Bab 14|Misi

362 20 1
                                    

"Apa-apa hal nanti info kat saya je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa-apa hal nanti info kat saya je."

"Okay, dear."

Talian diputuskan. Khadijah menyandar tubuh ke sofa. Nafas dihela berat. Tidak menyangka cuti sebulan yang dia ambil mendatangkan banyak effect kepada pekerjaannya. Padahal sebelum mengambil cuti dia sudah pastikan semua kerja-kerjanya dah dibereskan.

'Kau sangka kerja kau setakat tu je ke? Lupa dah yang kerja kau tak pernah habis malah makin bertambah?'

Dicapai laptop berjenama Apple kesayangannya lalu di'on'kan. Berderet-deret email masuk semuanya berkaitan hal dunia pekerjaan dia. Jemarinya lincah dilarikan di papan monitor. Mengecheck satu-persatu email. Membulat matanya sebaik terbaca satu email dari oversea terpapar di screen laptop.

Allahu..

Bagaimana dia boleh terlupa perkara sebegitu penting? Ligat jemarinya menaip membalas email tersebut. Mujur sempat dia buka. Jika tidak, sia-sia saja usaha dia beberapa bulan kebelakangan ini.

"Kau buat apa tu?"

Khadijah terperanjat. Secepat kilat laptop ditutup. Jantungnya pula usah ditanya, berdegup kencang mengalahkan pelari yang lari maraton berpuluh kilometer jaraknya. Pucat wajahnya, takut dek tertangkap dengan suami sendiri. Sejak bila lelaki itu berdiri di situ?

Syed Thoriq Iqbal berdiri sambil menyandar tubuh di tepi dinding. Terbit senyum sinis di bibirnya melihat muka pucat Khadijah. Pandangan matanya dikalih ke arah riba si isteri. Laptop dengan lambang apple digigit sedikit terletak elok di situ.

Hmmm..not bad.

"Tak sangka orang kerja clerk macam kau pun mampu beli laptop mahal-mahalkan?"

Gulp.

Khadijah telan air liur payau. Kedua belah tangannya meramas sesama sendiri. Entah mengapa dia berasa takut. Padahal bukan dia buat salah pun dengan lelaki itu.

"Let me see what you typed in there?"

Khadijah tersentak. Menggelabah dia di tempat duduk sendiri apabila lelaki itu maju menghampiri dia. Laptop di riba dicengkam kuat.

"Nak juga tau, sibuk mana kerja as clerk ni. Aku tengok bukan main serius lagi kau menaip tadi. Mengalahkan kerja berpangkat besar je lagaknya."

Sinis ketawa lelaki itu mengejek. Makin kecut perut Khadijah mendengar.

"Ta..takde apalah awak. Kerja biasa-biasa je ni. Tak penting pun."

Gugup dia membalas.

Demi Allah, dia belum bersedia untuk berterus-terang tentang dunia pekerjaan dia kepada lelaki itu. And clerk? Sejak bila pula dia bertukar profesion jadi clerk? Nampak sangat yang encik suami dia tak pernah nak ambil tahu tentang diri dia.

Syed Thoriq Iqbal cebik bibir.
Kakinya berhenti melangkah. Tak jadi dia mendekati isteri tak relanya itu. Betul juga apa yang dikata gadis itu. Buat apa dia nak tahu apa yang dilakukan, sedangkan sudah nyata pasti kerja yang dilakukan oleh isterinya itu tiada kepentingan sikit pun kepadanya. Dia owner company perhotelan gergasi kot.
Banyak lagi kerja yang boleh dia buat selain mengambil tahu perkara remeh sebegitu.

Tanpa sepatah-kata Syed Thoriq Iqbal memutar tubuh menjauhi Khadijah. Anak tangga didaki satu-persatu menuju ke tingkat atas. Pintu bilik kerjanya dituju. Terlupa kepada persoalan utama dia berkenaan laptop mahal wanita itu tadi.

