•KERJASAMA•
-
-
-
-
-
-Ruang makan menjadi langkah tujunya. Keadaan mansion itu di teliti sekilas, tak dinafikan mansion ini terlihat mewah.
Bahkan dari luar sahaja sudah berjaya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat nya.
"Jemput duduk Grandpa, kita makan sama sama"
Ajak Raisya,
Tuan Kamil tersenyum lalu mengambil tempat di meja makan besar dan mewah itu.
Tuan Kamil duduk di bahagian utama meja makan, manakala di kiri nya Suraya, di kanan nya pula Rayyan. Raisya pula berada di sebelah Rayyan.
Keadaan sepi seketika.
"Raisya, Grandpa boleh panggil Raisya aje kan? Atau ada nama lain yang Grandpa boleh panggil?"
Tuan Kamil cuba mencari modal untuk memecahkan kesunyian itu.
"Grandpa boleh panggil Isya je, arwah ayah saya selalu panggil saya dengan nama tu. "
Rayyan menoleh ke sisi nya, dimana Raisya berada.
Dia menggenggam tangan kecil Raisya, dia tahu Raisya masih sedih dengan pemergian ayahnya. Ditambah pula, apa yang dilakukan nya pada Raisya saat itu.
Tuan Kamil melakar kan senyuman sayu. Kesian nya dia pada gadis di hadapan nya ini,
"Kalau macam tu Grandpa akan panggil Raisya dengan panggilan Isya, kalau Isya rasa rindu dengan arwah ayah...
Isya boleh anggap Grandpa ni macam ayah Isya, atau anggap saja seperti kita ni keluarga kandung.. Lagipun Grandpa dh mula sayangkan kamu sebagai cucu. "
Ujar Tuan Kamil.
Rayyan agak tersentak, bagaimana Tuan Kamil boleh menyayangi Raisya dengan begitu mudah?
Raisya tersenyum manis,
Suraya pula hanya membatu di tempat duduk nya, itu lah sikap nya. Dia hanya bercakap perihal kerja, tugas nya untuk menjaga Tuan Kamil,
Dan dia betul betul laksanakan nya dengan sempurna.
"Rayyan, macam mana hubungan kamu dengan Fang? "
"Macam mana lagi Grandpa? Macam tu lah. Tak ada apa yang akan berubah antara Rayyan dengan dia, "
"Walau apa pun, Grandpa tak nak disebabkan kamu berdua bermusuhan, ikatan keluarga kita terlerai..
Ingat, walau apa pun dia tetap sepupu kamu. Dia anak kepada abang mama kamu. Faham? "
Tuan Kamil menasihati Rayyan, sudah beratus kali namun tetap sahaja tiada perubahan. Entah sampai bila kedua sepupu itu akan bertelingkah.
"Sepupu? Fang? Dia sepupu awak? "
Sampuk Raisya,
"Isya kenal Fang? "
Soal Tuan Kamil pula.
Raisya mengangguk tanda 'ya'.
Tiba tiba fikiran Tuan Kamil kembali pada masa Fang datang berjumpa nya untuk mengadu tentang Febian.
Fang ada sebut tentang gadis bernama 'Raisya'.
"Kamu..
Belum sempat Tuan Kamil menghabiskan ayatnya, Rayyan terlebih dahulu memintas.
![](https://img.wattpad.com/cover/209367930-288-k326046.jpg)
YOU ARE READING
His SLAVE! [COMPLETED] ✔
De TodoCover by: @Dreamy_Sakura "Tolong janji yang kau takkan tinggalkan aku"-Febian "Saya janji. "-Raisya Qaisara "Aku dah mula tertarik dengan perempuan Febian"-Fang "Kau sentuh dia kau mati Fang, aku tak bergurau dengan apa yang aku cakap"-Febian "Apa s...