B A B 6 - J A S A

425 40 0
                                    

LAMAN instagram milik Aina mula riuh rendah semenjak dirinya bergelar tunangan kepada Qamarul Izham 2 hari lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAMAN instagram milik Aina mula riuh rendah semenjak dirinya bergelar tunangan kepada Qamarul Izham 2 hari lepas.

Hana dan lelaki pilihannya pula sudah selamat bernikah satu minggu yang lalu dan kini baru sahaja pulang dari berbulan madu.

Aina yang selesai menyelesaikan tugasannya akhirnya menutup matanya buat seketika. Badan di sadar ke badan kerusi lalu mencapai telefon bimbitnya.

Baru sahaja membuka telefonnya itu, betapa terkejutnya melihat beratus noti masuk daripada laman instagram. Post gambarnya bersama Qamarul semalam di tekan lalu membaca komen-komen yang ada di situ.

Post

Caption : alhamdulillah , finally Q's fiance

comments :

@imannazirah : tahniah !
@izadhakim : congrats !
@zulaikhahasrin : tahniah ! saya doakan kebahagiaan awak berdua !
@nadyahanisa : tahniah kak aina ! kak aina cantik sangat ! semoga berbahagia !

Dan banyak lagi komen sedemikian rupa sebelum jatuh pandangannya kepada satu komen atau lebih kepada ... kritikan.

@dhiaalaina : @wanizulkifli @luqman_01 weh weh , aina jutawan tu dah kahwin !
@wanizulkifli : dengan siapa ? eh !
@luqman_01 : mamat miskin tunang aina jutawan ?!
@ridwan90 : boekk lahh ! aina jutawan boleh terima lelaki macam tu !
@anisqamar : seriouslah weh ! @ainasafiyya apahal dowh kahwin dengan lelaki macam tu ? jauh kot darjat kau ngan dia !
@yayayasmeen : harap muka je cantik tapi otak - kalau aku dah lama aku tolak lelaki macam tu
@irwan10 : aku nak backup pun macam tak kena pulak , dah sah sah kau tu kaya carilah lelaki yang kaya juga
@oswy : oh myy , i tak tahu macam mana you fikir @ainasafiyya
@girlgirl2.0 : eww apehal taste you lain macam ni
@imnisa : @ainasafiyya dah tak betul agaknya you ni

Pak !

Telefon itu terhentak ke meja. Aina meletakkan kepalanya di meja. Bala apa pulak yang datang ni? Hanafi di luar baru sahaja selepas membaca komen di laman instagram milik Aina kemudian bergegas masuk.

"Cik Aina, cik Aina!" Namun apabila masuk sahaja ke dalam bilik Aina dan melihat keadaannya sebegitu, tahulah Hanafi yang Aina terlebih dahulu tahu daripadanya.

"Cik Aina, cik Aina okey?" Soal Hanafi perlahan. Dalam hati menyumpah diri sendiri.

'Sah-sahlah cik Aina tak okey, bengok!'

Aina mengangkat kepalanya. Memandang kearah Hanafi ingin menyatakan perasaannya ketika ini namun dia tak mampu.

"Apa yang saya salah buat, Hanafi? Salah ke saya cari kebahagiaan saya sendiri?" Aina cuba untuk senyum, menahan segala esak tangis namun dia gagal. Tangan naik ke wajah menutup segala apa yang ada di situ.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now