tiga

25 9 0
                                    

[ youngjo's pov ]

"bye hyunjoo, jumpa esok!" kata aku sebelum masuk ke dalam rumah lalu melambaikan tangan kepada dia. "bye youngjo!" katanya lalu beredar dari situ. aku tinggal bersama kakak aku, kim younghee. dia bekerja sebagai guru di sekolah tadika.

ibu bapa kami berdua sudah lama meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke sini. pada masa itu, aku sangat murung, tapi hyunjoo tetap di sisi aku, cuba untuk menceriakan aku semula.

"haa sampai pun, dah makan dulu." katanya. aku pun menganggukkan kepala lalu duduk bersamanya di meja makan.

"jadi, macam mana sekolah?" tanya kak younghee. "biasa je kak, balik sekolah je terus kena buli, tapi kali ni tak, sebab hyunjoo dah bagi warning kat diorang." kata aku lagi. kak younghee pun mengeluh. "lepas tamat sekolah menengah tinggi ni, youngjo rancang nak sambung belajar kat Universiti Korea." kata aku lagi.

"boleh, janji youngjo kena belajar rajin-rajin." kata kak younghee.

hanya kak younghee sajalah aku ada. dialah satu-satunya ahli keluarga yang aku ada. tunggu lah bila aku dah berjaya, aku akan balas jasa kak younghee.

[C] We're Just Friends | YoungjoWhere stories live. Discover now