•TERTARIK•
-
-
-
-
-
-Tit! Tit! Tit!
Penggera di bilik Raisya berbunyi menandakan waktu untuk dirinya bangun.
Dengan pantas Raisya bangun dari pembaringan dan terus bersiap untuk ke sekolah.
Setelah siap, dia menilik penampilannya di cermin yang terletak kemas di ruang tamu.
Gadis itu tersenyum manis di dalam uniform sekolahnya. Lama kelamaan senyumannya kian pudar.
Keluhan dilepaskan lagi, dia mula teringat kata kata yang dilemparkan Fatimah semalam. Dia harus bekerja lebih keras! Namun pada masa yang sama dia harus belajar bersungguh sungguh.
"Heii budak! "
Tersentak Raisya dibuatnya. Lambat lambat dia menoleh ke arah si pemanggil.
"Y-yaa Makcik? " bibir bawahnya diketap resah
"Kau dah nak pergi sekolah ke?"soal Fatimah
Raisya hanya menjawab dengan anggukan
"Bagus la tu, pergi sekolah cepat! Lepas tu kerja! Faham?! "
"Fahamm.. "Jawab Raisya lemah
"Dah! Berambus sana! Menyemak je tngok muka hodoh kau pagi pagi ni" halau Fatimah
Raisya hnya menurut, langsung tidak menjawab apa yang diujarkan Fatimah kepadanya.
Dia sudah biasa, Fatimah dan Maya selalu memanggilnya hodoh. Jadi itu bukanlah apa apa padanya.Hodoh? Gila tambah bodoh la orang itu jika mengatakan bahawa gadis itu hodoh, Raisya terkenal di kalangan pelajar lelaki dek kerana wajah cantiknya.
Namun, kalau cantik tapi tidak berharta, siapa je yang nak pandang kan? Segalanya perlukan duit! Tapi mereka lupa, yang duit bukanlah segalanya.
💅💅💅
Raisya berjalan laju menuju ke sekolah nya. Nampaknya dia akan didenda lagi kerana lambat.
Dalam kekalutan Raisya melangkah, badanya tiba tiba terlanggar tubuh tegap seseorang.
"Ahh, m-maaf.. Saya tak sengaja" Raisya meminta maaf tanpa melihat akan gerangan yang dilanggarnga.
Dia meneruskan langkahnya, dibawa memasuki perkarangan sekolah.
Lelaki yang dilanggar Raisya tadi masih lagi berdiri statik di mana tempat Raisya mwlanggarnya tadi.
Matanya tidak lepas memandang gadis muda yang melangkah masuk ke pagar sekolah itu.
"Cantik" gumamnya perlahan, lalu tersenyum sinis.
"Boss" tegur seseorang yang berada di sebelahnya.
Lelaki itu tersentak, lantas menoleh memandang ke arah orang suruhannya.
"Kita kena gerak sekarang"
Lelaki itu sekadar mengangguk. Langkahnya mula diatur memasuki kereta mewah miliknya. Namun fikirannya masih lagi teringat akan gadis cantik tadi, Raisya.
Dia tahu, dan dia sedar gadis itu masih muda, dan sangat muda. Tapi, itu bukan lah satu halangan untuk dia tidak memiliki gadis itu.
Dalam diam dia memikirkan cara untuk dia bertemu lagi dengan si gadis.
💅💅💅
"Arghh! Raisya! Buat hal betul lahh! "Omel Raisya kepada diri nya sendiri.
Dia dah lewat untuk masuk bekerja. Ishh, ni semua gara gara Haziq! Ajak pergi hospital lah apa lah, tak pasal pasal dia dah lewat untuk masuk kerja.
Haziq adalah satu satunya kawan yang Raisya ada. Susah senang, Haziq lah yang akan tetap berada disisinya.
Haziq juga tahu akan kisah malangnya, dan Haziq tak pernah kish untuk berkawan dengan Raisya, walaupun taraf mereka sangatlah jauh bezanya.
