ONE

2K 70 0
                                    

•KUAT•

-

-

-
-
-
-

"ARGHHHH!"

"Rasakan! Baru puas hati aku! Dasar budak tak kenang diuntung!"

Wanita yang berumur lingkungan 40-an itu terus memukul gadis yang berada di depannya.
tanpa ada langsung belas kasihan akan keadaannya sekarang.

"Mak, tolong lah.. Jangan buat Raisya macam ni.. " Rayu Raisya.

Sungguh dirinya tidak berdaya lagi mahu melawan. Rasa sakit yang dirasakan, tidak mampu untuk dia gambarkan hnya dengan kata kata.

"Siapa mak kau?! Ada hati nak panggil mak aku 'mak', bangun lah Raisya, berhentilah bermimpi di siang hari" Bidas Maya yang baru keluar dari bilik tidurnya.

Maya adalah adik tiri kepada Raisya, memang dari dulu lagi Maya akan selalu menjadi pusat tumpuan utama bagi Fatimah a.k.a ibu tiri Raisya.

Raisya pula hanya dipandang benci olehnya.

"Eh budak! Kau dengar sini! Mulai esok, aku nak kau kerja lebih kuat lagi. Dapatkan aku dan kakak kau ni duit yang cukup! Kau nak harapkan bapak kau yang lumpuh tu? Memang tak lah! Mulai esok kau akan bertanggungjawab untuk cari pendapatan untuk aku dengan anak aku, faham?! "

Bebel Fatimah panjang lebar. Sungguh dia bencikan Raisya, setiap hari pasti ada sahaja salah Raisya yang dicari.

"Ta-tapi makcik, tt-tahun ni Raisya SPM. Macam mana kalau Raisya tak dapat result yang baik?" Jawab Raisya takut takut.

"Kau tengok muka aku ni!" Jerkah Fatimah seraya mencengkam rambut milik Raisya dan mendonggakkan kepala Raisya supaya memandangnya.

Kasar.

Kepala Raisya terus terdongak, sakit yang teramat pada kepalanya tika ini.
Dengan gentar dia memandng wajah bengis wanita itu.

"Kau ada nampak muka aku ni macam kesah ke tentang kau?" Sambung Fatimah.

Raisya menggeleng perlahan. Air mata yang dari tadi membasahi pipi dibiarkan mengalir.

"Habis?! Kalau aku dah suruh tu buat ajelah! " Tengking Fatimah lalu menolak kepala Raisya.

Raisya diam tidak berkutik.

Maya pula tersenyum kemenangan. Sunguh dia suka bila Raisya dimarah, dipukul sedemikian oleh ibunya.

"Dasar perempuan tak sedar diri"

Bisik Maya di telinga Raisya sebelum dia mengatur langkah mengikut Fatimah keluar dari bilik sempit milik adik tirinya itu.

"Hurfff.. "

Raisya melepaskan keluhan lembut.

Nampaknya dia kena bekerja pula esok pagi. Haihhh...

"Sabar Raisya, walau apa pun dia tetap ibu kau.. Walau hanya ibu tiri kan? "

Sambil melihat ke arah kesan lebam di tubuhnya, Raisya cuba memujuk diri.

Inilah nasib gadis muda bernama Raisya Qaisara, atau lebih selesa dipanggil Raisya.

Semasa dia berumur 8 tahun dia kehilangan orang yang pling bermakna dalan hidupnya, Iaitu ibunya, Maimun.

Sejak Maimun meninggal, Raisya hanya menagih kasih dari ayahnya sahaja, Idlan.

Semua tumpuan, perhatian dan kasih sayang Idlan diberikan sepenuhnya kepada satu satunya anak perempuannya, Raisya.

Namun semuanya seakan berubah setelah Fatimah muncul dan merampas ayahnya sendiri dari nya.

Kasih sayang Idlan seolah olah sudah bertukar kepada Fatimah dan anak perempuannya, Maya.

Raisya diabaikannya.

2 tahun kemudian, Idlan disahkan lumpuh. Idlan tidak mampu untuk berbuat apa apa melainkan hanya terbaring di katil.

Sejak detik itu, kisah hitam Raisya bermula. Kisah hitam yang tak pernah dibayangkannya selama ini.

Segalanya telah diambil alih oleh Fatimah. Malah duit dan telefon milik Raisya juga dirampas oleh Fatimah dan diberikan kepada Maya.

Sekarang Fatimah dan Maya lah yang menakluki sepenuhnya kuasa di dalam rumah itu.

Bilik yang dahulunya milik si puteri Raisya, telah bertukar pemilik. Maya sudah pun mengambil alih.

Kini Raisya hanya diberikan tempat yang sangat sangat tidak selesa bagi seorang wanita untuk menginap.

Namun Raisya redha, dia terima. Mungkin sudah takdirnya.

Seperit mana pun ujian yang menimpanya, dia cuba bersabar.

Raisya gadis yang kuat, cukup kuat.
















-tobecontinue-

#votement❤

Hye readers kusayang!💕macam mana story ke2 author? Best tak? 😁kalau tak.. I'm sorry😢tapi kalau best.. Tambahlah story ni dekat library korang, tau tau tau tau! 😍keep reading readers! Nanti author update lagi keyhh?!❤
Loveyou! 💋

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now