36 : Apa beza dengan berzina?

1.4K 202 125
                                    

Satu pun mesej tidak dibalas Akma. Malah Akma telah menyekat nombor Amir daripada menghubunginya. Gambar profil Akma tiada, mesej-mesej yang lalu pun habis dipadam Akma meninggalkan hanya pesanan daripada Amir.

"Tak apa, Amir. Kau dah puas mainkan Akma. Cukuplah tu," pesannya pada diri sendiri. Stereng kereta dipegang kejap. Hasratnya untuk memiliki Akma habis terbengkalai.

Walau Akma melarikan diri sekalipun, mereka masih dalam kolej yang sama. Paling mengujakan segala gambar Akma yang tidak bertudung ada dengannya.

"Kau lari pun... Setiap malam aku boleh tatap gambar kau. Atau bila kau jual mahal sangat, gambar kau yang aku akan guna untuk santau."

Amir tertawa sendiri di dalam kereta. Berani betul Akma buatnya begini. Ini semua salah Shahrul. Entah apa yang dihasut pada Akma sampai Akma tidak gentar buat melawannya.

Dia tidak pernah menyentuh perempuan selama ini. Ujian yang ditimpakan gagal dilalui. Semakin lama, semakin lemas dalam arus mimpi yang palsu.

Simpang kecil di kiri jalan diambil pacuan beroda empat itu. Amir terus memasang hasrat untuk menyeksa Akma dari jauh. Kopiah pada atas dashboard diambil lalu disarungkan elok pada kepala. Hatinya telah lama didera dosa yang tidak henti mengalir.

Sebuah rumah di bahu jalan menjadi destinasinya pada petang itu. Dia menilik wajah di cermin terlebih dahulu. Kemudian barulah Amir menapak ke luar. Wajah dihiaskan dengan senyuman. Tak kisah lah Akma nak lari, Atikah kan masih ada?

Seorang gadis bertudung labuh yang mengikat tali pertunangan dengannya.

Atikah ada menunggunya di dalam sana bersama keluarga bakal mertua. Katanya ada perkara penting nak dibincangkan. Amir akur sahaja, dia sedikit risau dengan layanan Atikah yang kian dingin.

Selipar ditanggalkan di beranda rumah.

DUSH

Belum sempat memberi salam, satu tumbukan padu menghentam wajah. Amir tertolak ke lantai beranda rumah dengan kasar. Pipinya yang berdenyut dipegang sambil terdongak memandang lelaki tinggi lampai di hadapan mata.

"Along, kenapa ni?" soal Amir hairan. Dia berusaha untuk bangun dan menenangkan lelaki itu. Akibatnya, leher baju ditarik hingga tersekat-sekat Amir hendak bernafas.

"Kau buat apa dekat adik aku?" soal Fatah. Matanya hampir terjegil keluar atas api kemarahan yang menjulang tinggi.

"Buat apa?" Amir terpinga-pinga. Perutnya ditumbuk pula. Terpejamlah lelaki berkopiah itu menahan sakit di atas lantai. Sepatah pun tidak difahami.

"Kau jangan nak buat bodoh depan aku." Fatah benar-benar sedang naik angin. Amir yang sedang mengerang kesakitan dipaksa untuk bangkit berdiri.

Liur ditelan kesat. Mungkin Fatah telah mengetahui perangainya selama ini. Amir terkebil-kebil mahu membela diri.  "Along, saya mengaku yang saya ada hubungan dengan perempuan lain sebelum ni. Tapi tu dulu..."

Dosanya telah diketahui? Yang setiap malam dia memuaskan nafsu dengan menatap gambar tidak bertudung Akma?

Amir sudah kecut perut. "Along, sabar. Saya mengaku saya ada perempuan lain tapi-"

Urat pelipis Fatah menegang mendengar jawapan itu. Badan Amir dihenyak ke lantai beranda. Kekecohan yang ditimbulkan Fatah di luar rumah menyebabkan Atikah dan Firman keluar tergesa-gesa. Adik-adiknya terkejut melihat Amir berdarah mulut. Kopiah pula tersadai di atas lantai hujung sana.

"Along, jangan pukul Amir," rayu Atikah.

"Kenapa kau nak bela lelaki ni? Kau ingat aku nak lepaskan dia lepas tahu yang dia rogol kau?" bengang Fatah. Perut Amir ditendangnya sekuat hati.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now