Haziq amat terkenal dikalangan pelajar perempuan, oleh kerana wajahnya yang tampan dan poketnya yang berkepuk dengan mata wang!
Namun Haziq tak pernah melayan kesemua perempuan itu, matanya hanya memandang satu gadis, ianya Raisya.
Pada pandangan Haziq, Raisya tersangat lah istimewa. Gadis itu sungguh cantik dimatanya. Malah budi pekerti gadis itu amatlah patut dipuji.
Jauh berbeza dengan perempuan perempuan lain, yang hanya memandang, dan sukakannya hanya disebabkan harta!
FLASHBACK~
"Raisya! "Panggil seorang pelajar lelaki
Raisya yang sedang membaca itu terus menoleh ke arah suara yang amat dikenalinya itu.
"Awak buat ape ni? "Soal lelaki itu
"Tengah masak"jawab Raisya selamba. Sengaja dia mahu mengusik lelaki di depannya.
"Ouh okay, saya nak rasa tau nanti" jawab lelaki itu, main tarik tali nampak!
"Rasa apa? "
"Masakkan awak lah"jawabnya polos
Raisya mengetap bibirnya geram. Dia pula yang terkena.
"Dah la Haziq, ni kan masa rehat, awak tak makan ke? " soal Raisya
Haziq menggelengkan kepalanya, comel.
"Kenapa? "Soal Raisya risau
Haziq yang perasan akan nada Raisya yang berubah seperti seorang yang risau itu, cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan senyumnya
"Sebab awak tak makan"jawab Haziq lagi.
"Saya tak lapar, awak pergi lah makan, nanti sakit" tipu Raisya.
Sebenarnya sejak pagi tadi lagi dia tak makan, sudah tentulah dia lapar! Namun apa boleh buat? Dia tak ada duit sekarang ni.
"Okaylah, kalau macam tu saya pun tak lapar. Saya nk teman awak kat sini"
"Suka hati lah"
Raisya meneruskan bacaannya. Tanpa Raisya sedar lengan bajunya terselak sedikit. Menampakkan kesan lebam di lengannya.
Haziq terkejut dengan apa yang dilihatnya.
"Kenapa ni? "Soal Haziq risau, sangat risau.
"Ahh, tak ada apa apa. Sikit je" Jawab Raisya lantas cuba untuk menyembunyikan kesan lebamnya lagi.
Haziq lebih pantas menarik lengan gadis itu, diselaknya lengan baju Raisya hingga menampakkan semua kesan lebam yang teruk itu.
"Ini dah melampau Raisya" Haziq mengujar geram.
Rahangnya diketap kuat! Marahnya dia pada saat ini.
"Tak ada apa lah, saya okay" Raisya cuba tersenyum.
Wajah Haziq yang berang tadi perlahan lahan berubah kepada wajah yang sayu. Kesian.
"Sakit? "Soal Haziq, matanya memandang sayu ke dalam mata Raisya.
Raisya menggelengkan kepalanya. Perlahan dia menarik kembali lengannya yang dipegang Haziq.
Haziq melepaskan keluhan lembut.
"Jom pergi hospital "ajak Haziq
"Tak- "
Belum sempat Raisya menghabiskan ayatnya. Haziq terlebih dahulu memintas.
"Jangan degil"
Lantas Haziq menarik Raisya untuk mengikutnya ke hospital.
-tobecontinue-
#votement❤
YOU ARE READING
His SLAVE! [COMPLETED] ✔
AléatoireCover by: @Dreamy_Sakura "Tolong janji yang kau takkan tinggalkan aku"-Febian "Saya janji. "-Raisya Qaisara "Aku dah mula tertarik dengan perempuan Febian"-Fang "Kau sentuh dia kau mati Fang, aku tak bergurau dengan apa yang aku cakap"-Febian "Apa s...