B A B 1 5 - S A K I T

524 33 7
                                    

SEJAK kejadian itu, setiap kali mereka bertembung Aina tidak seperti selalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK kejadian itu, setiap kali mereka bertembung Aina tidak seperti selalu. Hanya diam tanpa bicara dan melintasi Qamarul tanpa secebis senyuman.

Qamarul yang termenung di meja kerja di pandang pelik oleh Qif yang berdiri di muka pintu. Bukan apa, hampir 10 kali dia mengetuk pintu namun tidak di sahut. Buka sahaja pintu, dia di sajikan pula dengan wajah abangnya yang termenung jauh itu. Akhirnya, dia mengeluh perlahan.

Pap!

"Adoi!" Qamarul tersedar dari lamunan. Pen yang tadinya melekap betul-betul diantara matanya di ambil. Tajam matanya memandang adiknya itu.

"Kau pehal?" Marahnya sejurus itu mula memerhati dokumen yang ada di hadapannya sedari tadi.

'File apa ni eh?'

"Kau yang pehal? Aku ketuk 10 kali tak sahut, lepastu kau termenung macam nak tembus dinding ni. Kau fikirkan apa sebenarnya ni?" Soal Qif sebelum keluhan Qamarul terlepas.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya tiba-tiba berubah sebegini. Sebelum ini dia seorang pekerja yang berdisiplin. Sentiasa fokus dalam membuat kerja dan pantang orang yang langsung tidak mengambil perhatian namun kini-

"Kau fikir pasal Aina, ekk?" Teka Qif membuatkan Qamarul mengangkat muka.

"Asal pulak aku nak fikir pasal dia?" Soal Qamarul yang mula terpinga-pinga. Keluhan Qif kedengaran.

"Tulah kau, aku dah nasihatkan kau awal-awal lagi. Aku dah cakap Aina tu ikhlas orang dia. Dia tak pandanglah harta segala ni. Kau tu yang cepat koyak." Bebel Qif bersahaja.

'Koyak dia kata aku? Bertuah punya adik.'

"Kau ni kan. Berapa kali aku kena pesan? Jangan tunggu orang tu tawar hati baru kau nak kejar dia. Sekarang, padan muka kau." Qif menggelengkan kepalanya. Tahu pulak Qamarul erti penyesalan. Qamarul meraup kasar wajahnya.

'Pandai frust rupanya abang aku ni. Ingat pandai menyakiti hati orang je.'

"Boleh tak kau jawab soalan yang aku nak tanya kau ni dengan jujur dan ikhlas dari hati kau yang entah suci ke tidak tu?" Qamarul menjeling namun tetap juga mengangguk.

'Dia nak kata hati aku tak suci ke ni?'

"Kau cinta dia tak?" Qamarul diam. Susahnya ingin menjawab soalan ini lagi susah dari menjawab soalan peperiksaan STPM!

'Soalan KBAT mana adik aku ambil ni?'

"Jujur weh. Kalau kau tipu, kau memang pengecut." Cabar Qif namun langsung tidak diambil kisah oleh Qamarul.

"A-aku tak tahu." Qamarul menggeleng kepalanya, kesal. Dia keliru.

"Oh, come on, Rul! Apa yang dah jadi pada kau? Dulu kau selalu ada pendirian tapi kena sekarang tidak? Tell me the truth, bro! Be a man!" Cabar Qif lagi. Dia tahu kelemahan abangnya jika di cabar. Harapnya.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now