14 : Keluar Malam

1.3K 194 57
                                    

"Amin, malam ni aku free. Kita keluar nak? Rasa macam nak pergi cari boba tea yang baru keluar tu. Lagipun Sushi King tengah buat promosi tau, jom lah..." pinta Akma dengan suara yang meleret.

"Aku tak free. Sorry, ada hal."

Akma terkejut Badrul telah memutuskan panggilannya yang baru hendak berdurasikan satu minit. Keningnya berkerut kegeraman.

"Sengaja ya..." ujar Akma. Perut kempis sendiri dibelai simpati. Dia benar-benar mengidam hendak makan masakan Jepun pada malam itu. Jika tidak ditunaikan takut nanti dihantui dalam mimpi selama tujuh hari tujuh malam. Pernah sekali dia termimpi hantu askar jepun mengejarnya di alam mimpi gara-gara dia tak habiskan sushi yang dibeli.

Kaki dilunjurkannya. Dia termenung melihat batang betis sendiri. Apabila Nafisah datang ke dalam bilik, cepat-cepat dia selindungkan kakinya. Bukannya Nafisah tidak tegur agar tidak memakai seluar pendek, tetapi Akma ini keras kepala sedikit orangnya.

"Nak pergi mana tu?" soal Akma.

Kelihatan Nafisah sedang menyapu bedak di kulit wajah dan memakai secalit lipbam berwarna.

"Nak dating ke?" Akma lagi tertanya-tanya.

"Saya nak keluar dengan kawan sekejap," jawab Nafisah dengan senyuman. Sehelai kain hitam yang telah digosok diambilnya.

"Kawan? Lelaki ke perempuan?"

"Adalah. Rahsia."

Akma terangguk sendiri. Jarinya diletakkan pada bibir yang sudah tersenyum senget. Salam dijawabnya di dalam hati. Asyik keluar sahaja si Nafisah ni. Entah apa yang dibuat setiap hujung minggu apatah lagi hari biasa begini.

Minda Akma asyik dengan syak wasangka yang Nafisah telah terlanjur dengan mana-mana lelaki di luar sana sehingga mengandung. Itupun Akma membuat kesimpulan sedemikian kerana terlihat alat penguji kehamilan dalam loker baju Nafisah yang masih belum digunakan tempoh hari.

"Tak sangka perempuan tudung labuh pun boleh terlanjur dengan lelaki," bisik hati Akma. Dari raut wajah Nafisah, Akma tahu gadis itu sudah tiada dara seperti dirinya. Tak pastilah Nafisah itu memang sudah terlanjur sehingga mengandungkan anak luar nikah.

" Tapi Nafisah pun bukan orang senang. Mungkin dia buat sebab duit," tambah Akma. Mata Akma membulat, sangkaannya kedengaran logik sahaja.

Nafisah mungkin terpaksa melayan lelaki yang sama setiap hujung minggu dan mengorbankan tubuhnya kepada lelaki durjana. Apabila lelaki itu tahu Nafisah mengandung, dia mahu anak itu digugurkan.

Terus Akma menggeleng. Dagunya ditongkat.

"Tapi boleh jadi juga ada lelaki yang nakkan anak."

Lalu lelaki itu menjadikan Nafisah sebagai ibu tumpang kerana isterinya tidak mampu melahirkan zuriat. Hasil khidmat Nafisah, wang yang banyak akan dibayar sebagai upah.

"Tapi tu kan haram? Tapi..." Rambutnya diusap kusut.

"Dah lah, malas nak fikir," dengus Akma. Biarlah Nafisah nak ke mana pun. Kalau benar itu anak luar nikah, pandai-pandailah tanggung sendiri.

Telefon pintar diambil lalu didail satu nombor dengan kadar yang segera. Akma menekupkan skrin telefon di sisi telinga.

" Shahrul, nak makan sushi tak? Aku belanja." Wajah Shahrul terlintas di fikiran gadis itu. Dia berdoa agar Shahrul akan menerima ajakannya.

"Pergi ajak Badrul, aku sibuk."

"Badrul? Dia sibuk. Ala, kau kan kawan baik kau. Please... Aku tidur tak lena nanti kalau tak makan sushi ni," rayu Akma. Matanya terpejam sebelah, takut untuk mendengar jawapan Shahrul. Senyuman meleret hingga ke telinga.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now