Bab 3|Istikharah

322 17 4
                                    

'Perlahan dia tunduk mencium kekura tangan lelaki yang menjadi suami kepadanya baru sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Perlahan dia tunduk mencium kekura tangan lelaki yang menjadi suami kepadanya baru sebentar tadi. Si lelaki tersenyum hangat. Tangan diangkat lalu diletak tepat di atas ubun-ubun kepalanya. Terkumat- kamit lelaki itu membacakan sepotong doa dan berakhir dengan sebuah kucupan di dahinya.'

Khadijah tercungap-cungap. Dia terjaga dari tidur. Perlahan dia bangkit dari pembaringan. Minda masih berusaha memproses apa yang berlaku.

Tidak menyangka apa yang dia alami sebentar tadi hanya mimpi. Terasa semua momen itu begitu nyata. Seperti dia benar-benar mengalami. Diletak tangan di atas dada. Masih lagi terasa debarannya di situ. Dijeling sekilas jam di dinding.

Pukul 3:02 am.

"Allahuakbar"

Diraup tangan ke muka.

'Petanda apakah ini ya Allah?'

'Adakah ini petanda bahawa lelaki itulah insan yang diamanahkan untuk memimpin aku ke jannah-Mu?.'

Sudah beberapa hari ini dia melaksanakan solat istikharah bagi memohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Dan malam ini dia tetiba didatangi mimpi aneh tadi.

Teringat akan permintaan mamanya yang berharap supaya dia menerima risikan Puan Sri Wahida. Dan sehingga kini dia masih belum memberikan jawapan. Bibir mengucap hamdalah. Entah mengapa ada rasa lapang yang menghinggapi dada.

'Jika benar, dia adalah jodoh yang telah ENGKAU tetapkan untukku sejak di Luh Mahfuz lagi, maka permudahkanlah Ya Rabb. Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segalanya.'

_________

"Alhamdulillah. Dia dah terima dah risikan tu Riq."

Puan Sri Wahida tersenyum lebar. Terpancar kegembiraan di seraut wajah yang semakin di mamah usia itu. Baru sebentar tadi, Puan sri Mariam menghubungi dia. Dan dia bersyukur akhirnya gadis itu sudi menerima risikannya. Terbayang raut wajah nan lembut itu di ruang mata seketika.

"Tak sabarnya mummy Riq. Kalau boleh, hari ni juga mummy nak Riq nikah dengan dia."

Syed Thoriq Iqbal menjeling sekilas wajah Puan Sri Wahida. Tiada riak teruja di wajahnya mendengar akan berita tersebut. Wajah lelaki itu datar seperti biasa. Dingin dan tanpa perasaan.

Jauh di lubuk hatinya, ada perasaan kesal yang mengganjal. Tidak suka dengan sikap mummynya yang berterusan mendesak dia. Kalau tidak disebabkan ancaman Puan Sri Wahida, dia sekali-kali tidak akan menerima perjodohan ini.

Dengan rasa malas dia segera bangkit meninggalkan Puan Sri Wahida yang masih tersengih-sengih sendiri. Handphone dikeluarkan dari poket. Nombor seseorang di dail.

"Jumpa aku kat tempat biasa."

________

Dua gelas jus oren diletak di atas meja. Sahid menarik kerusi lalu melabuhkan duduk di depan Syed Thoriq Iqbal yang bertongkat dagu dengan tangan.

Senyum kecil terukir di bibir melihat muka keruh sahabatnya itu. Tak habis-habis dengan masalah jodoh dia. Dari dulu hinggalah sekarang.

"So, kau nak buat apa lepas ni?"

Syed Thoriq Iqbal menggeleng kepala. Malas membahas perkara yang sama berulang kali. Bosan apabila isu yang sama terus menghantui dia.

"Just follow the flow."

"Wei, kau biar betul? Macam pasrah je aku tengok kau ni."

Tergelak Sahid mendengar ayat pasrah Syed Thoriq Iqbal. Ke mana sudah hilangnya taring lelaki itu? Selalunya ada sahaja ayat annoying dia yang muncul menangkis serangan kata-katanya.

Tajam mata Syed Thoriq Iqbal menikam anak matanya. Dia mendengus marah.

"So, kau nak suruh aku buat apa? Lawan cakap mummy aku? Jadi anak derhaka, macam tu?"

Soalnya kesal. Tercetus ketawa dari mulut Sahid. Kelakar melihat wajah cemberut Syed Thoriq Iqbal.

"Takdelah sampai macam tu sekali. Rileklah bro..."

Ditepuk bahu sahabatnya berulang kali.

"Tak salah pun rasanya kalau kau ikut cakap mummy kau tu. Ada baiknya juga kau menikah. You know something Riq? Usia macam kau ni sepatutnya kau dah ada anak isteri dah tau. Macam aku ni ha. Bukannya single mingle lagi seperti sekarang. Sekurang-kurangnya nanti ada juga yang jaga makan pakai kau. Tak adalah kau terkontang-kanting seorang diri."

"Amboi ayat...tak berlapik kaukan? Mentang-mentang kau dah nikah dulu. Jadi maid yang ada kat rumah aku semua tu nak buat apa? Nak simpan jadi perhiasan?"

Pecah ketawa Sahid.

"Maid tu lain, isteri tu lainlah bro. Apa dah."

Tangan menolak sedikit kepala sahabatnya. Cakap main ikut sedap mulut dia aje.

"Maid tu buat semua kerja yang majikan dia suruh. Isteri ni, kita boleh belai-belai dia. Manja-manja dengan dia. Peluk cium...."

"Ah..sudah-sudah. Geli tahi telinga aku ni mendengarnya."

Lagi-lagi Sahid tergelak. Dia memang sengaja mahu menyakat Syed Thoriq Iqbal sebenarnya. Lama tak melihat muka cemberut lelaki itu.

"Sampai bila kau nak cari dia Riq. Kau bukannya pernah tengok wajah dia pun. Nama pun kau tak tahukan?"

Nada suara Sahid bertukar serius. Bukannya dia tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran sahabatnya itu. Sudah bertahun Syed Thoriq Iqbal berulang-alik ke negara Mesir, semata-mata mahu mencari orang yang kononnya telah berjaya mencuri hati dia.

Terkadang Sahid mengeluh, tidak berbaloi sebenarnya apa yang Syed Thoriq Iqbal lakukan. Terasa perbuatan sahabatnya itu semua hanyalah sia-sia belaka.

Mana ada orang yang hanya berjumpa sekali saja terus jatuh cinta. Sudahlah nama pun tidak tahu. Rupa pun tidak kenal. Huh..memang kerja gilalah.

"Siapa kata aku tak pernah tengok wajah dia?"

"Tengoklah sangat. Padahal dua biji mata je yang kau pernah lihat. Entah-entah dah jadi isteri orang pun dah sekarang ni."

Deg!

Jantungnya terasa seakan berhenti berdegup. Dia menatap dalam mata Sahid. Seolah baru menyedari akan sesuatu. Dia bukannya naif sangat untuk mencerna apa yang dituturkan sahabatnya itu.

'Macammana kalau apa yang dikatakan oleh Sahid itu benar-benar terjadi?'

🌹🌹🌹

Alhamdulillah..

Done utk chapter ni.

Hope u ols suka.

LOVE U OLS😍😘😘

KASIH KHADIJAH🌹|Slow Update|Where stories live. Discover now