B A B 1 1 - P E R T E M U A N

424 36 5
                                    

AINA melangkah masuk ke syarikat yang telah di tinggalkan hampir lima tahun lamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA melangkah masuk ke syarikat yang telah di tinggalkan hampir lima tahun lamanya. Bangunan ini semakin maju apabila di bandingkan dengan yang dulu.

"Kamu berdua dah majukan syarikat ini dengan baik. Saya bangga dengan kamu berdua." Senyum Aina sebelum duduk di atas kerusi lamanya.

"Eh, bangga ngan abang jelah, cik Aina. Saya tak buat apa-apa pun." Gelak Hana sambil merendah diri.

"Walaupun tak buat apa-apa, you're still my best tea lady, Hana." Baginya, Hana tiada pengganti. Begitu juga Hanafi yang bekerja sebagai pembantu peribadinya. Mereka sangat cekap dan sangat ramah. Mana mungkin dia akan melepaskan dua orang beradik itu.

"Oh anyway-"

"Ada orang buka laci saya ke masa saya tiada? Sebab saya rasa laci ni bekunci waktu hari terakhir saya di sini." Gulp!

Hana menelan air liurnya. Perit. Pahit. Hana memandang abangnya namun diendahkan oleh Hanafi.

"Err, seingat saya takde pun orang lain masuk bilik ni kecuali saya dan Hanafi. Itupun untuk kemas bilik ni." Jawab Hana. Hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya hatinya ketika ini. Itu sahaja jawapan yang paling selamat.

"Dan awak berdua ada buka laci ni? Hana?" Hana semakin bermandikan peluh. Seolah-olah Aina tahu semuanya kerjanya.

"Err-"

"In Shaa Allah, takde. Saya pun tak buka, cik Aina." Ujar Hanafi menolong adiknya yang dalam keresahan. Bukan apa, dia tak berniat untuk menipu demi adiknya. Tapi dia tahu jikalau cerita lama di bangkit semula Aina pasti akan sedih dan dia tak nak semua itu berlaku.

"Hmm, baiklah. Jadi saya akan mula kerja lusa. I want my old P.A to get to work. Understood, Hanafi?" Aina dan Hana gelak. Hanafi pasrah. Sedar akan kerjanya yang lalu.

"Baik, cik Aina."

"Oh ye, Hana. Teman saya shopping petang ni. Saya kena beli baju untuk kerja and barang-barang sikit untuk pejabat ni. Macam suram je." Hana menabik tangannya.

Bab shopping, serahkan pada dia!

Bab shopping, serahkan pada dia!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now