B A B 7 - H A T I

442 43 9
                                    

AINA kini telah sihat sepenuhnya dan di benarkan pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA kini telah sihat sepenuhnya dan di benarkan pulang. Namun, perkara yang tidak diingininya berlaku juga. Qamarul yang setia di sisinya mengerut dahi tanda tidak mengerti.

"Maafkan kami, cik Aina. Kami tak mampu halang." Aina senyum nipis. Apa lagi yang dia mampu buat?

"Laporkan, Hanafi." Qamarul yang berada di sebelah Aina memandang wajah Hanafi yang berwajah gusar itu.

"Cik Aina, cik Aina baru sembuh. Tak perlu kut datang kerja lagi. Biar saya yang u-"

"Laporkan, Hanafi." Hanafi terdiam. Dia tak mampu melawan bila Aina sudah berbuat keputusan.

"Hampir kesemua rakan kongsi kita tarik diri dari projek dan meninggalkan kesan kerugian pada syarikat kita." Itu hanya satu, namun perit untuk Hanafi. Apatah lagi Aina.

"Segala projek yang sedang di jalankan terpaksa di hentikan akibat mereka yang menarik diri. Itu juga mendatangkan kerugian kerana pihak yang bertugas meminta wang ganti rugi." Hana di hujung penjuru bilik hanya mampu berdiam diri dari berkata. Dia tahu. Tapi dia tak mampu berbuat apa.

"Lagi?" Hanafi memejamkan matanya. Tidak mampu untuk meneruskan namun dia perlu.

"Syarikat kita, rugi hampir 80% keseluruhannya. Syarikat kita hampir muflis, cik Aina. Maafkan ka-"

"Cukup. Cukup." Qamarul memotong. Cukup. Sudah. Dia tak mampu mendengar lagi. Aina pula masih lagi beriak kosong.

"Ada notis?"

"Ada, cik Aina. Kita diberi masa sebulan untuk kosongkan bangunan dan membayar ganti rugi." Aina kemudiannya meraup wajahnya sebelum menekupnya perlahan.

'YaAllah, dugaan apa yang kau beri lagi?'

"Kita ada dapat bantuan?" Soal Aina penuh harapan.

"Hanya ada segelintir rakan kongsi kita yang memberi bantuan. Diantaranya ialah Iman C.O, H Sdn Bhd dan Ash Company and Resorts. Itupun tidak mampu untuk membayar keseluruhan ganti rugi." Hanafi menghela nafas. Sudahlah, itu saja yang dia mampu sampaikan.

"Baik, terima kasih. Dan maafkan saya, Hanafi, Hana. Saya tak mampu bantu kamu dalam kerja ni pagi. Saya minta maaf terpaksa berhentikan kamu. Pergilah rehat. Ambil cuti awal." Senyum Aina bagai tiada apa yang berlaku. Namun senyuman yang penuh kepedihan.

"Takpe, cik Aina-"

"Takpe. Pergi, terima kasih untuk selama ni." Hana ingin melawan namun di halang Hanafi. Hana akur jua.

"Terima kasih, cik Aina." Hana dan Hanafi berlalu pergi.

Qamarul masih kaku lalu jatuh terduduk di kerusi di hadapan tunangnya. Dia tak takut untuk hidup serba kekurangan dengan Aina. Tapi, Aina. Dia risaukan Aina. Mampukah dia?

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now