B A B 9 - K E B E N A R A N

446 35 2
                                    

AINA keluar dari bangunan pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA keluar dari bangunan pejabatnya. Menghadap lautan manusia yang semakin berkembang bilangannya hari ke hari sejak berita pertunangannya tersebar.

"Weh, weh, Aina dah keluar!" Salah seorang wartawan yang memegang kamera menjerit menarik perhatian manusia yang lain.

Ingatnya hanya wartawan sahaja. Lupa akan para netizen atau 'musuh' sejak dia bergelar tunangan kepada 'bekas' tunangnya.

"Cik Aina, kenapa cik Aina mengambil keputusan untuk bertunang bersama encik Qamarul yang merupakan seorang miskin?"

"Cik Aina, anda di kecam ramai. Apekah reaksi anda terhadap semua ini?"

"Miss Aina, you're lock down yourself in your company for nearly 4 days. Any reasons for that?"

"Cik Aina, cik di masukkan ke hospital beberapa hari yang lalu. Adakah ianya di sebabkan kes kecaman baru-baru ini?"

Hana dan Hanafi yang setia di belakang Aina menjuih bibir.

'Sampah masyarakat.'

"Maaf, saya tak dapat jawab pertanyaan anda semua sekarang. Petang esok, saya akan membuat sidang media di Studio Q&I. Sekian dari saya." Ujar Aina senada namun masih berlembut.

"Eleh, pengecut!" Salah seorang yang tidak di kenali, menjerit kuat.

"Buuu!"

"Buat sidang media lah, apalah. Seh, pigi dah!"

Aina menarik nafas perlahan.

"Saya melarang keras kata-kata kesat di kawasan syarikat saya. Sesiapa yang merasa diri dia di sini hanya untuk mencela saya mohon untuk tinggalkan tempat ini." Ujar Aina serba serbi kelembutan dan kegeraman sebelum satu suara menjerit lantang.

"Kau ingat kau siapa nak halau kami? Tak sedar ke kau tu dah nak muflis? Dah miskin pun masih belagak!" Hana yang berura-ura ingin memukul wanita itu di tahan oleh Hanafi.

"Sekurang-kurangnya dia masih ada hati. Jauh beza dengan kau." Satu suara dari belakang memecah kesunyian selepas kata-kata cacian tadi.

"Cik Aina mungkin miskin harta. Tapi dia tak miskin hati dan juga kasih sayang." Lelaki itu berpaling ke belakang, menujukkan wajahnya kearah Aina yang ternyata terkejut dengan kehadiran dirinya.

"Helmi."

Ingat Helmi?

"Saya bekerja di bawah cik Aina. Saya-"

"Pekerja. Memanglah backup manager. Nak duitlah tu!" Teriak seseorang yang berada di lautan manusia.

"Saya tak cakap semua ini untuk duit. Saya cakap ni untuk beritahu semua yang korang dah salah menilai seorang Aina Safiya." Ujar Helmi penuh syahdu.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now