Bab 17|Care

399 19 5
                                    

Syed Thoriq Iqbal menoleh ke seat penumpang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syed Thoriq Iqbal menoleh ke seat penumpang. Pelik apabila menyedari isterinya itu terus senyap sekembalinya mereka dari rumah Sahid. Jelas kekeruhan terpancar dari wajah cantik itu. Terasa ke gadis itu?

Seingat dia, tidak pernah Khadijah beriak begitu sepanjang mereka tinggal sebumbung. Betapa pun tinggi tahap annoying dia, gadis itu tetap sabar melayan karenah dia. Tetap berusaha mencuri perhatian dia.

Tetapi hari ini, gadis itu senyap tidak bersuara. Tidak membalas katanya seperti selalu. Menyakat dia seperti biasa juga, tidak.

Ke dia dah melampau?

'Kau rasa?'

'Erk..so betullah dia terasa?'

Soalnya dalam hati.

'Persoalannya sekarang, ada ke orang yang gembira dan tergelak suka bila kau hina dan rendahkan dia depan orang lain?'

Dush.

Kena setepek kat batang hidung sendiri. Syed Thoriq Iqbal telan air liur kesat. Dia kembali menumpukan semula pemanduan. Rasa tak sedap hati dengan persoalan yang mengasak mindanya. Alih-alih dia juga yang makan hati sendiri nanti.

Dia berdehem beberapa kali membetulkan tekak yang terasa kesat.

Sebaik kereta diberhentikan, Khadijah terus keluar dan menonong masuk ke dalam rumah meninggalkan Syed Thoriq Iqbal terkebil-kebil sendirian. Tidak dipedulikan muka tergaman lelaki itu.

Lantak dialah. Dia tiada hati mahu memikirkan perasaan lelaki itu ketika ini. Dah sedap-sedap sakitkan hati orang, fikir orang tak sakit hati ke?

Bilik air di dalam bilik tidur mereka pantas dituju. Sesak di dalam dadanya saat ini hanya Allah SWT saja yang tahu. Sebaik pintu tertutup, sinki di dalam bilik air tersebut dihampiri. Kedua tangannya naik mencengkam erat tepi sinki. Berusaha meredahkan kesakitan yang tidak tertanggung rasanya. Terhambur tangisannya di situ.

Sakit.

Terluka.

Syed Thoriq Iqbal benar-benar sudah melampau. Suaminya itu bukan setakat merendahkan dia, tetapi menjatuhkan sekali air muka dia di hadapan rakan-rakan lelaki itu. Dia sangkakan lelaki itu hanya menghina dan merendahkan dia di saat hanya ada mereka berdua saja. Tetapi sebaliknya.

Bukankah seorang suami harus menjaga dan mempertahankan maruah isteri dia? Begitu juga sebaliknya. Tetapi apa yang Syed Thoriq Iqbal lakukan, lelaki itu....

Tanpa dapat ditahan, airmatanya jatuh berjuraian. Tak pernah selama hidup dia diperlekehkan seperti ini.

Ditatap sekilas biasan diri di dalam cermin di hadapannya.

Kusut.

Serabut.

'Kenapa kau nampak menyedihkan sangat ni Dijah?'

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now