Bab 20|Proposal

330 19 1
                                    

"I'm sorry for being late

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I'm sorry for being late. By the way, I am Afnan Khadijah, CEO of Khd Holdings and this is my PA, Mr Adli."

Khadijah tunduk sedikit memberi hormat apabila menyedari semua ahli mesyuarat yang ada di situ lelaki. Adli di sebelah pula menghulur tangan bersalaman dengan yang lain sebelum mereka berdua akhirnya melabuhkan duduk.

Ternganga Sahid di tempat duduk demi terpandangkan isteri sahabatnya itu muncul di dalam bilik meeting mereka pagi ini dan memperkenalkan diri sebagai CEO Syarikat Khd Holding. Terkerdip-kerdip matanya tidak percaya. Biar betul Syed Thoriq Iqbal ni? Bukan hari itu dia cakap yang isterinya hanya bekerja as clerk je ke? Ni apa cerita pula ni?

Tidak betah dengan persoalan di hati, dicuit bahu Syed Thoriq Iqbal yang duduk di sebelahnya sambil berbisik menyoal.

"Kau memang dah lama tau ke apa ni?"

Soalnya curious. Yalah selama ini, bukan main beria-ia lagi lelaki itu merendahkan profesion isterinya yang clerk kononnyalah. Tapi menyaksikan apa yang berlaku di depan mata dia sekarang ini, apalagi ketika mata sempat menangkap senyuman sinis yang terukir di bibir sahabatnya itu, Sahid pasti yang Syed Thoriq Iqbal dah lama mengetahui. Tapi yang membuat dia tertanya-tanya, untuk apa lelaki itu menyembunyikan perkara sebenar daripada mereka?

Atau inikah salah satu bentuk permainan yang pernah disuarakan sahabatnya itu waktu dulu?

Allahu..

Parah kalau berhadapan dengan orang yang suka memendam dan menyembunyikan perasaan  walaupun hakikatnya suka. Lagi nak menafikan walau terang lagi bersuluh hati mahukan bidadari halalnya itu. Siapa nak sakitkan hati siapa sebenarnya ini?

'Riq..Riq.'

Fikir dapatlah sembunyikan perasaan suka itu dari semua orang? Tutuplah macamamana pun, orang lain tetap boleh nampaklah. Jangan terlalu seronok dengan misi yang entah apa-apa tu da lah. Nanti meraung menyesal tak sudah akhirnya.

________

"So, everything about the proposal tu you punya idea sendirilah setakat ni?"

"No, tidak sepenuhnya Mr Syed."

Khadijah menggeleng.

"Mr Adli and our team pun terlibat sama. Kiranya this proposal hasil cetusan idea kami semua. Except for the landscape, that's officially my own idea."

Di dalam hati dia berdebar sakan. Jangan lelaki itu menghentam hasil ideanya di depan semua ahli mesyuarat dahlah. Malu dia nanti. Bukan senang untuk dia turun tangan bagi menghasilkan sendiri proposal yang dipintah company tersebut. Berhari-hari juga dia terpaksa perah otak bagi menyiapkan. Terbayang wajah penuh mengharap sepupunya seketika. Khadijah hela nafas berat.

Dilihat Syed Thoriq Iqbal khusyuk meneliti semula proposal di tangannya. Sesekali dilihat lelaki itu mengangguk-anggukan kepala sendiri. Sahid yang duduk di sebelah beberapa kali bermain mata dengan seorang lagi staf yang turut berada di situ. Buatkan hentakan di dada Khadijah bertambah kencang.

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now