AINA SAFIYA melangkah kaki masuk ke bilik pejabatnya itu. Baru sahaja ingin melabuhkan punggung di kerusi, ketukan pintu kedengaran.
"Cik Aina." Muka Hanafi dan Hana muncul di muka pintu lalu masuk setelah di beri kebenaran.
"Ye, ada apa?" Hanafi dan Hana masuk ke pejabat milik Aina.
"Kami err- kami nak err-" Hana menyiku lengan Hanafi yang sedari tadi berdiam diri.
"Apehal siku aku pulak?" Marah Hanafi.
"Tolonglah aku!" Marah Aina pulak. Kali ini pinggang Hanafi pula menjadi mangsa.
"Hish, kau ni kan-"
"Hana, Hanafi, kenapa?" Tanya Aina, menghentikan perbalahan dua beradik itu.
"Cik Aina, kami- kami nak minta cuti." Hana menunduk setelah menutur kata. Aina tersenyum.
'Lah, itu pun nak gaduh? Alahai.'
"Berapa lama?"
"Hanafi 2 minggu. Saya 3 minggu." Aina semakin tunduk. Bukan apa, Aina cuma ada dua pembantu yang di percayai. Kalau Hana dan Hanafi takde siapa lagi yang nak tolong Aina?
"Takut sangat kenapa? Alahai. Okey, nanti saya approve surat cuti kamu berdua. Cuti lama kenapa? Macam cuti pengantin baru pulak." Ujar Aina sekadar gurauan sebelum terhenti melihat anggukan Hana.
"Seriouslah, Hana? Awak dah nak kahwin?" Ujar Aina tidak percaya.
"Tak percaya kan, cik Aina? Saya lagilah terkejut. Ada rupanya orang nak adik saya ni. Aduh!" Ha, ambik kau! Kan dah kena siku.
"Siap kau kat rumah nak, bang."
"Dengan siapa, Hana?" Hana senyum.
"Nama dia Hazriq. Orang sini je. Kitaorang baru kenal sebulan-"
"Nilah yang saya tak berkenan sangat cik Aina. Baru kenal sebulan dah nak kahwin. Belum kenal asal usul lagi." Rungut Hanafi sebelum memandang tajam kearah adiknya.
"Dia berkawan dengan saya. Tapi cik Aina pun tahu kan saya tak selesa kawan dengan lelaki. Even abang saya pun larang untuk bergaul bebas. Then dia kata kalau saya tak selesa biar dia jumpa ibu minta izin untuk berkawan. Tapi rupanya dia terus masuk minang. Ibu pun berkenan dengan dia." Ujar Hana menghiraukan pandangan tajam dari si abang.
"Memanglah berkenan. Jejaka melayu terakhir." Hana memandang tajam namun di hiraukan oleh Hanafi. Matanya menjeling keatas.
"Hmm baguslah macam tu. Bercinta lepas kahwin lebih indah, betul tak, Hanafi?" Hanafi memuncung. Tahu dia di sindir.
Dulu dia juga berbuat sedemikian. Jatuh hati pada seorang gadis, isterinya sekarang lalu tanpa kata dia berjumpa dengan ayah isterinya untuk masuk meminang.
YOU ARE READING
Pengorbanan Cinta
Romance[ Slow Update ] AINA SAFIYA Gadis yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi jutawan seawal usia 15 tahun dan jutawan termuda di kalangan wanita. QAMARUL IZHAM Lelaki yang di lahirkan dalam keluarga yang serba kemiskinan. Hidup sebatang kara b...