Bab 2| Pasrah

400 22 3
                                    

"Kalau betullah pernikahan itu boleh menggembirakan hati mummy, Riq terima

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau betullah pernikahan itu boleh menggembirakan hati mummy, Riq terima. Tapi Riq tak nak mummy berharap sangat. Terus-terang Riq cakap yang Riq belum terbuka hati untuk bernikah. Lebih-lebih lagi dengan perempuan yang Riq tak kenal pun siapa. So, I hope mummy faham."

Lega hati Datin Sri Wahida mendengar jawapan anak sulungnya. Dia tahu Syed Thoriq Iqbal tidak akan sampai hati membantah cakap dia. Tidak kisahlah anaknya itu rela ke tidak. Yang penting dia sudah bersetuju. Kerana itulah dia berani berjanji dengan Datin Sri Mariam tempoh hari. Dia yakin Syed Thoriq Iqbal tidak akan menghampakan dia. Lagipun dia pasti sangat yang anak terunanya itu akan bahagia bersama gadis pilihannya nanti.

"Kalau Riq dah setuju, hujung minggu ni mummy hantar rombongan. Then, next month kita adakan wedding Riq. Macammana?"

"Ikut suka hati mummylah. Riq follow je."

Jawapan Syed Thoriq Iqbal berjaya membuahkan senyum di bibir Puan Sri Wahida. Dia gembira kerana akhirnya impian dia untuk melihat anak terunanya itu berumahtangga tidak lama lagi akan terlaksana.

Syed Thoriq Iqbal, pemuda itu telah pun menjangkau usia 30-an dalam beberapa bulan saja lagi. Nak kata tidak ada yang suka, berduyun aje anak gadis yang mahukan dia. Dengan tinggi 186 cm, berkulit sederhana putih dan muka pula ala-ala lelaki arab. Menjadikan dia salah seorang lelaki idaman gadis-gadis di luar sana. Dan tidak kurang juga yang mahukan dia sebagai menantu. Terutamanya di kalangan rakan-rakan bisnes mereka. Apalagi lelaki itu sebenarnya merupakan pengarah kepada Syarikat perhotelan D'ANZ's Holding yang memiliki berpuluh-puluh cawangan hotel di dalam dan luar negara.

Tetapi melihat sikap dingin dan ego Syed Thoriq Iqbal, merisaukan Puan Sri Wahida. Malah dia terlebih maklum akan hal yang satu itu. Apalagi mengingat kata-kata beberapa orang gadis yang pernah dia set blind date dengan anaknya dulu yang melekat di fikiran dia sehingga kini. Rata-rata mengundur diri dan tidak berpuas hati.

Dingin. Annoying. Heartless.

Itulah gambaran mereka untuk seorang Syed Thoriq Iqbal. Rupa tidak selari dengan sikap yang dimiliki lelaki billionaire muda itu.

"He's annoyinglah aunt. I can't with him. Dahlah tak ada hati perut. Judge orang sesuka hati dia je. My mom and dad pun tak pernah tegur cara pemakaian I."

Tak kurang juga yang berkata,

"Hmm..I can't deny it yang anak aunty memang have a good looking, macho and gorgeous. ,like what does everyone say, full packej? But gentleman?..ewww.. out of list. He's cold heartless. Kind of drain mouth."

Yang paling teruk..

"Who does he think he is?Is he an angel? Who never sinned?. Oh my God, I can't imagine aunt, what will happen to the girl who married him. May feel like living in hell."

Huh....sakit kepala Puan Sri Wahida mendengar aduan mereka. Tahu yang Syed Thoriq Iqbal dah buat perangai semata-mata untuk menolak pilihannya. Kalau beginilah gayanya, dia pun kena ulang berfikir banyak kali. Ngeri membayangkan tingkahlaku calon-calon menantu yang dipilihnya. Harap muka saja cantik, glamor. Sopan-santun entah ke mana. Budi bahasa lagilah berterabur.

"Kalau ya pun mummy dah terdesak sangat nak bermenantu, janganlah sampai perempuan yang dah serupa hantu kak Limah yang mummy carikan untuk Riq. Sebijik macam langsuir pun ada. Dahlah pakaian tak cukup kain, make-up tebal berinci-inci. Gaya menggeletis dah serupa octopus. Hilang selera Riq ni mummy. Tak sesuai langsung nak dijadikan calon isteri. Apalagi kalau untuk menjadi ibu kepada anak-anak Riq. Jauh panggang dari api."

Kalau bab complain, Syed Thoriq Iqballah orangnya. Itu tak kena, ini tak kena. 'Not my taste lah', 'out of my list lah'. Sampai naik pening Puan Sri Wahida.

Tapi bila disuruh cari sendiri, pelbagai alasan pula yang timbul. 'I'm busy lah mummy', 'I have a lot work to do lah', 'Takde masa lah', dan macam-macam lagi alasan.

Ada juga yang berpakaian tertutup dan bertudung litup yang dia kenankan kepada anak terunanya itu, tetapi setelah dipertemukan, Syed Thoriq Iqbal terus menolak. Bila ditanya alasan kenapa dia menolak? Satu je jawapan dia.

'FAKE'

Se simple dan sesedap rasa aje dia memutuskan.

Persoalannya, ada ke gadis sempurna di dalam dunia ini yang memenuhi kriteria seperti yang Syed Thoriq Iqbal inginkan? Sedangkan Puan sri Wahida sendiri pun tidak tahu kriteria yang macammana lagi yang perlu dia cari untuk dijadikan calon menantu dia.

Buntu.

Sehinggalah membawa kepada pertemuan dia dan sahabat lamanya, Puan sri Mariam. Melihat anak gadis bongsu sahabatnya itu membuatkan hati dia jatuh sayang. Entah aura apa yang ada pada gadis itu yang membuatkan dia tertarik.

Yang jelas, dia suka akan peribadi gadis itu. Dan Syed Thoriq Iqbal terpaksa menerima keputusannya. Itu pun setelah berhari-hari dia merayu dan mengancam anaknya itu dengan mengatakan yang dia tidak akan pulang ke rumah sekiranya Syed Thoriq Iqbal berani menolak.

Memang nampak macam kebudak-budakkan. Tetapi Puan Sri Wahida terpaksa. Kalau boleh dia nak Syed Thoriq Iqbal berumahtangga sebelum dia menutup mata.

Hanya Syed Thoriq Iqbal dan Adelia sahaja yang dia ada setelah kematian suaminya, Syed Azman sepuluh tahun yang lalu. Disebabkan itulah dia berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kebahagiaan kedua orang anaknya itu.

🌹🌹🌹

Done utk chapter ni.

Amacam cerita dia? Ok tak?

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now