"Kenapa mesti nak pindah Riq? Tak boleh ke kalau duduk dengan mummy je? Rumah ni pun besar apa? Lagipun mummy dengan adik dua je yang tinggal. Tak kesian dengan mummy ke? Dengan Adik?"
Sayu Puan Sri Wahida mengajuhkan soalan. Baru semalam anak terunanya itu selamat diijab kabulkan, tetapi hari ini sudah mahu meninggalkan dia bersama puteri tunggalnya.
"Mummy, kita dah bincang dah kan pasal ni."
Syed Thoriq Iqbal mengeluh malas. Dah terang lagi bersuluh yang mummy dia dah setuju dia pindah setelah menikah hari itu. So, apalagi masalahnya?
"Mummy taulah. Tapi mummy tak sangka pula yang Riq nak pindah rumah secepat ini. Tak puas lagi tau mummy ni nak bermanja dengan menantu mummy. Riq dah ajak dia pergi. Sampai hati Riq kan."
"Come onlah mummy. Riq nak juga privasi dengan wife Riq. mummy pun fahamkan newlywed macam kitorang ni. Mummy jangan risaulah, Riq janji kitorang akan selalu datang sini jenguk mummy, kan sayang?
Dilirik si isteri di sebelah Puan Sri Wahida. Mata dikerdipkan memberi signal.
Khadijah terpaksa mengangguk mengiyakan. Rasa simpati dengan Puan Sri Wahida tetapi dia sendiri hilang punca sebenarnya. Lelaki itu tidak pernah memberitahu dia apalagi berbincang meminta persetujuan dia untuk berpindah rumah.
Dan 'sayang', eww..lelaki itu memang pintar berlakon. Nampak real sangat seolah panggilan itu sudah biasa meniti di bibirnya. Kalau orang lain dengar, memang mereka akan percaya yang mereka ini adalah pasangan yang bahagia.
________
Kereta yang dipandu Syed Thoriq Iqbal perlahan memasuki pintu gate yang dah serupa gerbang istana layaknya. Khadijah yang duduk di seat penumpang menghala pandangan keluar ke arah sisi jalan.
Baginya melihat deretan bunga hiasan yang tersusun cantik di sepanjang jalan semenjak memasuki pintu gerbang tadi, lebih menarik perhatian dia daripada melihat encik suami berwajah dingin di sebelah.
Sedari mereka bertolak dari rumah keluarga lelaki itu, sepatah kata pun tidak ada yang terkeluar dari mulutnya. Syed Thoriq Iqbal pun sama, dilihat lelaki itu terus senyap seperti tidak berminat untuk berbual dengannya. Sudahnya dia hanya mendiamkan diri.
Tak sampai tiga minit rasa kesalnya bertahan, apabila kereta yang dipandu Syed Thoriq Iqbal berhenti di hadapan sebuah banglo yang sangat mewah dan moden. Khadijah terpegun.
Seltbelt dibuka dan pintu kereta ditolak. Dia keluar lalu melangkah ke depan. Tidak dapat disembunyikan rasa kagumnya apabila melihat struktur rumah yang begitu indah terpampang di depan mata. Berbeza dengan villa keluarganya.
"Sudah-sudahlah melopong tu. Aku tahulah rumah tu cantik. Tapi janganlah over sangat. Nampak sangat yang kau tak pernah tengok rumah cantikkan sebelum ni? Mesti ni first time bagi kaukan?"
'Amboi mulut,'
Khadijah putar bola mata ke atas. Hilang rasa terujanya oleh kata-kata lelaki itu.
'Fikir aku sengkek sangat ke? Aku saja tak mahu membazir sebenarnya. Asal ada tempat tinggal dahlah.'
"Ni rumah awak ke?"
Soalnya ingin tahu. Diabaikan semua sindiran yang dituju kepada dia. Melihat kepada struktur bangunan yang terpahat indah di hadapannya, Khadijah yakin bukan sedikit kos yang dibelanjakan bagi menyiapkannya.
"So? Kau fikir rumah siapa?"
