Bab 16|Terluka

424 22 5
                                    

'MISI PERTAMA'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'MISI PERTAMA'

Fail.

Pen di tangan menanda pangkah pada senarai yang tercatit di kanvas putih itu. Mata kemudian tertumpu ke misi yang seterusnya. Khadijah mengeluh lemah.

Entah mengapa timbul perasaan ragu dihati mahu melaksanakan misi yang seterusnya. Membayangkan penerimaan Syed Thoriq Iqbal tempoh hari, semangatnya yang berkobar-kobar mendadak jatuh merundum.

Masih terbayang jelas akan bentakan suaminya itu sehingga ke hari ini. Kalau tidak memikirkan hubungan mereka yang telah pun halal, dia pun tidak hendak sebenarnya. Dia dah tak ubah seperti perempuan yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dengan suaminya itu.

Tapi permintaan ibu mertuanya...

"Tolong mummy ye sayang. Hanya Dijah je yang boleh mummy harapkan sekarang ni. Tolong kembalikan anak mummy yang dulu, pleaseee..."

Terkadang timbul persoalan di benak, apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Syed Thoriq Iqbal sebelum ini yang menyebabkan kepada perubahan lelaki itu.

Pernah juga dia bertanyakan tentang hal tersebut kepada Datin Sri Wahida a.k.a ibu mertuanya, tapi wanita itu hanya mengatakan, belum sampai masanya untuk dia tahu.

Curious?

Yes. Sangat-sangat.

Macamana dia nak membantu lelaki itu keluar dari masa silam dia, kalau dia tak tahu apa-apa mengenai Syed Thoriq Iqbal sebelum menjadi isteri lelaki itu?

Teringat kenangan beberapa malam yang lepas.

Allahu...

Membahang wajahnya.

Itulah gatal lagi merendam kaki di dalam air kolam. Sudahlah malam hari. Dengan perut kosong lagi. Ditambah pula air kolam yang dingin, memang padanlah dengan muka dia. Gastrik yang dah lama tidak muncul, datang bertandang semula.

Nasib baik lelaki itu sudi merawat dia. Selepas saja menyapu ubat dengan cara paksa di perutnya terus lelaki itu berlalu ke dapur. Membuat segelas susu dan memasakkan bubur untuk dia.

Wajahnya? Usah ditanya. Merah padam mengalahkan udang kena bakar. Merah seperti buah tomato yang ranum. Pertama kali ada lelaki yang melihat part tubuh dia. Mujurlah darurat. Dan nasib baik jugalah lelaki itu suami dia. Dahlah main selak aje..

Allahu...

"Kau bersiap cepat. Ikut aku pergi rumah Sah."

Khadijah tersentak. Wajah yang merona bertambah merah sebaik terpandang figura tinggi lampai Syed Thoriq Iqbal terpacak di depan matanya. Mata sedaya-upaya dilarikan ke tempat lain. Tidak ada kekuatan mahu bertentang mata dengan suaminya itu. Malunya masih lagi bersisa. Tidak sirna.

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now