•KEMBALILAH•
-
-
-
-
-
-BANG!! BANG! BANG!!!!
Bunyi tembakan kuat kedengaran dari luar rumah agam yang sedikit usang itu.
Beberapa orang lelaki yang sudah terkena tembakan berlari mendapatkan majikan nya yang sedang memerhati Tuan Kamil yang diikat.
"Apa yang dah jadi ni? "
Cemas sahaja suara gadis itu kedengaran. Terbeliak mata nya melihat orang orang suruhan nya cedera teruk.
"Boss, Fe-Febian dengan Fang-
"Kenapa dengan diorang?!
Jerkah Farah kuat, dia gusar.
"Diorang serang port kita! Kawasan kita ni dah kena kepung dengan orang orang diorang, kita dah terperangkap. "
Cerita salah satu lelaki itu.
Farah mengetap gigi nya kuat, entah kenapa dia berasa kecewa dengan perubahan kedua sepupu lelaki nya itu.
Jika dulu dia lah yang mereka manjakan, tapi sekarang.. Urghhh!!
Sakit hatinya pada Raisya bertambah lagi, nak saja dia bunuh gadis itu sekarang!
"Korang berdua tunggu bilik orang tua ni, korang pula pergi jaga bilik betina tu. Jangan bagi siapa siapa pun masuk,
Gadaikan nyawa korang kalau perlu, faham?! "
Farah memberi arahan tegas.
Sekumpulan lelaki itu hanya menurut, sedangkan jika mereka melawan Farah.. Sudah pasti kemenangan akan berpihak pada mereka,
Yelahh, mereka lelaki sado, ramai pula tu. Farah tu apa je? Hanya lahh seorang wanita yang lemah!
Apa boleh buat? Farah sudah menyuap mereka dengan pelbagai jenis ganjaran. Ciss!
Farah mengorak langkah menuju ke arah bunyi bising yang memenuhi segenap ruang rumah agam itu.
Dia turut serta dalam melawan mereka semua, lepas satu, satu lagi tembakan tepat dilepaskan mengena sasaran nya.
Setelah memastikan hampir separuh dari pihak lawan sudah tumbang, dia cuba meloloskan diri dari gerombolan manusia itu,
Baru sahaja dia dapat meloloskan diri, kakinya tersadung dan mengakibatkan dirinya jatuh terjelopok ke lantai.
"Stop. "
Ujar satu suara dari belakang tubuh nya.
Laju sahaja kepala ditoleh,
"Fe-Febian, "
Tergagap gagap Farah menyebut nama lelaki itu.
"Hentikan semua ni Farah, cukup lah. "
Tambah Fang yang baru sahaja munculkan diri dari sebalik tiang besar rumah agam.
"No!! Aku tak akan berhenti!! Febian!! Kau milik aku, kalau aku tak dapat kau.. Takde siapa pun boleh dapatkan kau! "
Picu pistol dihalakan tepat ke arah Febian.
BANG!!
Tembakan dilepaskan ke arah lelaki kacak itu,
"ARGHHH!! "
Febian kaku di tempat dia berdiri, darah nya seakan akan berhenti mengalir.
Tubuh Alex yang sudab jatuh menyembah bumi di pandang terkejut. Ya, tembakan tadi mengena tepat ke dada bidang milik Alex,
![](https://img.wattpad.com/cover/209367930-288-k326046.jpg)
YOU ARE READING
His SLAVE! [COMPLETED] ✔
DiversosCover by: @Dreamy_Sakura "Tolong janji yang kau takkan tinggalkan aku"-Febian "Saya janji. "-Raisya Qaisara "Aku dah mula tertarik dengan perempuan Febian"-Fang "Kau sentuh dia kau mati Fang, aku tak bergurau dengan apa yang aku cakap"-Febian "Apa s...