Hey guys! This is my first book. i am so so sorry if my first book is kinda lame or whatsoever. hahaha. And this is the first chapter of the book and it is yet to update more. hope you guys enjoy!
"Ari mari tolong mami masak!" Hah! Itulah ibu kesayangan ku. Nama dia Datin Raniyah. Dialah satu satu ibu yang amat aku cintai dan sayangi. Dan di belankangnya pulak papa aku.
Nama dia Dato' Johan. Papa aku ni dia ada syarikat sendiri dan tak selalu jugalah aku dapat bermesra dengan dia. Orang businessman kata kan.... hahaha...
"ARIANAAAAA MAMI PANGGIL TU KANNN!" Haaaa yang ni pula nama dia singa betina eh tak maksud aku Ameerah. Dia ni kakak aku. Dua puluh empat jam cot cet cot cet macam mesin gan...sampai kadang kadang tu boleh menanah telinga aku dibuatnya. Tapi aku salute lah dekat kakak aku yang sorang ni. She's an independent woman. Tak macam aku ni yang masih mengharapkan mami dan papa dia aje. Hmm...dan siapakah aku? Aku lah anak bongsu kepada keluarga kecilku. Aku lah Ariana Arysha!
Umurku muda lagi. Baru 22 tahun masih belum berkerja kerana baru sahaja balik dari study overseas. Jetlag habis. And i still need my rest and menikmati keindahan dunia. Hahaha menikmatilah sangat padahal malas. Ni lah aku...belajar tinggi tinggi tapi malas nak bekerja. Papa ada lah juga sarangkan aku kerja di syarikat dia. Papa kata nanti kalau apa apa senang lah aku nak urus kan urusan dia. Tapi jawapan aku asyik sama aja.
"Pa...nanti lah dulu. Ari baru balik ni kan. Penat pun belum hilang. Lagi pun Ari rindu lah mami...papa...Kak Meerah. And kawan kawan Ari tu ajak jumpe. Dah lama tak borak borak dengan diorang." Jawab ku dgn muka kasihan.
"Hmmm...yelah yelah..." kata kata itu juga lah yang aku dapat setiap kali di tanya dan itu lah jawapan yang sama aku berikan dan kata kata itu lah yang papa aku balas. Papa aku ni tawu yang aku ni 'rajin'. Dia kenal anak dia ni.
Mesti korang pelik kan...kenapa papa aku tak sibuk suruh kakak aku kerja di syarikat papa aku. Kakak aku ni dia kerja di syarikat orang. Hah...katanya dia tak nak lah berharap sangat dengan papa. So she finds her own job. And from there dia di naikkan pangkat menjadi staff executive. Hebatkan dia. Oh dan dia juga dah bertunang. Bertunang dengan boss dia. Dan tak lama lagi dia nak bernikah dan lepas tu berkahwin. Jarak umur kakak aku cuma lima tahun beza aje. Okok enough about her. Now where was i...oh ya...bekerja. Bukan aku tak nak cuma aku belum ready aja. Chill the birds kata orang. So sekarang ni aku tengah chill lah. Hehehe...
Teet...teet...teet... bunyi jam loceng menunjukkan jam 10 pagi. Aku mencapai tuala ku dan bergerak ke pintu bilik air. Hari ni aku ingin membuat kejutan untuk papa aku. I thought of going lunch with him. Just the two of us. I miss eating lunch with him. Sudah hampir 4 tahun aku tidak keluar makan dengan papa kesayangan aku ni. Rindu pula rasanya...
Selesai sahaja memakai baju dan mengeringkan rambut aku yang kerinting dan perang ini aku memakai minyak wangi jenama Victoria's Secret Secret Charm. Bau nya sungguh wangi. Aku rasa kucing tepi jalan pun boleh tersangkut lah kat aku. Hahaha ke situ pula aku ni... Aku melihat jam tangan yang menunjuk 11.30 pagi. Alamak! Aku dah lambat ni. Hais...tulah Ari...termenung lagi kat bilik air tu. Kan dah lambat. Aku mencapai kereta kunci ku dan terus menaiki kereta Mini Cooper ku. Comel macam tuan nya juga. Hahaha
~~~~~~~
Hey guys! So how was it? Please leave me a comment ;) Sorry if this chapter is kinda short.
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...