Khadijah mencebik. Dijeling sekilas encik suami yang sibuk mengeluarkan bagasi-bagasi mereka dari bonet kereta. Jelas terlihat manik-manik jernih mula timbul di dahi licin lelaki itu. Nampak seksi dan menggoda.
Allahu..
'Kau fikir apa ni Dijah?'
Cepat-cepat Khadijah melarikan anak mata ke arah lain. Hatinya bergetar tiba-tiba. Kali ini, tidak pula lelaki itu meminta dia untuk menolong dia. Pelik.
"Tanya je pun. Tak payahlah nak sindir-sindir orang. Orang taulah siapa orang ni. Mana nak layak dengan encik Billionairekan?"
Erk.
Khadijah terkedu sendiri mendengar bait kata yang terkeluar dari bibirnya. Terdengar seperti suara orang yang berjauh hati. Macam mengada pun ada. Janganlah lelaki itu salah faham harapnya.
"Sedar pun diri tu siapa."
Bagaikan belati kata-kata Syed Thoriq Iqbal tajam menghunjam menusuk ke dalam ulu hati. Tetapi seperti biasa Khadijah buat tidak kisah. Pura-pura tidak mendengar. Seolah tidak terkesan dengan semua sindiran yang dilempar.
Untuk meraih hati lelaki dingin plus annoying di depannya ini, harus punya kesabaran yang tinggi. Itu yang Khadijah dapat simpulkan selama mengenali suaminya itu.
'Kind of drain mouth'
'Hahaha...'
Khadijah tertawa dalam hati. Kelakar dengan statement baru yang muncul tiba-tiba dalam kepala otak dia.
'Kalau dia tau aku mengata dia ni, mati aku.'
"Rumah kita."
"Hah?"
Khadijah terperanjat. Mulutnya terlopong. Bulat matanya menatap Syed Thoriq Iqbal yang merenung dia. Tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar. Lelaki itu berkata 'Rumah kitakan' tadi? Ke dia tersalah dengar?
Khadijah melangkah mundur apabila Syed Thoriq Iqbal maju menghampiri dia. Dekat dan hampir tidak berjarak. Jantungnya usah dikata, sudah bergendang-gendut tali kecapi sedari tadi.
"I said, 'RUMAH KITA'."
Bisik lelaki itu perlahan di tepi telinganya sebelum melangkah santai sambil menjinjit bagasi di kanan dan kiri tangannya menuju ke pintu utama.
Khadijah pegun di tempatnya. Mahu tercabut keluar rasanya jantung dia ketika ini. Tidak dapat mencerna makna di sebalik kata-kata lelaki itu.
'Apa maksud lelaki itu dengan RUMAH KITA? Dia dah boleh terima ke ikatan pernikahan ini? Tapi tak terl....'
"Hai, Kenapa tercegat lagi tu? Nak aku bentang carpet merah pula ke baru tau nak masuk?!"
Allahu..
Khadijah pandang Syed Thoriq Iqbal yang bercekak pinggang di muka pintu. Dia mendengus marah tidak suka. Apalagi ketika melihat senyuman sinis yang tersungging di wajah kacak itu. Hmmm.... Kalau tak menyakitkan hati memang bukan Syed Thoriq Iqbal lah namanya.
Bergegas dia membuntuti langkah Syed Thoriq Iqbal memasuki rumah. Tidak mahu lelaki itu menyindir dia lagi. Nanti tak pasal-pasal dia juga yang makan hati. Hancur punah segala harapannya yang baru nak bertunas sebentar tadi. Tak sempat nak tumbuh membesar membuahkan cinta.
Hmmm...
🌹🌹🌹
Maaf di atas segala kekurangan.
Idea ke laut😂😅
YOU ARE READING
KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|
RomanceBismillah (Syed Thoriq Iqbal ft Afnan Khadijah) Mengisahkan tentang seorang gadis, Afnan Khadijah yang terpaksa bernikah dengan seorang Pengarah yang super annoying lagi dingin (Syed Thoriq Iqbal). Pernikahan yang diatur oleh ke dua belah pih...