Tangan dibawa menongkat tubuh. Perlahan-lahan Khadijah bangkit dari duduk. Terasa lenguh segala sendinya setelah hampir dua jam dia bertapa menghabiskan masa di dalam ruang closet mengemas pakaian dia dan Encik suami.
Handphonenya berdering tiba-tiba. Dicapai handphone di atas lantai lalu ditekap ke telinga. Terdengar suara si pemanggil dalam talian.
"Haah, ma. Sampai pagi tadi. Ni pun baru siap kemas pakaian."
Balasnya selepas menjawab salam. Puan Sri Maryam yang menghubungi.
"........."
"Jauhlah jugak. Sekitar 40 minit dari villa mummy macam tulah. Ada masa mama ajaklah papa datang sini teman Dijah sembang-sembang."
Teringat suasana sepanjang perjalanan mereka ke sini pagi tadi. Sunyi tanpa suara.
"........"
"Papa memang, sibuk je memanjang. Kak Adha?"
Khadijah memang sudah sedia maklum akan kesibukan papanya. Selalu outstation ke luar negara. Syahada, kakaknya pun sama. Rasanya hampir setahun sudah kakaknya itu berada di luar negara bagi mengurus cawangan Syarikat di sana. Dia saja yang tidak mahu terlibat dengan bisnes keluarganya itu.
"........."
"Next month? Lambat lagilah mama. Takpelah, kalau Dijah lapang Dijah datang sana ye?"
Teruja dia apabila Puan Sri Maryam beritahu kepulangan Syahada bulan depan. Dahlah semasa majlis dia pun kakaknya itu tidak datang. Workholic betul lebih pentingkan kerja daripada adik kesayangan dia ini.
"........."
"Ya, In shaa Allah. Kirim salam sayang dengan papa, ma."
".........."
"Wa'alaikumussalam."
Ditatap screen handphone yang sudah berubah gelap. Entah mengapa rindu menjentik tangkai hati saat ini. Nafas dihela sebelum kaki diatur melangkah ke arah pintu.
YOU ARE READING
KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|
RomanceBismillah (Syed Thoriq Iqbal ft Afnan Khadijah) Mengisahkan tentang seorang gadis, Afnan Khadijah yang terpaksa bernikah dengan seorang Pengarah yang super annoying lagi dingin (Syed Thoriq Iqbal). Pernikahan yang diatur oleh ke dua belah pih...