Khadijah yang ditinggalkan menarik nafas lega. Diusap perlahan dadanya. Huh! Hampir semput nafas dia menghadapi karenah lelaki itu.

'Nasib baik tidak kantoi.'

Gumannya dalam hati. Rumah besar keluarganya dan kereta dia tidak pula dipersoalkan oleh lelaki itu. Papa dia dato' kot, bukan Syed Thoriq Iqbal tidak tahu. Setakat laptop jenama Apple, apa nak dihairankan. Sengaja nak sakitkan hati dia.

Tanpa berlengah, dia berdiri pantas. Dan seperti lipas kudung dia berlari anak menuju ke bilik mereka di tingkat atas. Rasa tidak selamat buat kerja di ruang tamu. Padahal lupa yang dia sebilik dengan Syed Thoriq Iqbal.

Biarlah, apapun tanggapan lelaki itu tentang pekerjaan dia. Dia tak pernah kisah pun. Lagi pun kerja sebagai kerani bukanlah satu kerja yang hina. Janji kerja tu halal dahlah. Gaji besar kalau pekerjaan tu haram tak berguna juga. Tak berkat wang yang digunakan nantinya.

Nampaknya encik suami dia itu dengan angkuh berpisah tiada. Kalau tidak memandang rendah dia, bukan Syed Thoriq Iqbal lah namanya.

Bertabahlah duhai hati..

Sobsobsob...

________

Khadijah memandang list yang berjaya dicatat. Setelah beberapa kali mencoret kemudian padam. Then coret, kemudian padam lagi, akhirnya inilah hasil yang dia dapat.

MISI MEMIKAT HATI SUAMI.

Dia tersengih sendiri. Dipandang dengan riak teruja kertas ditangannya. Beberapa point yang dia senaraikan tercatit di permukaan kertas putih tersebut. Geli-geleman tubuhnya apabila terbaca beberapa point yang turut tersenarai.

Entah apa reaksi lelaki itu bila dapat tahu akan misi dia nanti. Membayangkan plan misinya saja dia dah cuak, apalagi jika benar-benar dia laksanakan. Boleh mati kejung dia sendiri. Tapi demi sebuah niat suci, dia tekadkan niat.

Sampai bila rumahtangganya akan terus mendatar begini? Takkan selama-lamanya mereka berada di zon yang sama? Satu mengarah ke kutub utara, satu lagi ke kutub selatan. Dia pun nak juga hidup bahagia sama seperti pasangan-pasangan yang lain. Menua bersama-sama sambil merasa timang anak sendiri. Tapi menyedari situasi mereka kini, jangankan nak timang anak, putik-putik bahagia pun malu-malu nak munculkan diri.

Dengan desakan ibu mentuanya lagi. Besar harapan wanita itu mengharapkan kebahagiaan rumahtangga mereka. Tapi jika dia sendirian yang berusaha tidak berguna juga.

Terkadang tu, timbul juga sekali-sekala rasa annoying dan hampir hilang sabar dengan sikap Syed Thoriq Iqbal selama tinggal bersama suaminya itu, tetapi tidak bermakna yang dia akan mengalah.

Bagaimanapun caranya, apapun risikonya, akan diusahakan untuk melembutkan dan meraih sekeping hati batu lagi beku milik lelaki itu.

'Tunggulah my Hubby!.'

Tak sabar rasanya mahu melaksanakan segera misi dia. Syed Thoriq Iqbal terkesan atau tidak, terpaut kasih dengannya atau sebaliknya itu belakang kira. Kata orang kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Samalah dengan encik somi dia. Kalau dia tak mencuba, mana dia nak tahu lelaki tu boleh cair ke tidak dengan diakan?

🌹🌹🌹

Sorang dgn plan dia..

Yg sorang lagi dgn misi dia...

Huhu..apa nak jadi dgn pasangan ni?

Kering idea...

Sorry kalau tak hambar n tak memuaskan.

Love u ols😍😘

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now