7 : Solat yang Perlu Diganti

1.5K 206 47
                                    

"Muka kau makin cengkung la, makanlah," tegur Shahrul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Muka kau makin cengkung la, makanlah," tegur Shahrul. Lingkaran hitam pada mata kawannya diperhatikan. Sesekali dia memandang hadapan untuk mengelakkan pensyarah mencurigai mereka sedang bersembang di tempat duduk belakang.

"Kau tu kenapa tak makan semalam? Diet? Pagi ni pun tak nampak muka kau dekat kafe," balas Akma.

Shahrul tertawa. Dia sedang dalam fasa menurunkan berat badan sendiri agar tubuhnya lebih fit. Sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan Akma. Kasihan Akma asyik menadah sindiran kawan-kawannya hanya disebabkan berkawan dengan Shahrul. Jika rupanya segak sedikit, itu mampu menyenangkan persahabatan mereka.

"Aku ni takpe kalau tak makan. Banyak lemak lagi. Kalau kau tak makan, nak tinggal apa? Rangka?"

"Aku makanlah tadi." Nafisah beria membuatkan sandwich tuna kegemarannya buat sarapan sarapan pagi. Susut juga bungkusan roti di bilik mereka. Untung ada kawan sebilik yang prihatin dan baik seperti Nafisah.

"Semalam Amir cari kau."

"Ya?" Mata Akma membulat. "Dia nak apa? Nak kena penumbuk aku?"

"Entah. Bila tanya, senyap je mamat tu." Shahrul mengangkat bahunya. Kertas nota pensyarah diselak ke belakang apabila skrin layar menayangkan slide yang seterusnya.

"Ada la tu mulut becok dia nak perli aku. Dalam dunia ni dia je yang maksum. Harapnya macam tu lah. Entah-entah dekat belakang aku, dia tidur dengan perempuan." Biji matanya terguling ke atas tanda menyampah. Jari meluncur ke tepi bagi mengalih slide dalam Ipadnya.

Akma anak orang kaya. Shahrul pula hanya orang biasa-biasa. Dia tidak mampu untuk memiliki gadget canggih seperti Akma. Setiap hari harus berentap dengan printer yang terkadang suka mencari gaduh hingga lewat malam.

"Jangan benci sangat, nanti tersuka."

"Suka?" Akma berdecit. Wajah Amir dicari mata hitamnya. Nak tengok rupa lelaki yang maksum bakal ahli syurga itu. Kepala berkopiah adalah sasarannya. Pasti itu milik Amir Farhan. Lelaki nerd yang asyik mengambil tempat duduk paling hadapan di dalam dewan.

" Tengok tu dia tengah pandang sini," bisik Akma. Matanya kekal memandang wajah Amir dari belakang. Jangan ingat yang dia akan alihkan mata kerana ketakutan.

Amir juga tidak puas hati dengan kerlingan Akma.

"Amir Farhan, kenapa pandang belakang? Saya mengajar dekat depan ni," tegur pensyarah lelaki itu. Dia berhenti mengajar gara-gara perbuatan Amir yang berpaling lama darinya.

Akma ketawa jahat di belakang. Nak pandang sangat. Biar teleng terus kepala tu.

Senyuman nipis terbit di bibir Shahrul. Rasa cemburu itu ada tiap kali Akma menyebut nama Amir. Takut perasaan benci Akma akan beralih kepada cinta suatu hari nanti. Tiadalah ruang lagi buat dirinya jika nak dibandingkan dengan Amir. Amir itu budak serba pandai dan lengkap dengan agama.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now