"Kau jangan jadi gila Riq. Tak baik kau buat anak dara orang macam tu. Nak-nak lagi dia dah jadi wife kau. Tanggungjawab kau. Dia pun ada perasaan juga."
Bimbang Sahid bersuara. Tidak setuju dengan rancangan tak masuk akal sahabatnya. Walaupun dia tahu Syed Thoriq Iqbal bernikah kerana terpaksa, tetapi untuk mendukung tindakan lelaki itu tidak akan sekali-kali.
Tersenyum sinis Syed Thoriq Iqbal menatap Sahid. Takut sangat, padahal dia hanya mahu mengutarakan rancangannya saja tanpa berniat mahu membabitkan akan sahabatnya itu. Lagipun bukan dia mahu mencederakan isterinya pun. Setakat nak test sikit-sikit je.
"Asal kau gelabah sangat ni? Rileklah...aku yang buatkan? So, kau tak payahlah kalut sangat. "
"Aku takut kau menyesal je nanti Riq. Hati orang ni kita tak boleh nak bawa main. Lagi-lagi hati perempuan. Macam cermin. Kalau dah retak, kau nak cantum macam mana sekali pun takkan sama dengan yang asal lagi."
"Don't worrylah, tahulah aku nak handle macammana nanti."
Aduhlah. Niat di hati datang nak minta pendapat sahabatnya itu. Manalah tahu ada nasihat bernas yang dikongsi bagi melicinkan semua rancangannya. Alih-alih ceramah pula yang dia dapat. Kena setepek dekat muka hensem dia.
Sahid menggelengkan kepala. Degil. Keras kepala. Perangai Syed Thoriq Iqbal tidak pernah nak berubah. Semua mahu ikut kepala dia. Semua benda pun mahu ikut telunjuk dia. Pendapat orang lain? Jangan harap dia nak dengar. Kalau sudah hitam katanya, takkan pernah lagi jadi putih. Pengarahlah katakan.
Terkadang Sahid curious, perangai sahabatnya itu menurun dari siapa sebenarnya. Kalau daripada Datin Sri Wahida tidak mungkinlah. Wanita terhormat itu elok saja perangainya. Selain open minded, Datin Sri Wahida juga easy going orangnya. mudah menerima pendapat dan pandangan daripada orang lain. Tapi dilihat Syed Thoriq Iqbal jauh beza daripada mummynya itu.
Nak dikatakan menurun dari arwah ayahnya lagilah tidak mungkin. Pasalnya arwah dulu, selain berwibawa, dia juga sentiasa ceria orangnya. Tidak adalah beku dingin seperti lelaki itu. Nak senyum pun, kedekut nak mampus. Mahal tak boleh nak bawa berbincang.
"Dahlah aku cau dululah. Ada meeting lepas ni."
Syed Thoriq Iqbal meneguk jus oren favouritenya yang berbaki sedikit sebelum bangkit. Huh...jus oren with Syed Thoriq Iqbal memang terpisah tidak. Dari zaman sekolah menengah hinggalah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sampailah sekarang. Citarasa dia tak pernah berubah.
Tapi kalau bab cinta, setia pula lelaki itu. Sanggup berulang-alik ke negara Mesir sana semata-mata ingin berjumpa kekasih yang tak pernah berkasih. Cinta pandang pertamalah kononnya. Cinta apa kalau dah nama pun dia tak tahu. Dahlah tak pernah bertegur-sapa, hanya berbekalkan dua biji mata indah sudah buat lelaki itu jatuh tergolek. Galau bertahun-tahun.
Isteri yang cantik berkilau bak permata di depan mata tidak pula dipandang. Malahan plan yang entah apa-apa pula yang dirancang untuk mengenakan gadis itu. Inilah namanya manusia, bila dikurniakan nikmat, lupa untuk bersyukur. Lupa yang semua itu adalah qada' dan qadar yang telah ditentukan Allah SWT. Lupa bahawa semua nikmat yang dikurniakan Allah SWT adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.
Allahuakbar.
Akhirnya Sahid mengangguk pasrah. Menasihati Syed Thoriq Iqbal samalah dengan mencurah air ke daun keladi. Kalau batu boleh lagi terhakis bila air berterusan menitik ke tempat yang sama. Tetapi daun keladi, curahlah sebanyak mana pun air ke permukaan daun itu, ia tetap tidak akan lut.
