SEVENTEEN

1K 61 0
                                    

•SAKIT•

-
-
-
-
-
-

Lelaki yang segak berkemeja hitam itu memandang sayu ke arah seorang gadis yang sedang menangis di tepi kubur ayahnya.

Kalau boleh dia ingin memeluk gadis itu bagi menenangkan nya,

Namun dia harus ingat batasnya, gadis itu belongs to Febian. Mana mungkin dia cari pasal.

"Ayah, kenapa ayah tinggalkan Isya? Hisk hisk hisk, "

Raisya menangis lagi.

Dia kecewa dengan diri sendiri kerana tak sempat untuk berjumpa dengan ayahnya,

Anak jenis apa dia ni?

"Ayah..., Isya dah tak ada siapa siapa lagi, maafkan Isya sebab tak datang jumpa ayah.. Hisk, Isya anak yang tak guna kan ayah? "

Raisya menyoal sayu, batu nisan ayah nya di pegang kemas.

"Dah tahu diri tu tak guna buat apa terhegeh hegeh dekat sini lagi?

Menyemak. "

Maya bersura setelah sekian lama dia berdiri di belakang Fatimah, dari tadi dia menahan persaannya melihat karenah Raisya yang padanya mengjengkelkan!

Alex melirik tajam ke arah Maya yang berdiri di sebelahnya, seakan akan memberi amaran supaya diam.

Maya yang perasaan dengan pandngan tajam Alex, terus melarikan anak matanya dari bertembung dengan lelaki itu.

Tahu pun takut!

"Ayah tunggu Isya tau? Nanti Isya akan pergi jumpa ayah, Isya janji."

Selesai berkata begitu Raisya terus sahaja berdiri dan memusing kan badannya menghadap ibu tiri dan kakak tirinya.

"Terima kasih, sebab tunjuk kat mana kubur ayah"

Ujar Raisya ikhlas,

"Terima kasih je? Duit duit tak ada ke? Kau ingat aku bawak kau datang kubur bapak kau ni free? "

Soal Fatimah kasar.

"Alex, " Panggil Raisya.

"Ya Cik, sekejap. "

Seketika kemudian sampul berwarna coklat itu bertukar tangan.

"Makcik ambil lah duit ni, buat belanja dan sebagai balasan sebab dah jaga ayah dengan baik selama ni,

Raisya balik dulu. "

Raisya segera memasuki kereta mewah yang sudah memang disediakan oleh Rayyan untuk nya kemana mana.

"Jangan kacau Cik Raisya lagi,"

Alex memberi amaran keras sebelum turut masuk ke dalam perut kereta itu.

Fatimah membuka sampul itu dengan tidak sabar, teribeliak matanya melihat isi kandungan sampul itu.

Gila!

"Mak! Kaya lah kita! " Tempik Maya.

Fikiran nya sudah melayang jauh, memikirkan perkar yang ingin dilakukan kepada duit pemberian Raisya itu.

Namun tidak bagi Fatimah, Ya, dia gembira dengan duit ni..

Tapi yang bermain di fikiran nya sekarang adalah bagaimana Raisya boleh jadi sesenang ini?

Dia dan Maya yang sepatutnya berada di tempat Raisya sekarang!

Dia tak akan biarkan anak tirinya itu senang! Dia mesti lakukan sesuatu!

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now