium satu aroma makanan tika melintasi sebuah kedai sushi di aras satu, pusat membeli belah. Langkah yang laju tadi diperlahankan apabila terlihat satu sosok tubuh seakan Akma. Akhirnya, lelaki itu terpacak betul-betul di hadapan kedai sushi.

Shahrul mengeluarkan telefon pintarnya. Perbualan dua jam yang lalu menjadi tatapan.

Saidatul Akma

Akma, aku nak melawat
Badrul hari ni.

Datanglah. Tak payah
beritahu aku.

Marah ke? Aku minta maaflah
kalau kau terasa. Kau pun tahu kan
aku tak suka kau layan Amir.
Dia tu suka permainkan
perempuan.

Tak baik fitnah orang.

Aku minta maaf, okay?
Kau sibuk ke hari ni?
Boleh jumpa dekat hospital
nanti.

Sibuk. Aku ada usrah.

"Oh, ini usrah?" Shahrul hampir tidak percaya. Dia yakin Akma yang di dalam sana dengan secebis kain di wajah. Daripada lirikan mata sahaja sudah diketahui itu Akma. Sejak bila Akma berpurdah?

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now