RESTORAN Mamak yang besar di hadapan mereka kini menarik perhatian Hana.
"Uish, nampak sedap je! Lama tak makan makanan mamak macam ni." Ujar Hana dengan suara yang tak tahu macam mana nak tafsirkan. Gembira sangat nampaknya.
"Lap sikit air liur kau tu, dik! Ke kau nak mamak kat restoran mamak ni lapkan?" Hana merengus geram.
'Hish, dah jadi abah orang pun suka ngusik!'
"Dah, jom turun. Tunggu korang habis gaduh tak makan kita." Aina memasang kaca mata hitamnya sebagai langkah berjaga-jaga. Nak lautan manusia lagi? Tolonglah, dah serik! Sumpah dah serik!
Aina, Hana dan Hanafi mengambil tempat duduk di restoran mamak itu.
"Mau makan apa?" Seorang 'mamak' mengambil pesanan.
"Aneh, teh tarik satu!" Pesan Hanafi. Dahaga ngok, takkan duduk nak bawa balik je.
"Milo ais, dua!" Ujar Hana mewakili Aina.
"Okeh, makan?"
"Aneh, nak take away nasi briyani tray besar tiga. Ikat tepi- adui!" Hanafi menggosok kepalanya yang dipukul Hana.
"Itu je, terima kasih." Mamak itu tercengang namun dia buat derr je.
"Kau pehal pukul?"
"Kau yang pehal, gila! Tray mana yang kau ikat tepi!" Geram saja Hana di buatnya. Aina tersenyum, terhibur.
Setelah hampir setengah jam menunggu, makanan mereka pun tiba. Mereka menghabiskan air mereka sebelum bangkit untuk beransur pulang.
"Eh, biar saya je yang angkat, cik!" Terkejut Hanafi melihat Aina yang mahu membawa satu tray nasi itu. Hampir saya dia tersasul.
"Takpe, berat kalau awak bawa dua. Biar saya tolong." Hanafi mengangguk ragu.
Mereka berjalan menuju ke kereta sebelum satu suara menarik perhatian Aina.
"Ibu, ibu. Adik lapar." Seorang budak perempuan yang sedang menangis membuatkan Aina menoleh.
"Ye, ye. Ibu tahu sayang. Ibu tahu. Balik rumah kita makan ye?" Budak perempuan itu menggeleng.
"Nak makan kat sini. Tak nak makan nasi dan garam je." Budak perempuan itu semakin kuat tangisannya.
"Dik, kita makan rumah jelah. Kita mana ada duit nak makan sini." Seorang lelaki remaja melarang. Aina tumpang kasihan.
"Hanafi." Hanafi segera menoleh.
"Rasanya dua tray cukupkan untuk kita?" Hanafi hairan akan pertanyaan itu namun tetap mengangguk.
"Saya rasa cukup sebab cuma ada kita bertiga, mak saya, isteri saya dan kakak saya. Anak saya tak makan nasi." Sempat pulak dia bergurau, haih.
YOU ARE READING
Pengorbanan Cinta
Romance[ Slow Update ] AINA SAFIYA Gadis yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi jutawan seawal usia 15 tahun dan jutawan termuda di kalangan wanita. QAMARUL IZHAM Lelaki yang di lahirkan dalam keluarga yang serba kemiskinan. Hidup sebatang kara b...