"Apapun tindakan kau nak ambil, aku nak kau fikir masak-masak dulu Riq. Jangan kemudian hari baru kau nak menyesal. Masa tu menangis airmata darah sekali pun, dah tak berguna bro. Think and try untuk redha. Tak rugi pun kalau kau belajar untuk terima your wife."
Syed Thoriq Iqbal tersenyum sinis.
"Nope. Never. She does not deserve my love. Dia takde beza pun with other girl. Terhegeh-hegeh."
Allahu...
Sahid tepuk dahi sendiri. Terlupa, yang ego sahabatnya itu tinggi menjulang ke langit. Hari tu bukan main beria-ia lagi cakap yang kononnya gadis itu berbeza daripada yang lain. Tetapi hari ini? lain pula yang dikatanya.
Dia hanya mampu memandang kepergian Syed Thoriq Iqbal dengan hati yang walang. Bimbang jika lelaki itu benar-benar melaksanakan apa yang dirancangkan.
Kata tak mahu. Si isteri not deserve cinta lelaki itu. Tapi dari mula sampai ke tempat dia sehinggalah lelaki itu berganjak pulang, hanya nama Khadijah berterusan meniti di bibir merah sahabatnya itu.
Nampak sangat yang lelaki itu ada hati dengan isteri sendiri. Tapi kenapa menolak rasa? Tidak mahu mengakui perasaan sayang yang mula berputik? Ke lelaki itu tidak sedar rasa yang bercambah di hati? Tertutup dek ego yang membentengi. Pening kepala Sahid memikirkan.
_________
"Semua maklumat yang bos nak ada dalam tu."
Terangguk-angguk lelaki itu sambil tangan mencapai envelope warna coklat yang diletakkan atas meja. Perlahan ditarik isi di dalam.
"You mean, everything yang saya nak terkandung dalam ni?"
"Yes bos."
Penuh yakin si pemuda menjawab. Dia tak pernah gagal melaksanakan tugas yang diperintahkan selama ini. Hasil kerjanya tip top selalu. Dan pelanggan sentiasa berpuas hati bekerjasama dengannya.
Dibelek kertas A4 pertama yang mengandungi maklumat yang ingin dicari. Sinis senyuman tersungging di bibir.
'Hmmm..takdelah hebat mana.'
Setakat degree dalam negara. Owner company kecik yang baru nak tertatih-tatih bertapak, tiadalah mengujahkan pun. Malahan lebih besar cawangan-cawangan company dia yang berpuluh di dalam dan luar negara. Tipe anak dato' manja, macam ni lah, action jer lebih. Kenyataannya? Hampe macam hempas tebu. Dia dah selalu sangat jumpa spesies yang pelanduk dua serupa ni. Gunakan nama bapa untuk melonjat naik.
Jarang orang yang boleh membina kerjaya sendiri bersandarkan kemampuan diri di abad sekarang. Kalau tak guna orang dalam memang ke lautlah jawabnya. Hidup di zaman rasuah membuatkan orang semakin tamak haloba. Berlumba-lumba memanjat naik ke atas tak kiralah apa cara sekali pun. Janji matlamat dan tujuan tercapai.
Seketika digeleng kepalanya.
"Takpelah. Anyway, thank you. Apa-apa yang kurang nanti saya info awak terus."
"Okay, noted bos."
"Oo..ya, your money saya dah transfer dah."
"Thank you so much bos. Saya suka bekerjasama dengan bos. Anything bos want to know? Just call me. I'll be ready for you, anytime."
"Okay, you can go now."
Si pemuda mengangguk dan keluar dari bilik pejabat super mewah itu. Kerjanya selesai. Tepat masa seperti yang dipintah.
Seperti biasa, Income masyuk lagii😆😆
🌹🌹🌹
Pleaseee..jgn kecam BI ke laut😅😅
Done utk chapter ni...
Love u ols😍😘
YOU ARE READING
KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|
RomanceBismillah (Syed Thoriq Iqbal ft Afnan Khadijah) Mengisahkan tentang seorang gadis, Afnan Khadijah yang terpaksa bernikah dengan seorang Pengarah yang super annoying lagi dingin (Syed Thoriq Iqbal). Pernikahan yang diatur oleh ke dua belah pih...