B A B 1 2 - T O L O N G

408 40 5
                                    

AINA duduk di kerusi meja komputernya sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA duduk di kerusi meja komputernya sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu. Tiba-tiba, kejadian petang tadi menghantui mindanya.

Adakah Qamarul betul-betul berubah? Entah kenapa, dia rasa dia bukan berjumpa dengan Qamarul yang dia kenal suatu ketika dulu.

Dulu, Qamarul seorang yang tegas dan rendah diri. Kini, Qamarul seorang yang sombong dan- sinis.

Tidak mahu memikirkan lagi, tangannya lincah membuka laptop dan mencari website mengenai syarikat milik Qamarul.

Q's Holding.

Q's Holding telah di bina pada 3 tahun lepas. C.E.O syarikat ini iaitu Encik Qamarul Izham, membinanya dengan hasil titik peluh sendiri. Moto kejayaan menarik perhatian ramai iaitu -

"Untuk berjaya, perlu ada sebuah pengorbanan."

Aina menarik nafas. Apa pengorbanan yang Qamarul dah buat? Sebab itu ke dia meminta untuk putus tunang? Untuk membangunkan sebuah syarikat yang megah itu?

Matanya terpandang akan satu klip video. Klip video itu di tekan.

"Bersama saya hari ini ialah C.E.O syarikat Q's Holding yang baru sahaja di tubuhkan pada tahun ini. Selamat pagi, encik Izham."

"Selamat pagi."

"Jadi encik Izham, boleh tak encik Izham kongsi kisah kehidupan encik sebelum menjadi C.E.O syarikat ini?"

"Latar belakang hidup saya, tidaklah sempurna mana. Penuh kedukaan dan keperitan. Tapi, semua tu bukanlah penghalang kejayaan."

"Dengan moto encik iaitu 'Untuk berjaya, perlu ada sebuah pengorbanan', apakah maksud di sebalik moto itu?"

"Untuk berjaya, mestilah kena bekorban sesuatu. You need to lose something, to gain something."

"Adakah encik Izham ada mengorbankan sesuatu untuk kejayaan encik sekarang?"

"Ye, semestinya."

"Boleh kongsi dengan saya dan semua yang melihat klip video ini?"

"Saya korban banyak benda. Penat lelah dan satu perkara yang saya- mungkin tak akan menyesal."

"Apa dia?"

"Cinta."

PRANG !

Retak hati Aina mendengarnya. Jadi, betullah? Dia di tinggalkan hanya untuk kejayaan Qamarul sekarang? Dan tiada penyesalan baginya? Tangan ragu untuk menerukan namun di gagahkan juga.

"Cinta? Jadi, encik pernah bercinta? Boleh kami tahu siapa gerangannya?"

"Siapa dia biarlah rahsia. Cukup kamu semua tahu yang, dia kisah silam saya. Dan mungkin bukan masa depan saya."

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now