Bab 7|Nikah

363 22 4
                                    

"Aku terima nikahnya Afnan Khadijah bte Azmier dengan mas kahwinnya senaskah al Quran dan sebelas ribu ringgit tunai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Afnan Khadijah bte Azmier dengan mas kahwinnya senaskah al Quran dan sebelas ribu ringgit tunai."

"Sah?

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah."

Dengan sekali lafaz, Khadijah akhirnya selamat bergelar isteri kepada Syed Thoriq Iqbal, pemilik syarikat perhotelan sekaligus merangkap Pengarah kepada Syarikat perhotelan D'ANZ's Holding.

Ucapan Hamdalah daripada keluarga dan sanak saudara serta tetamu yang hadir bergema memenuhi ruangan masjid. Semua bergembira di atas termeterinya penyatuan dua hati di dalam sebuah ikatan yang halal dan suci di sisi Allah SWT itu.

Khadijah tahu, perjalanan hidup dia setelah ini tidak akan sama lagi seperti hari-hari sebelumnya. Ada tanggungjawab besar yang menanti yang baru tergalas di bahunya.

Dan lelaki itu, lelaki yang baru saja bergelar suami kepadanya mengikat dia dalam keadaan terpaksa dan bukan atas kerelaan diri sendiri. Tidak dapat Khadijah bayangkan seperti apa alam rumahtangga yang akan dia tempuhi nanti.

"Dijah sayang, hulur tangan nak. Suami Dijah dah lama tunggu tu."

Khadijah tersentak. Dilap air jernih yang mengalir di pipinya dengan jemari. Tidak tahu bila masa airmatanya merembes keluar. Yang dia tahu, dia terlalu larut dalam lamunan sehingga tidak sedar akan keadaan sekeliling.

Dia juga tidak sedar bila lelaki itu datang menghampiri dan duduk di hadapannya. Perlahan dia mengangkat wajah.

Rasa sebak yang sedari tadi menghurung hatinya semakin menyesak di dalam dada.

Ditatap sayu wajah tampan Syed Thoriq Iqbal yang kini menyapa retina. Seperti biasa, riak lelaki itu datar dan dingin tanpa seulas senyuman. Dapat Khadijah tangkap pandangan sinis di kedua belah mata helang Syed Thoriq Iqbal.

"Dijah? Kenapa tercegat lagi tu? Cepat hulur tangan sayang. Semua orang dah tertunggu-tunggu tu."

Puan Sri Mariam menegur Khadijah. Pelik dengan tingkah si anak yang terus termanguh. Sedangkan Syed Thoriq Iqbal sudah lama menghulurkan tangan.

Dengan tangan terketar perlahan Khadijah meraih tangan Syed Thoriq Iqbal lalu belakang kekura tangan lelaki itu dikucup syahdu.

'Ya ALLAH, aku terima dan redha dengan apapun ketentuan yang telah ENGKAU tetapkan buatku.
Aku tahu segala perancangan-MU adalah yang terbaik dan aku sedikit pun tidak pernah meragui akan kekuasaan-MU ya ALLAH. Seandainya benar dia adalah jodoh istikharahku yang telah ENGKAU tetapkan, maka tumbuhkanlah rasa cinta dan kasih di hatiku untuknya. Bukakan juga pintu hatinya, agar dapat menerima aku sebagai isteri dan menjadikan aku sebahagian daripada hidupnya.'

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now