TWELVE

1.4K 71 0
                                    

•FANG•

-
-
-
-
-
-

Dua orang lelaki bertubuh sasa berdiri di kiri dan kanan pintu bilik salah satu wad di hospital itu.

Tugas mereka menjaga pesakit yang berada di dalamnya,

Raisya mengeluh berat sebaik sahaja matanya menangkap kedua susuk tubuh yang berdiri di hadapan pintu wadnya itu.

Sudah 3 hari dia di hospitalized tapi kedua lelaki itu masih lagi disitu, langsung tiada tanda untuk mereka pergi.

Rayyan melangkah masuk ke dalam wad yang didiami Raisya.

"Doktor cakap kau dah boleh keluar hari ni. " Katanya

Raisya sekadar diamkan diri.

Dia rasa benci untuk melihat wajah kacak lelaki itu. Kalau muka sahaja kacak, tapi perangai kalahkan jin buat apa?

"Lain kali, tak payah nak pengsan macam ni lagi. Menyusahkan tahu tak? " Ujar Rayyan.

Sengaja dia mahu menyakiti hati gadis itu, sekali gus dia ingin hilangkan rasa sayang yang sudah mula terbit jauh di dasar hatinya.

Dia tak boleh menyayangi apatah lagi mencintai Raisya, itu akan mendatangkan masalah padanya nanti.

"Kalau awak rasa saya ni menyusahkan, lepaskan saya. Bebaskan saya dari neraka ciptaan awak ni Febian! " Jerkah Raisya.

"Never little girl. "

Raisya mengeluh berat.

Tak kira apa, dia kena larikan diri dari Rayyan. Dia takkan biarkan tubuh nya terus dinodai lelaki kejam itu.

Cukup lah sekali.

Rayyan memandang tajam ke arah remaja cantik di depannya. Raisya juga membalas pandangan itu tanpa gentar.

Keadaan sunyi seketika.

"Aku mengganggu ke? " Hakim memecahkan kesunyian itu.

"Tak, "

Jawab Rayyan dan Raisya serentak, mata mereka masih tidak lepas memandang antara satu sama lain.

"Err? Korang okay tak ni? " Soal Hakim agak janggal rasanya tika ini.

Melihat tingkah laku aneh antara kedua manusia itu, amatlah menghairankannya.

"Bila saya boleh keluar doktor? "

"Petang ni. "

Raisya tersenyum gembira, akhirnya dia dah boleh keluar dari hospital ni.

Senyumanya mula kendur bila teringat akan dirinya yang sudah terikat dengan Rayyan, walaupun dia sudah bebas dari hospital namun dia masih tidak bebas dari Febian.

Dia harus mencari akal.

"Kau rehat la dulu, aku ada benda nak bincang dengan Hakim. " Rayyan bersuara.

Lengan Hakim ditarik keluar dari wad tersebut.

"Apasal ni bro? "

"Kau ada dengar apa apa tak dari anak buah kau? "

"Tak, kenapa? " Soal Hakim kembali.

"Fang. "

Hanya dengan jawapan itu dari Rayyan sudah cukup membuatkan Hakim gelisah.

Bala sudah tiba.




💅💅💅




His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now