TWENTY EIGHT

837 51 0
                                    

•RAHSIA•

-
-
-
-
-
-

Raisya yang sedang menunggu Rayyan di tingkat atas mantion berasa gelisah dan ingin tahu siapa kah gerangan yang datang untuk berjumpa dengan Rayyan.

Raisya terus melangkah turun untuk melihat keadaan di bawah,

Sangka nya lelaki ternyata wanita. Cantik, seksi, cukup menggoda!

Lambat lambat dia melangkah mendekati pasangan itu,

"Rayyan? "

Rayyan berpaling ke arah suara yang memanggilnya.

Riak wajah nya cuba dikawal,

"Ahh, Raisya.. Ni sepupu aku, Farah. Farah, ni Raisya.. "

Agak sukar untuk Rayyan memperkenalkan kedua mereka.

Raisya tersenyum manis ke arah Farah, sebelum tangan nya dihulur untuk bersalaman dengan wanita itu.

Farah hanya memandang sipi huluran Raisya,

"Siapa perempuan ni? "

Tanya Farah kepada Rayyan.

"Dia..

Rayyan memandang Raisya dengan pandangan bersalah, maafkan aku.

"Orang gaji I. "

Rayyan menyambung ayatnya yang tergantung, liurnya ditelan terasa kelat.

Matanya memandang tepat ke mata Raisya. Ya, benar sangkaan nya. Jelas kelihatan gadis itu terkejut, matanya merah berair.

Rasa bersalah menerpa masuk ke dalam diri Rayyan. Dia terpaksa, dia tak mahu Farah mengapa apakan Raisya.

Dia tahu Farah amat tergila gilakan nya, dia yakin Farah akan mencederakan Raisya jika dia dapat tahu hal sebenar.

Di situasi Raisya pula dia kecewa, cukup kecewa. Namun dia turut kan sahaja permainan in, Sedaya upaya Raisya cuba untuk menahan tangis nya.

Malah Alex yang berdiri tidak jauh dari mereka bertiga juga terkejut mendengar kata kata Tuan nya.

Dia memandang belakang badan Raisya,  rasa kasihan pada gadis itu.

"Tak ada yang lain ke you nk buat jadi orang gaji? Kenapa mesti muda, cantik macam ni? Cemburu I tahu tak? "

Farah bersuara manja. Tangan nya bergerak merangkul leher Rayyan.

Dia memeluk leher lelaki itu, dia ingin mencium bibir Rayyan, namun cepat cepat dihalang Rayyan.

"Not now. "

Mata nya dikerling ke arah Raisya yang tertunduk di sebelah nya.

Farah juga turut memandang Raisya dengan pandngan menyampah.

"Ehh budak, kau dah boleh balik. Waktu kerja kau dah habis, sekarang ni masa aku pula 'bekerja' untuk my man, "

Farah bersuara, matanya tidak lepas memandang Raisya, seolah olah ada perkara yang disembunyikan.

"Dia tinggal dekat sini"

Jawab Rayyan.

"What?! Dia tinggal sini? Sekali dengan you? Sebumbung?! You dengan dia je? Berdua?! You nak mati ke?!"

Farah terkejut beruk mendengar jawapan dari Rayyan, tak masuk akal.

"Dia pekerja I, itu sahaja. Lagipun I kesian kan dia, dia tak ada tempat tinggal. Jadi I ajak dia tinggal dengan I, memudahkan kerja dia"

Jelas Rayyan

"Mustahil you tak tergoda dengan dia, tell me Febian! "

Farah mula naik angin. Dia tidak percaya dengan kata kata Rayyan, mustahil Rayyan tidak tergoda dengan kecantikan gadis itu.

"Heii perempuan! Kau siapa sebenar nya hah?! "

Farah bertindak menolak kasar bahu Raisya, terdorong ke belakang tubuh gadis itu.

"Saya hanya orang gaji disini Cik.."

Sayu Raisya bersuara, ketar kedengaran nada nya. Mungkin sedang menahan sebak di dada.

'You're too special'

'You're my precious'

'Aku sayang kau'

'Aku akan jadikan kau milik aku yang mutlak'

Segala bait bait indah yang pernah dilontarkan Rayyan kepada nya kian menerpa fikiran.

Rasa curiga nya pada Rayyan timbul, betulkah Rayyan sayangkan nya? Jika benar, mengapa Rayyan berkata bahwa aku adalah orang gaji nya pada wanita cantik ini?

Rayyan sengaja mahu mempermainkan aku ke? Tidak kah Rayyan tahu bahwa aku amat mencintainya?

"Kau jangan tipu la! "

Farah mengangkat tangan nya ingin menampar wajah polos Raisya.

Pantas saja Rayyan berlari mendapatkan Farah, ditahan tangan Farah. Dia menarik Raisya supaya berdiri di belakang nya.

"Enough Farah! I tak jemput you datang sini, jadi tolong jangan buat kacau dekat mantion I! "

Jerkah Rayyan. Dia marah, Geram dan sakit hati dengan layanan Farah terhadap Raisya.

"You bela dia?! "

"I said stop it, dia pekerja I. Lagipun dia ni budak mentah lagi lah, takkan lah I ada apa apa dengan dia? "

Rayyan cuba mengawal marah nya, dia juga terpaksa mengatakan sedemikian agar Farah yakin dengan nya, dan keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.

Raisya tidak mampu lagi untuk menahan tangis nya, dia benar benar tersakiti.

Dia menangis secara senyap di sebalik tubuh Rayyan.

Alex yang menjadi pemerhati dari tadi, dia tahu Raisya sedang menangis. Pandangan nya bertukar sayu. Rasa risau akan gadis itu.

"Okay fine! I trust you! Memandangkan kita dah lama tak jumpa, I tak nak gaduh dengan you. So boleh tak tunjukkan I bilik untuk I menginap? "

Farah menyoal Raisya yang bersembunyi disebalik dada bidang Rayyan.

"Waktu bekerja dia dah habis. Alex, tolong bawa Farah masuk bilik tetamu. "

Rayyan mengarah Alex untuk membawa Farah,

"Baiklah Tuan. Cik, jom ikut saya"

Alex membantu Farah mengangkat bagasi nya dibawa menuju ke bilik.

Setelah memastikan yang Farah benar benar telah pergi jauh dari situ, Rayyan terus sahaja memusingkan badan nya menghadap Raisya.

Dia memegang lembut bahu gadis itu, tubuhnya dibongkok kan mahu melihat wajah Raisya.

Raisya menangis,

"Maafkan aku.. Aku-

"Masa bekerja saya dah habis kan? Saya masuk bilik dulu 'Tuan'. "

Raisya terus pergi masuk ke dalam bilik nya tanpa memandang apatah lagi mendengar apa yang ingin dikatakan Rayyan.

"Raisya.. "

Rayyan memandang sayu susuk tubuh Raisya yang kian menjauh dari nya.












-tobecontinue-

Soryyyyyy😣

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now