B A B 2 0 : P E N G O R B A N A N

585 38 0
                                    

AIDAN melangkah masuk ke bilik rawatan milik Aina. Wajah pucat milik gadis itu benar-benar menyentuh tangkai hati miliknya.

"Kau ni kan, memang suka buat aku risau." Aidan menahan tangis. Sejak kejadian semalam dimana Aina di timpa hujan lalu pengsan, kansernya disahkan merebak akibat antibodinya yang lemah.

"Dah cakap jangan main hujan, main juga. Ha, tengok siapa susah." Aidan menarik nafas dalam. Dia susah hati.

Siapa tak susah hati bila orang yang kita cinta, terlantar di katil hospital dengan wajah pucat. Entah bila lagi mereka boleh berkongsi cerita lagi. Entah adakah peluang untuk mereka bersua muka buat kali terakhir.

"Tolong kuat, Aina. I want to see you for the last time before i go. Please." Suara Aidan bergetar. Betulkah pilihannya? Patutkah dia pergi meninggalkan Aina?

"Aku tahu kau dengar. I just want to say that i love you damn much. More than a friend, Aina. Tapi aku tahu, hati kau cuma untuk dia. Dia, Qamarul Izham." Aidan memejam mata. Dia tahu Aina dengar. Dia berharap Aina dengar.

"Betapa indahnya takdir Tuhan, Aina. Kau dan dia ada sakit yang sama. Dua-dua sedang berjuang untuk hidup. Aku percaya tu tanda jodoh yang Tuhan berikan. Kalau tak di dunia, mungkin di syurga." Aidan senyum. Indah, bukan?

"Sekali lagi, Aina. Aku minta tolong sangat-sangat. Tolong kuat. Tolong kuat demi orang yang kau sayang. Tolong kuat demi orang yang sayang kau. Okey?" Tangan Aina yang berlapikkan selimut itu di genggam bagai menyalurkan kekuatan.

"Assalamualaikum." Kelibat Hana dan Hanafi mula melangkah masuk ke bilik itu. Aidan mengangguk. Dia perlu keluar kerana had jumlah pelawat hanya dua orang.

"Kau Hanafi, kan?" Hanafi mengangguk selepas bersalaman dengan Aidan.

"Ni. Tolong beri kat dia kalau dia sedar, ek?" Surat bertukar tangan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Hanafi hairan.

"Aku kena balik tempat asal aku." Tempat asal?

'Ooo, baru ingat dia tinggal kat Australia.'

"Tapi takkan kau nak tinggal Aina? Kawan kau kut." Aidan memalingkan kepalanya kearah Aina. Perlahan dia mengeluh.

"Aku kena pergi." Bahu Hanafi di tepuk lalu dia melangkah keluar dari bilik itu.

Di luar bilik itu, dia mengeluh lagi. Berat rasanya ingin meninggalkan kawan yang sudah dia anggap sebagai adik dan- pemilik hatinya itu.

Dia melihat pintu di hadapannya pula. Bilik Qamarul. Baru sahaja ingin menolak, suara Cassie kedengaran.

"Wake up, Rul. Why? I tahu you kuat so please jangan tinggalkan i." Cassie bagaikan merintih.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now