B A B 1 8 - M E M O R I

381 34 0
                                    

AINA melangkah sedikit laju menuju ke luar hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA melangkah sedikit laju menuju ke luar hospital. Jika dia melangkah perlahan-lahan, habislah kantoi dia pergi dari buat pemeriksaan.

Bukan apa, dia malas. Setiap kali pemeriksaan itu di buat, keputusan dia sama je. Baik tak payah buat, kan? Dah tahu dah jawapan.

Tanpa sedar, kakinya sudah mula menapak ke taman. Juga itu, dia tidak sedar dia semakin menghampiri sebuah perlanggaran.

"Eh, eh! Aduii, kalau aku tak tahan tadi dah kemalangan kau kat sini." Satu suara yang sangat dia kenali membuatkan Aina terdiam. Qif?

"Kau pun satu, Rul. Pandai-pandailah kau break. Takkan-"

Qamarul meletekkan jari telunjuknya di bibir Qif. Aina di hadapannya kini hanya mampu menunduk. Takut untuk mendongak.

"Kau asal? Sangkut?" Qamarul geram. Qif di pandang tajam membuatkan adiknya itu kecut.

Tidak betah menunggu, Aina mengangkat wajah.

"K-kau?"

"A-aina."

Aina menggigit bibir. Semudah inikah rahsianya terbongkar pada Qamarul? Pada readers? Eh!

"Korang buat apa kat sini? Kena warded ke?" Soal Aina sebagai pembuka bicara.

"Aah, ni, Rul. Dia-"

"Aku demam panas. Kau pulak buat apa kat sini?" Ujar Qamarul. Sempat bertentang mata dengan Qif agar menutup mulut.

"Ohh, saya- saya pun." Aina menjawab. Dalam pada itu, dia menghela nafas lega apabila dapat tahu Qamarul cuma demam biasa. Eh, dah kenapa?

"Eh, berdiri pulak kat sini! Jom duduk kat situ." Qif menunjuk kearah bangku di kelilingi rumput hijau yang agak besar.

"Boleh, jom." Aina senyum meskipun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Eh, Rul! Aku lupa aku nak ke tandas tadi. Kau borak-boraklah dulu ngan Aina, eh? Aku pergi dulu!" Tak sempat ingin menghalang, kelibat Qif sudah jauh meredah lautan manusia.

"Macam mana hidup awak sekarang?" Ujar Aina apabila keadaan antara dia dan Qamarul sunyi sepi.

"Macam ni lah. Tengah busy dengan syarikat lepastu kena tinggal kat hospital pulak. Kau?" Aina senyum nipis.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now