NINE

1.2K 62 0
                                    

•HAK•

-
-
-
-
-
-

Haziq mundar mandir di hadapan rumah Raisya. Dia menunggu untuk seseorang keluar dari rumah itu.

"Hah! Kau! Buat apa dari tadi kehulur hilir depan rumah aku ni?" Tegur seorang wanita yang baru saja keluar dari rumah itu.

"Makcik, Raisya ada? Dah tiga hari dia tak ke sekolah. Dia okay? "

"Tak tahu. "

"Makcik, betul betul lah-

"Aku tak tahu! Dia dah keluar dari rumah ni! " Pintas Fatimah, belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya.

"Ke-keluar? Dia kemana? "

"Entah, semalam dia balik lewat malam dengan jantan mana entah! Terus kemas barang-barang dia ikut jantan tu. "

Tipu Fatimah.

Sengaja di burukkan Raisya di depan lelaki itu. Dia tahu Haziq sukakan Raisya, namun dia takkan benarkan mereka bersama.

Haziq anak orang ada-ada, seharusnya Haziq bersama anaknya Maya. Bukan si Raisya tu!

"Kau jangan tipu aku lah orang tua! Aku tahu ni semua kerja kau! Kau dah halau dia kan?! " Jerkah Haziq.

Sudah lama dia bersabar dengan sikap Fatimah. Namun kali ini, dirasakan Fatimah sudah lebih melampaui batas!

Rasa hormatnya ada wanita itu sudah lama hilang, sejak dia tahu gadis pujaannya di dera sebegitu. Sungguh tak masuk akal!

"Suka hati kau lah budak! Kau nak percaya ke tak nak itu bukan urusan aku. Sekarang apa yang aku boleh cakap yang perempuan tu memang dah tak tinggal di sini lagi. "

Fatimah melangkah masuk ke dalam rumahnya semula.

Meninggalkan remaja itu dengan persoalan di dalam fikirannya.

"Raisya awak kat mana? Maafkan saya sebab tak datang lebih awal." Gumam Haziq perlahan.

💅💅💅




Haziq mengatur lemah langkahnya mahu pulang ke rumah.

Dalam dia asyik melayan perasaan kecewa nya kerana gagal bertemu dengan dengan Raisya, dia ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya baru keluar dari sebuah kereta mewah?!

"Raisya? "

Gadis cantik itu berpaling menghadap si pemanggil. Alangkah terkejutnya dia, melihat gerangan tersebut.

"Haziq! "

"Raisya! " Terus sahaja Haziq menarik tubuh kecil gadis itu ke dalam pelukannya.

Lama dalam keadaan begitu, pelukan dilepaskan.

"Awak pergi mana? Awak tahu tak saya risau? Awak okay? Tak ada apa apa jadi pada awak kan? " Bertalu talu Haziq menyoal.

Risaunya pada gadis ini bukan kepalang!

Raisya hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa yang harus dia bagitahu kepada Haziq. Takkan lah dia nak bagitahu yang di sudah menjadi slave kepada seorang lelaki asing?

Mustahil.

Melihat Raisya yang diam tidak berkutik itu, terus sahaja Haziq menyoalnya lagi.

"Raisya? Is everything okay? Ada apa apa yang-

Belum sempat dia menghabiskan kata katanya, ayat itu sudah dipotong oleh seseorang.

"Kau siapa? " Soal seorang lelaki yang baru keluar dari dalam kereta yang sama Raisya keluar tadi.

"Aku yang patut tanya kau, kau siapa? " Balas Haziq berani.

"Kau ni mesti Haziq Aiman kan? " Tebak lelaki kacak itu.
Senyum sinis terukir di bibir  pink milik nya.

Haziq diam, begitu juga Raisya.

Raisya risau takut Rayyan apa apakan Haziq. Dia sudah tahu siapa lelaki ini.

Lelaki kacak yang kejam! Dia umpama setan bertopengkan manusia! Ya, Rayyan memang tidak menyentuh atau mencederakannya lagi.

Namun sepanjang keberadaannya di mansion milik Rayyan, pelbagai aktiviti terlarang yang Rayyan lakukan.

Termasuklah meniduri wanita yang berlainan setiap hari.

Tak hairan lah semua orang bawahannya benar benar takut akan Rayyan, atau lebih sesuai di panggil 'Febian'.

Bahkan, mereka takut untuk mendekati Raisya sendiri. Bila Raisya bertanya kepada Alex, jawapannya adalah mereka takut Febian marah akan mereka kerana mendekati hak miliknya.

Gila, lelaki ini benar benar gila.

Rayyan membawa tangan nya ingin memegang tangan Raisya untuk menarik Raisya supaya dekat dengannya.

Namun laju sahaja Haziq menepis. Kasar.

Haziq menarik tangan Raisya mendekatinya, dia menyembunyikan gadis itu dibelakang tubuhnya.

Melihat itu, Rayyan terus sahaja tertawa sinis.

"Boleh aku tahu apa yang sedang kau buat? " Soal Rayyan cuba bertenang.

"Dia girlfriend aku, aku berhak ke atas dia, jom balik sayang. " Ujar Haziq yakin.

Dia terus menarik Raisya ingin dibawa pergi dari situ.

Pantas saja Rayyan menangkap lengan Raisya, di pegang kemas lengan gadis itu supaya tidak terlepas.

"Apa yang kau buat ni? Aku tak nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari aku, jadi lebih baik kau-

Sekali lagi ayatnya dipotong. Kini wajahnya terasa bagaikan ditumbuk, jatuh terjelopok dia di atas tanah.

Raisya yang terkejut itu cuba untuk mendekati Haziq, namun Rayyan terlebih dahulu menghalang. Ditolak tubuh Raisya, memaksa gadis itu untuk masuk ke dalam kereta.

Dengan paksaan Raisya akur.

Rayyan mula mendekati Haziq yang terduduk di tanah itu, dia mencangkungkan dirinya di hadapan remaja itu.

"Sakit? Tu baru sikit, aku boleh buat lebih lagi kalau aku nak. Tapi disebabkan aku rasa terhutang budi dengan kau, sebelum ni kau dah jaga Raisya dengan baik. Aku lepaskan kau kali ni-

Tapi lepas ni, aku tak tahu sama ada rasa terima kasih aku ni masih ada lagi atau tak. Jadi sampai disini saja tanggungjawab kau untuk jaga Raisya, mulai hari ni aku akan jagakan dia untuk kau,

Kau jangan risau, aku akan jaga dia lebih baik dari apa yang kau buat sebelum ni. Untuk memudahkan kerja aku, dan kau pun selamat.. Aku harap sangat yang kau boleh jauhkan diri kau dari dia,

Sebab aku tak suka orang sentuh hak aku. Apatah lagi peluk macam apa yang kau buat tadi,

Faham? "

Jelas Rayyan panjang lebar.

Sungguh dia hilang sabar sewaktu melihat lelaki di hadapannya ini memeluk miliknya tadi.

Rayyan mula berdiri ingin meninggalkan Haziq.

"Oh, lupa pula nak kenalkan diri. Nama aku Febian, ingat nama tu. Jangan sampai kau cari nahas dengan orang yang tak sepatutnya kau jumpa pun. "

Selesai berkata begitu, Rayyan terus memasuki kereta mewah miliknya dan meluncur laju meninggalkan Haziq disitu.

Haziq memegang tepi bibirnya yang terasa perit, tapi tak seperit hatinya tika ini.
















-tobecontinue-

#votement❤

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now