FOUR

1.2K 61 0
                                    

FEBIAN

-
-
-
-
-
-


Fatimah memukul Raisya lagi dan lagi. Tidak ada langsung tanda untuk dia berhenti dari terus memukul gadis itu.

"Sakit makcik! Hisk hisk hisk" Dalam tangis Raisya meraung kesakitan.

"Ini je yang kau boleh bagi aku?! Kau nak aku dengan anak aku buat apa dengan duit sikit macam ni?! " Jerkah Fatimah

"Itu je yang Raisya dapat.. "

"Kau tipu! 2 hari lepas aku nampak kau keluar dari restoran mewah! Sebenarnya kau dah belanjakan duit tu untuk diri kau aje kan?! " sampuk Maya.

"T-takk.. "

"Tak guna punya budak! "

Fatimah terus memukul Raisya,

"Sy-Syaaa... " Dengan lemah Idlan memanggil nama anak perempuannya.

Sakit hatinya melihat Raisya diperlakukan sebegitu. Sakit lagi bila mengenangkan yang dia hanya mampu melihat tanpa berbuat apa apa.

Ini semua salahnya, buta dengan kecantikan Fatimah.

Raisya terbaring lemah di lantai, lemah saja tubuhnya. Darah yang mengalir keluar dari semua luka di tubuh badan dibiarkan.

Dia sudah penat dengan semua ni. Cukup penat.

"Arghh! " jerit Raisya bila air kopi panas yang dipegang Maya tertumpah mengena kakinya.

"Opss! Sorry Raisya" ujar Maya.

Raisya mengerang kesakitan. Dapat dilihat kulitnya yang putih telah bertukar merah.

Sungguh pedih.



💅💅💅




Rayyan memasukan tubuhnya ke dalam tab mandi yang sudah berisi air itu. Setelah tubuhnya dibaringkan, dia mula memejamkan mata.

"Febian.. " Manja kedengaran seorang wanita dari luar bilik air tersebut.

"Apa lagi? Tak puas lagi? "Soal Rayyan dari dalam

"I nak mandi sama"jawab gadis itu.

Tanpa mendengar balasan dari Rayyan, dia terus melangkah masuk ke dalam dan merendamkan badannya di hadapan Rayyan.

"Thanks untuk semalam" wanita itu tiba tiba bersuara. Menggoda.

"Most welcome, perkhidmatan you dah tak diperlukan lagi. Lepas ni ambil duit dengan orang suruhan I, lepas tu you boleh keluar dengan senyap"jawab Rayyan bersahaja.

Wanita itu terdiam. Ini bukan apa yang dia bayangkan, pergi dari lelaki kacak itu.

Dia ingin berada disisi lelaki itu lagi. Dia benar benar sudah jatuh cinta dengan sentuhan lelaki kejam ini.

Sentuhan yang cukup untuk membuat jiwa wanitanya memberontak, inginkannya lebih lagi.

"Kalau I tak pergi? "Soal Wanita itu berani.

"You akan menyesal" jawab Rayyan lalu smirk.

Wanita itu menelan liurnya terasa pahit. Dia tahu bila bila masa sahaja 'Febian' boleh membunuhnya.
Terus sahaja dia mengalah.



💅💅💅




Rayyan segak berpakaian suit. Jam tangan tak lupa dipakai, beberapa bentuk cincin disarungkan di jari jarinya.

Sambil dia bersiap, dia menoleh ke arah Alex yang juga segak berpakaian kemas. Berada di belakangnya.

"Macam mana dengan apa yang aku suruh kau buat? "Soal Rayyan

"Saya dah dapatkan semua maklumat tentang budak tu Febian, Febian nak saya bagitahu sekarang ke? "

"No, Bagitahu aku lepas kerja kita dah selesai. Sekarang ni, ada jasad yang kita harus tamatkan riwayatnya"

Sekali lagi Rayyan smirk.

Kediaman Dato' Hisyam-

Kereta mewah milik Rayyan meluncur masuk kedalam perkarangan rumah milik Dato' Hisyam.

Pemandu kereta terus membuka pintu untuk Rayyan.

Rayyan keluar dari keretanya dengan megah. Kaca mata hitam terletak kemas di hidungnya yang mancung.

Dia melangkah memasuki rumah Dato' Hisyam dengan bergaya. Sepucuk pistol diselit di belakang seluarnya.

"Febian! Kenapa datang tak bagitahu? "Soal Dato' Hisyam.

Sungguh dia terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Ini musibah padanya.

Dato' Hisyam menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Rayyan. Namun tangannya dipandang sinis oleh lelaki itu.

"Kau mesti tahu kenapa aku datang sini kan? "Soal Rayyan.

Kaca mata hitam ditanggalkan diselit di tengah tengah kolar baju kemeja hitam yang dipakai.

Tubuhnya disandar selesa di atas sofa mewah yang berada di ruang tamu rumah itu.

"Fe-Febian.. " Dato' Hisyam mula gagap.

Kecut perutnya melihat Rayyan memutar mutarkan pistol di depannya.

"Ada apa apa yang kau nak aku bagitahu dekat anak bini kau? Aku boleh tolong sampaikan, sekali dengan tubuh kau yang tak bernyawa" sambung Rayyan

"Ja-jangan buat saya macam ni Febian.. " Kali ini Dato' Hisyam melutut di depan Rayyan.

Sungguh dia takut akan 'Febian'.

Rayyan bngun dari duduknya yang selesa. Dengan bersahaja dia melangkah mendekati lelaki tua itu.

Tubuhnya dicangkungkan dihadapan Dato' Hisyam.

"Kalau ikutkan aku memang tak nak buat kau macam ni. Aku tak nak kotorkan tangan aku dengan bunuh orang yang tak guna macam kau.. Tapi, maafkan aku. Aku tak ada pilihan lain"

Selesai berkata begitu, Rayyan terus berdiri, picu pistol dihalakan ke arah Dato' Hisyam yang sedang melutut di lantai.

BANGGG!! BANGGG!! BANGGGGG!!!!

Tiga tembakan dilepaskan untuk lelaki tua itu.

Tanpa memandang tubuh yang tidak bernyawa itu. Rayyan memakai semula kaca mata hitamnya.

Lelaki kacak itu terus melangkah keluar dan mendekati Alex yang sedang menunggunya di luar.

"Selesai? "Soal Alex

Rayyan smirk lalu masuk ke dalam keretanya semula.

Alex terus mengikut langkah bossnya memasuki kereta itu.











-tobecontinue-

#votement❤

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now