TWENTY FIVE

996 51 0
                                    

•TERPAKSA•

-
-
-
-
-
-

Pandangan mata masih kabur namun dia tahu lelaki yang berdiri di hadapan kini adalah majikan nya.

"Alex, kau okay tak? " Soal lelaki itu

Alex mengukir senyuman nipis sebelum menjawab soalan yang diajukan majikan nya,

"Saya okay Tuan, "

"Mujur lah kau tak apa apa, " Rayyan tersenyum lega.

"Cik Raisya? " Alex menyoal.

Dia tertanya tanya akan keadaan gadis itu sejak dia sedar lagi, dia amat risaukan remaja itu.

Serta merta senyuman di bibir Rayyan hilang, muka nya berubah suram.

"Dia masih tak sedarkan diri, dah nak masuk seminggu dia dalam keadaan sebegitu,

Hati aku sakit Alex, sakit tengok dia terbaring macam tu,

ni semua salah aku. "

Rayyan menyalahkan diri atas segala yang menimpa ke atas Alex dan Raisya, dia rasa dirinya tak berguna.

"Jangan cakap macam tu Tuan, dalam hal ni tiada siapa yang salah. Kalau ada pun orang yang harus dipertanggungjawabkan,

Orang tu ialah Fang,

Bukan nya Tuan, "

Ujar Alex jujur, dia tidak mahu mematahkan lagi semangat majikan nya.

"Fang, kemana dia menghilang. Kita harus sentiasa bersedia Alex, aku yakin dia akan datang balik,

Dia tak akan mengalah dengan mudah. "

Alex hanya mengangguk mendengar setiap bait yang dikeluarkan Rayyan.

"Buat masa sekarang kita kena pasti kan Cik Raisya selamat, " Tambah Alex.

Rayyan mengalihkan pandangan nya ke luar tingkap, seperti memikir kan sesuatu.

"Aku rasa, aku akan lepaskan dia."

Membuntang besar mata Alex mendengar nya.

"Tuan-

"Aku rasa itu yang terbaik, dia tak sepatutnya terlibat dalam dunia ni Alex. Dia masih muda, dia ada masa depan yang lebih cerah. "

Rayyan memotong percakapan Alex,

Alex terdiam, dia tidak tahu hendak memberi tindak balas yang bagaimana.

Kenapa baru sekarang?

Kenapa baru sekarang Rayyan terfikir hendak lepaskan Raisya? Kisah ini sudah berada di tengah jalan.

Fang sudah mengetahui segalanya tentang Raisya, tidak kah keselamatan Raisya akan lebih bahaya jika tiada siapa yang menjaga nya?

Tidak kah Rayyan fikirkan itu?

"Tolong fikirkan betul betul Tuan, saya tak nak satu hari nanti Tuan menyesal dengan kelutusan yang Tuan ambil. "

Alex memberi cadangan,

Dia tahu betapa dalam nya kasih Rayyan terhadap Raisya, betapa besar nya cinta antara kedua mereka.

Namun kedua nya ego, tidak mahu mengungkap kan rasa yang terbuku di hati.

Alex daat rasakan keadaan Rayyan akan menjadi lebih teruk dengan ketiadaan Raisya.



💅💅💅



Seorang jejaka tampan sedang asyik menari di bawah cahaya lampu, diiringi dentuman muzik yang membingitkan telinga.

His SLAVE! [COMPLETED] ✔Where stories live. Discover now