AINA SAFIYA melangkah keluar dari rumah agamnya itu. Fuh, kena memandu pulak hari ni. Selalunya, pemandunya iaitu Pak Ahmad akan menghantar serta mengambilnya dari pejabat. Tapi pak Ahmad cuti pulak kerana anaknya di kampung sedang sakit. Tak kan nak halang balik, kan?
Aina menekan punat lock di kunci keretanya lalu memasuki kereta bewarna putih itu. Kaca mata hitam di pasang perlahan sebelum meluruskan tudungnya.
'Bismillah.'
Perlahan-lahan, kereta itu meluncur laju di atas jalan raya menuju ke syarikat yang semakin gemilang abad ini iaitu Syarikat E-Starz kepunyaan dirinya.
"Selamat pagi, cik Aina."
"Selamat pagi." Balas Aina apabila di sapa pekerja di situ.
"Selamat pagi, cik Aina. Tea or coffee?" Hana, yang bekerja sebagai tea lady juga merupakan penasihatnya menegur.
"Pagi, Hana. Give me tea. Letak atas meja saya, ye? Terima kasih." Senyum Aina. Hana mengangguk sebelum kakinya melangkah ke pantri.
"Morning, cik Aina." Hanafi, yang bekerja sebagai sekreterinya atau lebih ramai memanggil personal assistant pula menyapa.
"Morning, Hanafi. Oh wow, pagi-pagi dah senyum. Ada apa-apa ke?" Hanafi ketawa kecil.
"Macam tahu-tahu je cik Aina ni ada berita gembira. Haha, alhamdulillah, isteri saya dah selamat bersalin. Baby girl." Bersinar mata Aina.
"Alhamdulillah, mesti comel anak awak tu. Nanti saya datang rumah awak melawat, boleh?" Hanafi ketawa kecil.
"Mestilah comel, anak saya kan." Hanafi ketawa kecil apabila melihat Aina yang menjeling. Tangannya sibuk menyusun fail di rak itu.
"Ha, boleh tak saya datang rumah awak?" Hanafi senyum.
"Mestilah boleh, cik Aina. Isteri saya mesti suka. Cuma seganlah, rumah saya rumah banglo, kecil je." Hanafi menggosok belakang lehernya.
"Tak payah seganlah, Hanafi. Macamlah saya tak pernah pergi rumah awak. Elok je saya tengok. Alah, rumah besar buat apa, betul tak? Rumah besar ke rumah kecil je, rumah tetap kita nanti sama je tanah, kan?" Ujar Aina merendah diri. Hanafi mengangguk mensetujui kata-kata Aina.
"Ni, Hanafi. Meeting dengan Dato' Ismail pukul berapa?" Tanya Aina kemudian langkahnya di bawa ke bilik pejabatnya. Di situ, kelibat Hana kelihatan. Hanafi mula membuka tabletnya.
"Cik Aina ada meeting dengan Dato' Ismail pukul 10 pagi." Aina mengangguk tanda mengambil maklum.
"Ada meeting selain dengan Dato' Ismail ke?" Hanafi mengangguk.
YOU ARE READING
Pengorbanan Cinta
Romance[ Slow Update ] AINA SAFIYA Gadis yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi jutawan seawal usia 15 tahun dan jutawan termuda di kalangan wanita. QAMARUL IZHAM Lelaki yang di lahirkan dalam keluarga yang serba kemiskinan. Hidup sebatang kara b...