23 : Pembenci dalam Diam

1.2K 190 112
                                    

"Nafisah, boleh tak ajar aku cara nak labuhkan shawl ni? Aku tak pandai lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nafisah, boleh tak ajar aku cara nak labuhkan shawl ni? Aku tak pandai lah. Tapi aku tak nak labuh sangat," sengih Akma. Sehelai selendang hitam yang baru digosoknya telah diletakkan ke atas kepala. Namun, dia sendiri bingung. Hendak diikat ke belakang seperti biasa, nanti tak tutup labuh ke dada pula.

" Awak pakai je macam biasa," balas Nafisah. Gadis itu melangkah ke arah Akma. "Sejak bila ni Akma nak pakai shawl?"

Kedua-dua hujung selendang dijadikan pendek dan panjang. Akma menjadi statik apabila Nafisah sedang melilitnya dengan kain hitam itu. "Akma tengok orang lain pakai cantik je... Teringin juga."

"Tapi jangan lupa niatkan tutup aurat kerana Allah," pesan Nafisah lembut. Pin yang terakhir disematkan ke sisi kepala Akma. Dia tersenyum senang. "Dah siap."

Imej yang terpantul pada satah cermin dinding membuatkan Akma senyum hingga ke telinga. Cantik juga pakai selendang hitam yang telah berhabuk dalam almarinya.

"Akma ada kelas sampai pukul berapa? Nak lunch sekali dengan saya?" soal Nafisah. Dia juga nampaknya telah siap dengan jubah dan tudung litup. Tudungnya dikelim kiri dan kanan wajah lalu jarum peniti ditusukkan ke atas kepala.

"Nak-nak. Sampai tengah hari je."

Kasut di luar menyarung kaki. Pintu bilik pun dikunci lalu dua orang gadis itu menapak ke dalam lift seperti pelajar perempuan yang lain. Ketika Akma hendak melangkah keluar, terasa tudungnya ditarik dari belakang. Dia segera menoleh.

" Nak pergi kubur ke hari ni kak? Nak berkabung ye?" soal Mila. Seorang gadis melangkah keluar lift sambil menayangkan wajah toyanya.

"Kau pernah makan penumbuk sebagai sarapan pagi?" Akma menghunuskan penumbuknya pada batang hidung Mila. Nafisah telah berjalan terlebih dahulu dan menunggu di permulaan susur gajah.

Terdiamlah gadis berpakaian sendat itu. Tudung Akma dilepaskan segera.

"Aku boleh buat apa yang sama dekat Han kalau kau nak. Biar bersepai gigi kau, " tambah Akma lagi dengan jelingan helang. Vermilionnya menyimpul senyuman sinis.

"Patutlah kau ni takde boyfriend. Muka buruk, perangai pun buruk." Mila menapak ke belakang bagi menyelamatkan diri.

"Muka aku nampak macam kisah?"

"Malam ni aku nak pergi dinner dengan Han. Kau mesti tak pernah merasa pergi candlelight, kan?"

Akma menggeleng malas hendak melayan. Setakat makan malam, sudah lama dia makan dengan Shahrul sampai kembung perut ber'candlelight'kan lampu jalan. Kaki membuka langkah ke arah Nafisah. Dalam masa yang sama mulutnya terkumat kamit memaki Mila.

" Akma okay?" Nafisah melihat wajah adiknya. Mencuka sudah, padahal tadi ceria sahaja. Dua gadis itu berjalan seiring untuk ke roundabout di hadapan hostel. Di situ bas akan mengambil para pelajar untuk ke bangunan kuliyah.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now