FOURTY

1K 47 1
                                        

•LEMAH•
-
-
-
-
-
-

"Febian! "

"Fang! "

Alex dan Mikail berkata serentak, kedua dua mereka memanggil majikan masing masing.

Serentak itu Febian dan Fang menoleh.

"Any update? "

Soal Febian laju,

"Kita dah dapat jejaki diorang! Diorang bukan di Malaysia, "

Kata Alex pantas.

Berkerut dahi kedua mafia itu, bukan di Malaysia?

"Mereka di mana? "

Giliran Fang pula bertanya,

"HongKong. "

Jawab Mikail ringkas.

Febian dn Fang saling berpandangan, kemudian mengangguk kecil. This is the right time to stop all this.

"Minta orang orang Grandpa dekat sana perhatikan gerak geri diorang dulu, kita gerak malam ni juga. "

Ujar Febian, memberi cadangan nya.

"Mikail, book ticket untuk kita semua"

"No need, kita pergi dengan kapal terbang peribadi aku. "

Kata Febian lagi,

"Malam ni kita gerak. "




💅💅💅




"Ahhh.. Urghh..! "

Mata nya dibuka perlahan, tubuh cuba digerakkan, namun dia sungguh lemah tika ini. Gerakkan nya terbatas,

Tangan nya tersentuh cecair yang berada di atas lantai dekat dengan dirinya.

Dilihat cecair itu, terketar ketar tangan nya diangkat, terbeliak mata nya melihat yang disangkakan air itu rupanya darah!

Digagah kan tubuh nya untuk bangun bersandar di dinding bilik itu.

Tak semena mena air mata nya berlinang sebaik sahaja mata nya menangkap masuk dari mana punca darah itu,

Rupanya darah itu datang dari celahan kangkangnya, dia berdarah teruk.

Dipegang perut nya yang terasa sakit, rahim nya digenggam.

Tangisan nya semakin menjadi jadi setelah mengetahui kandungan nya sudah tiada dalam rahimnya.

"Ya Allah...! "

Raung gadis itu dalam tangis, dia sakit.

Anak yang selama ini dia kandung hilang begitu sahaja, terasa sungguh berat beban yang dipikul.

Raisya menangis lagi dan lagi, tubuh nya juga semakin lemah dan lemah.

"Bangun pun kau, sedap tidur? "

Soal sorang wanita yang baru masuk kedalam bilik kurungan Raisya itu.

"M-Mak Cik.. Kenapa buat Isya m-macam ni? Apa yang Isya dah buat pada MakCik? S-Sampai hati MakCik.. "

Luah Raisya pilu.

"Hei Raisya, memang dari dulu kau tak buat apa apa pun pada aku, tapi dari dulu lagi kau memang dah ada aura kebencian aku.

Aku pun tak tahu lah kenapa aku benci sangat dengan kau, sampai kan aku tak boleh tengok kau bahagia walau pun sekejap. "

Ujar Fatimah tanpa sikit pun rasa kasihan melihat keadaan Raisya yang seperti nyawa nyawa ikan itu.

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang