Bab 5|Kenyataan

308 18 6
                                    

"This way sir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"This way sir."

Syed Thoriq Iqbal melangkah masuk ke dalam restoran. Khadijah di belakang dibiarkan tertati-tati sendiri. Tiada masa dia mahu melayan gadis itu seperti tuan puteri. Buang masa dan tidak berfaedah.

Dia ajak Khadijah ke restoran mewah ini pun kira dah cukup bagus. Itu pun Puan Sri Wahida yang paksa dia supaya mengajak gadis itu lunch bersama. Jika diturutkan kata hati, jangan harap dia mempelawa. Dia tiada masa. Menjadi peneraju Syarikat peninggalan papanya selama ini, membataskan jadual sehariannya. Banyak tenaga dan masa yang dia terpaksa korbankan untuk sampai ke tahap ini. Bahkan hatta untuk diri sendiri pun dia tiada masa sebenarnya.

Terbayang kertas kerja yang menumpuk di atas meja kerjanya yang dia tinggalkan di office semalam, dia mengeluh. Nampaknya malam ini, dia terpaksa angkut balik kerja yang tak siap ke rumah.

Lima belas minit menunggu, akhirnya menu yang dipesan pun tiba. Syed Thoriq Iqbal sudah bersedia dengan sudu dan garfu di tangan, apabila gadis di hadapannya tiba-tiba sahaja bangkit dari duduk melangkah menuju ke sinki yang terletak di bahagian belakang.

'Apalagilah yang dia nak buat?'

Tanpa mempedulikan Khadijah, dia mula menyantap makanan yang terhidang di depan mata. Baru dua sudu makanan yang berjaya memasuki rongga mulut, dilihat gadis itu duduk semula di tempatnya.

Syed Thoriq Iqbal memutar bola mata ke atas. Annoying. Sempat lagi dia berguman.

"Terhegeh-hegeh."

Sengaja dia kuatkan sedikit volume suara agar sampai ke pendengaran bakal isteri tak relanya. Tetapi Khadijah hanya buat muka selamba. Seperti orang yang tidak punya perasaan.

Dan pemandangan yang terpampang di depan mata dia sekarang ini, berjaya membuatkan mulut dia terlopong. Hampir terjojol keluar anak matanya dari soket.

'Whattt????'

'Perempuan alien dari mana yang mummy kutip untuk dijodohkan dengan aku ni?'

Syed Thoriq Iqbal memandang tidak percaya. Di depannya kini, Khadijah selamba saja menyuap makanan ke mulut menggunakan tangan.

Beberapa pengunjung restoran yang duduk berhampiran kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Ada yang tersengih sinis. Dan tak kurang juga ada yang menayang muka meremehkan.

Merah padam muka Syed Thoriq Iqbal menahan malu. Sepanjang hidupnya tidak pernah dia berhadapan dengan situasi ini. Ini baru kali pertama berlaku.

Tubuh dicondongkan ke hadapan. Mendekat pada gadis di depannya.

"Heh, makan guna sudulah. Apakah peliknya kau ni? Itu pun aku nak kena ajar ke?"

Diperlahankan suaranya seminimun mungkin. Tidak mahu orang lain mendengar akan bisikannya. Matanya melotot tajam menatap gadis itu dengan gigi diketap geram menahan marah.

Khadijah buat muka toya.

"Apasal pulak? Makan pakai tangan pun pelik ke?"

Ujarnya selamba. Makin membahang muka encik tunang di depannya.

"Macam rusa masuk kampung."

Komen Syed Thoriq Iqbal pedas. Meningkat suhu kepala Khadijah yang mendengar. Suapan dihentikan serta-merta. Mata menentang pandangan lelaki di depannya.

"Tak. Saya yang tak boleh nak faham. Saya ke, awak yang pelik sekarang ni? Buat apa saya nak makan dengan sudu kalau dah Allah kurniakan saya tangan?"

Hampir terhenyak Syed Thoriq Iqbal mendengar jawapan sarkastik Khadijah.

"Masalahnya cara kau tu memalukan aku ni ha. Kau tak nampak ke orang sekeliling dah pandang semacam ke arah sini?"

Khadijah mengangkat wajah. Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling. Memang benar seperti apa yang dikatakan lelaki itu. Dikalih mata menatap encik tunang di hadapan. Mahu tersembul tawanya melihat muka tegang lelaki itu. Tak jadi nak marah. Dia sambung menyuap makanan kembali.

"Lantak dioranglah nak tengok pun. Bukannya saya buat salah ke apa? Yang awak nak malu dah kenapa? Saya yang makan guna tangankan? Bukannya awak."

Khadijah senyum tawar. Huh..nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w pun malu ke? Ruginyalah..

Syed Thoriq Iqbal mendengus marah. Gadis di depannya ini memang tak makan saman. Sudahnya dia hanya memerhatikan Khadijah menyudahkan makannya. Tidak ada selera lagi mahu menjamah makanan di depannya biar pun ianya baru luak sedikit. Kalau dia tahu begini kesudahannya, mati hidup semula pun dia takkan sudi mengajak Khadijah.

________

"Macamana first time keluar dengan Riq? Okay?"

Soalan Puan sri Mariam dijawab dengan anggukkan kepala.

"Okey je."

Dia menjawab malas. Masih terbayang semua kejadian yang berlaku sepanjang hari ini bersama lelaki itu. Bukan saja tenaganya yang habis terkuras. Tetapi sekali dengan kesabarannya. Hampir berterabur dikerjakan oleh lelaki itu. Nasib baik dia masih boleh bertahan dan mengawal emosi.

"Dia baik tak dengan anak mama ni? Sebab mama tengok budaknya pun sopan dan berbudi bahasa je. Kan Papa?"

Dilirik si suami di sebelah. Lelaki paruh baya itu mengangguk setuju.

'Berbudi bahasalah sangat mama. Depan mama dengan papa yerlah macam malaikat. Kata orang pijak semut tak mati. Cuba kalau kat belakang?'

Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hati. Tidak sampai hati mahu mengecewakan harapan kedua orang tuanya itu.

"Ye, mama. Dia baaaiiiiikkk sangat."

Meleret suaranya menjawab.

'Sampaikan Dijah rasa macam nak patah-patahkan je tulang dan pulas batang leher dia.'

Sambungnya lagi dalam hati. Lagi-lagi dia mentertawakan diri sendiri kerana tidak mampu menolak dan berterus-terang dengan mama dan papanya.

Setelah menemui lelaki itu tadi, barulah dia tahu, semua yang pernah disampaikan oleh Puan Sri Wahida ternyata tidak benar. Indah khabar dari rupa rupanya. Syed Thoriq Iqbal tidak setuju dengan perjodohan ini.

Lelaki itu terlalu percaya diri dan memandang tinggi diri sendiri. Dia sangkakan Khadijah setuju kerana terliur dengan rupa, pangkat dan harta kekayaan dia. Sempat lagi dia mengingatkan Khadijah semasa dalam perjalanan pulang menghantar gadis itu.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak nak kau berharap sangat dengan pernikahan kita nanti. Aku setuju nikah dengan kau pun sebab mummy aku yang nak kau jadi menantu dia. Kalau bukan sebab dia, sikit pun aku tak pandanglah muka kau. But don't worry, cepat atau lambat aku akan pastikan yang kau sendiri akan mengalah dan terus berambus keluar dari hidup aku."

Tetapi Khadijah hanya mencebik. Sikit pun tidak terkesan dengan amaran lelaki itu. Syed Thoriq Iqbal sebenarnya terlupa akan sesuatu. Dia sangkakan Khadijah hanyalah gadis biasa-biasa saja. Dia tidak tahu siapa Khadijah sebenarnya.

Dan Khadijah bersyukur kerana tidak sempat memberitahu lelaki itu akan pekerjaan sebenar dia.
Apabila melihat keangkuhan Syed Thoriq Iqbal, dia seperti mati hati untuk berkongsi rasa.

🌹🌹🌹

Rasanya kalau terjumpa lelaki mcm Syed Thoriq Iqbal ni, apa yg korang akan buat?

A diam dan pasrah.
B tendang sampai ke hujung dunia.

😂😂😅😅

Allahu..apa yg aku melarut ni?

Tq guys sebab sudi baca, vote & comment.

Sis menghargainya.

LOVE U OLS😍😘

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now